Cara Mendapatkan Nama Domain Murah di Malaysia (2020)

Dalam pembangunan web (web development), antara aspek penting yang perlu anda siapkan sebelum laman web anda dapat dibangunkan adalah nama domain (domain name). Anda boleh mendapatkan domain name ini sebelum atau semasa melanggan pakej web hosting. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mendapatkan nama domain murah di Malaysia, edisi 2020.

Baca lagi: Web hosting terbaik

Cara Mendapatkan Nama Domain Murah: Cari Coupon Code dengan Diskaun Tertinggi

Terdapat beberapa laman kupon promosi yang menarik untuk anda cuba. Antaranya ialah couponkoz.my, couponzguru.my dan couponbirds.com.

Cara Mendapatkan Nama Domain Murah: Cari Penyedia Termurah

bigdomain.my

Bigdomain.my ialah penyedia perkhidmatan web hosting yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia. Syarikat ini dipercayai masih baru dalam industri memandangkan laman profilnya hanya menceritakan tentang pekerja yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman, bukan syarikat itu sendiri.

.com: Tahun pertama, RM 39.90, percuma WHOIS ID. Tahun seterusnya pada harga RM 59.90.

Domainplus

Satu ketika dahulu, Domainplus ini popular dengan jualan domain murah (tahun pertama).

.com: Tahun pertama dan seterusnya: RM 49.90 setahun

.my: Tahun pertama dan seterusnya: RM 120.00 setahun

Maklumat lanjut di laman web Domainplus.

Exabytes

.com: Pendaftaran baharu dan renewal: RM 62.90 setahun

.my: Pendaftaran baharu RM 79.80 setahun, renewal RM 120.00 setahun

GoDaddy

Untuk pelanggan baru, GoDaddy menawarkan domain .com pada harga yang sangat rendah, bermula dari RM 13.49

Shinjiru

Antara ciri menarik Shinjiru ialah syarikat ini adalah antara syarikat terawal yang menjadi reseller untuk MYNIC. Selain itu, syarikat ini ialah reseller untuk ICANN di Malaysia bersama-sama 1 sahaja lagi syarikat lain. Syarikat ini menjadi reseller untuk MYNIC sejak dari tahun 2000 lagi.

.com: Harga diskaun terkini: RM 49.90 setahun. Harga asal: RM 59.90 setahun

.my: Harga diskaun terkini: RM 88.90. Harga asal: RM 98.90 setahun.

Maklumat lanjut: Laman web Shinjiru

Yeahhost

.com: Pendaftaran baru RM 39.80, transfer RM 39.80, renewal RM 49.60.

.my: Pendaftaran baru RM 78.80, renewal RM 120.00.

Web Hosting Terbaik (2020)

Apabila anda ingin membangunkan laman web, anda perlu memiliki ruang untuk menyimpan kandungan laman web anda. Ruang ini dipanggil sebagai “web hosting”. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi dengan anda tips-tips memilih web hosting terbaik edisi 2020.

Selain daripada web hosting, anda juga perlu memiliki “domain” untuk laman web anda. Jika pejabat anda memiliki alamat, begitu jugalah dengan laman web anda. Laman web anda perlu memiliki alamat.

Kriteria Pencarian Web Hosting Terbaik (2020)

Khidmat Pelanggan (Customer Service)

Sebagai penyedia perkhidmatan, syarikat web hosting perlu mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang mantap. Pengalaman kami berurusan dengan syarikat-syarikat yang disenaraikan di sini adalah memuaskan dengan kebanyakan pertanyaan akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam.

Reputasi

Reputasi penyedia perkhidmatan web hosting dapat dilihat melalui “persembahan” kandungan laman web, senarai klien dan juga komen yang dikongsi oleh pelanggan, terutamanya melalui media sosial.

Untuk memilih penyedia web hosting terbaik, sebaiknya anda boleh menilai melalui pengalaman perniagaan syarikat berkenaan dan juga sentimen komuniti pengguna terhadap mereka.

Features

Jenis storage: SSD lebih baik daripada HDD. Baca selanjutnya

Monthly data transfer: Jumlah data keluar/masuk laman web anda. Lebih ramai pengunjung, lebih tinggi data. Lebih “berat” laman web anda dengan gambar, video atau kandungan lain, lebih tinggi penggunaan data.

Penyedia Perkhidmatan Web Hosting

Di sini, kami menyenaraikan beberapa penyedia perkhidmatan web hosting yang difikirkan sesuai untuk rakyat Malaysia, terutamanya yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia pembangunan web.

Sukar untuk kami memilih pemenangnya di sini. Walaupun di sini terdapat beberapa penyedia perkhidmatan, setiap satu daripadanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Shinjiru

Harga nama domain yang dijual di Shinjiru adalah tetap dan sama setiap tahun.

Serverfreak

Serverfreak berjanji untuk tidak mengamalkan “overselling” untuk kapasiti servernya.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Serverfreak di sini. Anda juga boleh terus mendaftar dengan mereka sekiranya berminat.

Exabytes

Exabytes ialah sebuah syarikat web hosting yang agak popular di Malaysia.

Syarikat ini sudah lama bertapak di pasaran. Walau bagaimanapun, harga untuk produk mereka agak mahal berbanding syarikat-syarikat lain yang dinyatakan di sini.

Domainplus

Untuk beberapa nama domain, Domainplus menawarkan diskaun pada tahun pertama. Harga nama domain akan kembali kepada normal selepas

Domainplus berniaga menggunakan nama syarikat HT Internet Sdn Bhd. Walaupun syarikat ini kelihatannya mengkhususkan perniagaan nama domain, perkhidmatan web hosting juga ada ditawarkan.

Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan DomainPlus dan mendaftar sekiranya anda berminat.

<a href="https://billing.domainplus.com.my/client/aff.php?aff=8700016"><img src="https://www.domainplus.com.my/images/affiliate/hosting/250x250-website-design-nov19.jpg" width="250" height="250" border="0"></a>

Apa Itu Sohor Kini

Apa itu Sohor Kini? Sohor kini ialah istilah teknologi berbahasa Melayu bagi perkataan “trending” dalam bahasa Inggeris.

Frasa ini berasal daripada perkataan sohor yang bermaksud “terkenal” dan masyhur manakala kini pula membawa maksud “sekarang ini” atau “masa ini”. Sohor kini membawa maksud terkenal pada masa sekarang, atau “trending” dalam Bahasa Inggeris.

Penggunaan Istilah Sohor Kini

Istilah sohor kini (trending) ini sering kali digunakan dalam media sosial untuk memberi bayangan kandungan (content) yang digunakan (consumed) oleh sebilangan besar penggunanya.

Sebagai contoh, semasa penularan wabak Coronavirus COVID-19, antara kata kunci yang sohor kini dalam enjin carian Google ialah carian berkaitan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi pasar raya dan juga apakah itu covid-19.

Selain daripada penggunaan untuk analisis, maklumat kata kunci sohor kini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti minat pengguna dan dapat diterjemahkan kepada ramalan “consumption trend” komuniti pengguna berkenaan. Sebagai contoh, jika terdapat banyak carian “teh boba halal” daripada penduduk di satu tempat, carian sohor kini itu memberi gambaran terdapat wujudnya permintaan (demand) untuk produk teh boba halal di kawasan berkenaan.

Apa Itu Sohor Kini, soalan biasa bagi pengguna media sosial

Media sosial seperti Twitter ada memaparkan maklumat kata kunci sohor kini (trending keyword) untuk para penggunanya. Untuk pengguna, maklumat sohor kini boleh digunakan untuk mendapatkan berita terbaru yang popular di lokasi yang dipilih.

Sohor Kini untuk Pemasaran Media Sosial (Social Media Marketing)

Social Media Marketing atau juga dikenali sebagai SMM memanfaatkan maklumat sohor kini yang terdapat dalam media sosial untuk mengenal pasti “trend” carian pengguna media sosial. Kemudiannya, strategi pemasaran dapat diatur dan kempen pengiklanan atau penjualan produk/perkhidmatan dapat dilaksanakan.

Dengan pengetahuan dan kemahiran SMM yang mencukupi, peniaga dapat mengoptimumkan kos pemasaran mereka, terutamanya apabila menggunakan media sosial. Berbeza dengan pemasaran menggunakan kaedah lain, pemasaran menggunakan media sosial mempunyai alat-alat yang berguna untuk tujuan analisis data. Analisis data yang dibuat dengan bijak membolehkan anda membuat “targeting” iklan anda kepada golongan sasaran yang lebih kecil skopnya.

Sumber

  1. Carian umum – “Sohor” – Laman PRPM, Dewan Bahasa dan Pustaka

Penyelidikan Kata Kunci (Keyword Research)

Anda ingin membangunkan laman web, tetapi anda tidak pasti kandungan jenis apakah yang akan menarik minat pembaca. Jika anda telahpun mempunyai laman web, anda tidak pasti kenapa artikel anda sudah banyak di laman web, namun jumlah pengunjung dari enjin carian masih berkurang. Jika anda merasai salah satu simptom di atas, anda boleh teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penyelidikan kata kunci (keyword research).

Apa itu penyelidikan kata kunci (keyword research)?

Apa itu keyword research? Keyword research ialah proses penyelidikan untuk mengenal pasti apakah frasa carian yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat di enjin carian. Sebagai contoh, jika seseorang ingin mencari maklumat berkenaan tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, antara kata kunci yang digunakan ialah “tempat lahir”, “Tun M”, “tempat kelahiran” dan sebagainya. Sekiranya kandungan anda memiliki kata kunci tertentu yang memang dicari oleh pengunjung web, anda akan dapat pelawat yang lebih ramai.

Antara tool yang sering digunakan oleh pemilik laman web untuk membuat penyelidikan kata kunci ialah Google Trends. Dengan Google Trends, anda dapat mengenal pasti kata kunci yang sedang “trending” pada masa-masa tertentu mengikut tempat. Contohnya, jika anda ingin mencari maklumat berkenaan kata kunci “bazar ramadan” sepanjang lima tahun lepas, anda akan dapati kata kunci berkenaan hanya popular sekitar bulan Ramadan setiap tahun. Begitu juga dengan kata kunci yang bersifat bermusim seperti “cuti sekolah” ataupun carian berkenaan tempat-tempat peranginan popular.

Selain dari itu, dengan Google Trends juga, anda dapat membandingkan search pattern untuk keyword yang berbeza.

Kami ingin berkongsi beberapa alatan (tools) percuma untuk anda membuat penyelidikan kata kunci (keyword research) tapak web anda:

  1. Google Trends
  2. Keyword Shitter
  3. AdWord & SEO Keyword Permutation Generator
  4. Answer the Public
  5. Google Correlate
  6. Keywords Everywhere
  7. Wordtracker Scout
  8. Google Search Console
  9. Google

Sumber: ahrefsblog

Jika anda inginkan panduan-panduan lain dalam pengurusan laman web anda, sila baca Panduan Pengurusan Laman Web (Website) kami.