Nasi Lemak McD Ayam Rendang

Penggemar makanan segera McDonald’s di Malaysia pasti sudah mengetahui bahawa McDonald’s kini menambah beberapa menu tambahan dalam pilihan Nasi Lemak McD mereka. Seperti penawaran sebelum ini, Nasi Lemak McD masih lagi didatangkan dengan sambal, ikan bilik, telur mata dan Teh Ais Lemon. Yang tampak baharu pada penawaran menu kali ini ialah GCB cutlet, Spicy Chicken McDeluxe cutlet dan AYAM RENDANG. Nasi Lemak McD Ayam Rendang ini terdapat dalam kombo seketul ayam ataupun dua ketul ayam.

Sistem Pesanan Layan Diri McD
Sistem Pesanan Layan Diri McD

Selain daripada memesan di kaunter, anda juga boleh membuat pesanan menggunakan kiosk layan di McD di kebanyakan restoran McDonald’s seluruh Malaysia.

Hand sanitiser diletakkan di setiap kiosk untuk memudahkan pengguna menyahkuman tangan masing-masing sebelum dan selepas membuat pesanan di mesin tersebut.

Beg Kertas McD
Beg Kertas McD

Walaupun anda makan di restoran, anda tetap akan diberikan beg kertas. Mungkin kerana pihak pengurusan McDonald’s mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menyekat penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelanggannya.

Selain daripada itu, McDonald’s juga tidak lagi menyediakan piring sos, sudu dan lada di tempat layan diri. Tujuannya ialah untuk mengurangkan sentuhan fizikal antara pelanggan. Jika anda ingin mendapatkan item yang dinyatakan, anda boleh meminta kepada pelayan di kaunter pengambilan makanan.

Nasi Lemak McD Ayam Rendang: Cukup bahan, enak rasanya

Izinkan kami “belanja” anda dengan gambar sebenar hidangan nasi lemak McD ini. Sama ada anda dine-in atau take away, beginilah Nasi Lemak McD anda akan dihidangkan.

Nasi Lemak McD Ayam Rendang
Nasi Lemak McD Ayam Rendang

Inilah dia Nasi Lemak McD Ayam Rendang! Diadunkan dengan ramuan-ramuan enak seperti nasi, sambal, timun, ikan bilis, telur mata dan AYAM RENDANG. Elok persembahan hidangannya, tidak mengecewakan. Saiz ketulan ayam yang diberi juga kelihatan sama seperti gambar cadangan hidangan dalam iklan McDonald’s di media sosial ataupun media massa.

Tidak seperti nasi lemak biasa yang anda dapati pada harga yang lebih murah, beras yang digunakan McDonald’s ini agak berkualiti kerana butir nasinya sebiji-sebiji. Rasa nasi lemak ini mengingatkan kami dengan Nasi Lemak Pak Nasser dalam penerbangan AirAsia, namun sambal nasi lemak ini lebih terasa “kick”nya.

Untuk cubaan kali ini, kami memilih gandingan nasi lemak bersama ayam rendang kerana ayam rendang merupakan menu baharu yang ditawarkan oleh McDonald’s, manakala cutlet Spicy Chicken McDeluxe dan GCB sudah pun ditawarkan bersama burger masing-masing.

Tunggu apa lagi? Kini, anda boleh mendapatkan Nasi Lemak McD terbaharu ini di mana-mana cawangan McDonald’s berdekatan anda. Besar kemungkinan, menu ini hanya bersifat bermusim (seasonal).

Khidmat Pelanggan

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.