Kadar Parkir Kereta di Alamanda Putrajaya

Alamanda Shopping Centre (Alamanda) ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Berikut dipaparkan kadar harga letak kereta (parkir / parking) di Alamanda:

Hari Isnin – Jumaat

  • 2 jam pertama: RM 1.00
  • Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya: RM 1.00 sejam
  • Kadar parkir istimewa: RM 2.00 setiap kali masuk (selepas 6:00 petang sehingga 5:00 pagi)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

  • 3 jam pertama: RM 2.00
  • Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya: RM 2.00 sejam

Sekiranya anda kehilangan tiket, denda yang dikenakan ialah RM 25.00. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan Alamanda.

Kadar Parkir Kereta di Alamanda Putrajaya
Kadar Parkir Kereta di Alamanda Putrajaya

Sudah daftar Touch N Go eWallet? Jika belum, rujuk panduan di sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Cheesy Fried Chicken Bumbuk @ K Fry Urban Korean

Anda pernah makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk? Bagi yang belum pernah, Chicken Bumbuk ini ialah ketulan-ketulan ayam tanpa tulang (boneless) yang digoreng dan disalut dengan sos pedas, kemudiannya dibalut dengan lapisan keju Mozzarella yang kenyal.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)
Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)

K Fry Urban Korean ialah rangkaian restoran makanan Korea yang berasal dari Malaysia. Menerusi laman “about us” mereka, K Fry menyatakan mereka ialah jenama “home grown”, tanpa menyatakan dengan jelas sejarah bermulanya perniagaan mereka. Justeru kami mempercayai bahawa jenama K Fry ini berasal dari Malaysia.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk di K Fry Urban Korean, IOI City Mall, Putrajaya

Chicken Bumbuk ini boleh didapati di kesemua cawangan restoran K Fry. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada juga restoran yang kehabisan stok bagi menu tersebut. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar Chicken Bumbuk yang kami cuba tempoh hari di Restoran K Fry, IOI City Mall, Putrajaya.

Walaupun sesetengah pengunjung menyifatkan restoran K Fry ini sebagai pesaing kepada Kyochon, namun Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Masyarakat umum sedia maklum bahawa orang Malaysia memang suka makanan berunsur keju. Lihat saja betapa ramainya orang memesan Cheezy Wedges di KFC. Pastinya Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini berupaya membuatkan para penggemar keju di Malaysia ini tidak tidur malam memikirkannya.

Keistimewaan menu ini terletak pada cara hidangannya. Pelayan akan membawa dapur gas mini untuk diletakkan atas meja anda dan Cheesy Fried Chicken Bumbuk anda akan mula dimasak. Keju Mozzarella akan dipanaskan terlebih dahulu sehingga kenyal dan kemudiannya satu persatu ketulan ayam tersebut akan dibalut menggunakan keju Mozzarella tersebut. Untuk melihat dengan lebih lanjut penyediaan menu ini, anda boleh menonton vlog Qistina288 di laman Youtube:

Tempahan Meja

Pada waktu puncak seperti hujung minggu, anda mungkin mendapati restoran K Fry Urban Korean ini dipenuhi oleh pelanggan yang sedang makan dan juga pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Jika anda tidak mahu beratur panjang, anda boleh menggunakan khidmat Book A Table terus dari laman web K Fry. Khidmat ini membolehkan anda menempah meja makan anda secara atas talian (online). Walau bagaimanapun, tempahan Cheesy Fried Chicken Bumbuk tertakluk kepada stok. Disebabkan jumlah pelanggan yang masih belum surut walaupun restoran K Fry telah beberapa tahun beroperasi, kebanyakan pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu sebelum datang. Selain dari itu, mereka juga tidak akan membenarkan pelanggan masuk selagi jumlah yang ditempah belum cukup. Dalam bahasa inggeris, “incomplete parties will not be seated”.

Belum daftar eWallet Touch N Go? Baca sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Sekiranya anda tinggal jauh dari Putrajaya, anda boleh melihat senarai pusat beli belah lain di laman ini.