Burger Shogun McDonald’s

Selepas Burger Samurai kembali, kini McDonald’s Malaysia memperkenalkan pula Burger Shogun. Burger Shogun McDonald’s ini serupa dengan Burger Samurai cuma ianya didatangkan bersama telur ayam. Anda boleh memilih jenis daging sama ada daging lembu atau ayam.

Video Promosi Burger Shogun Daging
Burger Samurai dan Shogun McDonald's
Burger Samurai dan Shogun McDonald’s

Begitulah gambar yang dimuatkan dalam iklan mereka. Bagaimana pula dengan gambar sebenar burger berkenaan?

Kami tidak mempunyai gambar untuk burger Samurai. Walau bagaimanapun, kami mempunyai gambar-gambar sebenar Burger Shogun untuk dikongsi dengan anda.

Bungkusan Burger Shogun McDonald's
Bungkusan Burger

Tidak seperti burger premium lain dahulu, Burger Shogun dan Samurai pada tahun 2020 ini menggunakan wax paper nipis untuk pembungkusan. Pada pendapat kami, bungkusan seperti ini lebih senang digunakan.

Gambar Sebenar Burger Shogun McDonald's
Gambar Sebenar Burger Shogun McDonald’s

Inilah keadaan Burger Shogun apabila dibuka pembalutnya. Sos Teriyaki “menghiasi” kertas pembalut, namun itulah bukti betapa McDonald’s tidak kedekut sos!

Maklumat Nutrisi Burger Shogun McDonald’s

Seorang pembaca kami memaklumkan bahawa tiada maklumat nutrisi dapat dicari di laman rasmi McDonald’s Malaysia. Hal ini kerana burger ini ialah menu promosi, bukannya menu kekal restoran McDonald’s.

Telur Dalam Burger Shogun
Telur Dalam Burger Shogun

Inilah keadaan telur mata kerbau yang ada dalam Burger Shogun berkenaan. Tidak terlalu tebal, cukup-cukup sahaja ketebalannya untuk membolehkan anda menikmati burger anda tanpa terjejas rasa dagingnya.

Lapisan dalam Burger Shogun
Lapisan dalam Burger Shogun
McDonald's Delivery Package Seal
McDonald’s Delivery Package Seal

Selepas beberapa kali memesan daripada McDonald’s di Kuala Lumpur ini, kami mendapati label ini hanya sekadar label, pekerja McDonald’s berkenaan dipercayai kalis COVID-19 kerana tidak lagi mencatatkan suhu badan di kertas pembungkus makanan ini.

Sekiranya rider datang untuk mengambil 5-6 pesanan sekaligus, kami percaya masih ada masa untuk rider berkenaan diambil suhunya dan dicatatkan atas pembungkus ini.

Apa pun alasan penyedia penghantaran makanan ataupun McDonald’s, jelas bahawa label ini tidak diisi dengan betul. Semoga McDonald’s Malaysia memberi perhatian akan perkara ini.

Maklumat selanjutnya, sila rujuk laman rasmi McDonald’s Malaysia.

Khidmat Pelanggan McDonald’s Malaysia

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

Ayam Goreng McD Ekstra Pedas (3x Lebih Pedas)

Seperti mana yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia suka makan makanan pedas. Begitu jugalah dengan ayam goreng. Kebanyakan rangkaian restoran makanan segera di Malaysia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald’s turut menyediakan pilihan ayam goreng pedas, selain daripada ayam goreng biasa (regular) untuk para pelanggan mereka.

Walaupun tiada statistik rasmi diumumkan oleh mana-mana rangkaian restoran makanan segera di negara ini, namun kita dapat melihat bahawa sebahagian besar ayam yang dipesan oleh pelanggan merupakan ayam goreng pedas.

Ayam Goreng Terbaru McDonald’s

Pada bulan Julai 2019, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Ayam Goreng Ekstra Pedas. Pada peringkat awal, menu ini dijual di sebilangan kecil restoran sebagai percubaan. Ayam Goreng McD Ekstra Pedas ini mula dijual di semua restoran McDonald’s bermula pada 24 Julai 2019.

Para pelanggan McDonald’s Bukit Bintang sedang beratur untuk memesan makanan masing-masing

Pada hari pertama pelancarannya, McDonald’s Malaysia mengiklankan Ayam Goreng McD Ekstra Pedas dalam aplikasi telefon pintar mereka. Kempen pemasaran ini ternyata menjadi apabila jumlah pelanggan meningkat dengan ketara pada hari tersebut, iaitu 24 Julai 2019. Keadaan di McDonald’s Bukit Bintang menjadi sesak dengan sebahagian besar pelanggan dilihat sedang menunggu pesanan makanan mereka siap.

Ayam Goreng McD Ekstra Pedas

Sambutan luar biasa

Namun begitu, terdapat juga kesan yang kurang enak dilihat di kebanyakan restoran McDonald’s ekoran daripada jumlah pengunjung yang luar biasa ini. Sebagai contoh, pada waktu tengah hari, 26 Julai 2019, seorang staf (dipercayai bekerja sebagai pengurus) di McDonald’s MRR2 arah Kepong dilihat sedang mengherdik pekerjanya di hujung dapur berkenaan komitmen kerja tukang masak tersebut. Teguran kasar pengurus tersebut dapat didengari oleh semua pengunjung yang sedang memesan makanan di kaunter dan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Tinjauan di McDonald’s @ Curve NX Mutiara Damansara pada waktu malam, 26 Julai 2019 pula mendapati para pekerjanya kelihatan keletihan. Hal ini mungkin kerana terpaksa melayan jumlah pelanggan yang tidak dijangka-jangka. Pelanggan yang datang ke kaunter untuk memesan makanan juga terus terus disuruh untuk memesan makanan di mesin. Pekerja di kaunter tidak pula bertanya sekiranya pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan yang tidak wujud di mesin pesanan layan diri. Contohnya seperti menebus ganjaran di aplikasi telefon pintar McD.

Kami tidak menjangkakan layanan umpama hotel lima bintang di restoran makanan segera. Namun begitu sebagai rangkaian restoran yang sudah lama bertapak dalam bidang makanan dan minuman ini, mereka sewajarnya memberikan latihan mutu perkhidmatan yang mencukupi untuk para pekerja supaya dapat mendepani jumlah pelanggan dengan baik.

Kemas kini 10 Ogos 2019

Pihak kami mendapati bahawa ada beberapa pengguna yang mengadu sakit perut selepas memakan Ayam Goreng McD ini sehingga mereka perlu bertemu doktor. Selepas para pelanggan meluahkan kekecewaan mereka dalam media sosial, kami mendapati ayam goreng ini sudah kurang pedas berbanding dahulu.

Di kebanyakan restoran McDonald’s yang kami kunjungi, anda masih belum boleh memilih bahagian untuk Ayam Goreng McD ini.

McDonald’s Smoky Beef Burger

Baru-baru ini, McDonald’s telah melancarkan dua jenis burger terbaharu, iaitu Hot N’ Crispy Chicken Burger dan Smoky Grilled Beef Burger. Oleh itu, kami telah berkunjung ke McDonald’s untuk merasai sendiri burger ini.

Resit Pembelian McDonald's 2018-03-27
Resit Pembelian McDonald’s 2018-03-27

Harga kombo untuk burger, air berkarbonat dan kentang goreng bermula pada RM 14.95 (termasuk GST). Anda juga boleh “upgrade” untuk menikmati air berkarbonat dan kentang goreng bersaiz besar dengan RM 1.60 sahaja.

Pembungkusan Smoky Grilled Beef Burger McDonald's - 2018-03-27
Pembungkusan Smoky Grilled Beef Burger McDonald’s – 2018-03-27

Burger ini dibungkus dalam kotak kertas yang berbeza. Pastinya berbeza, kerana harganya juga lebih mahal berbanding burger Big Mac.

Burger ini menggunakan kepingan daging yang agak besar, dipercayai kepingan daging yang sama untuk burger Big and Tasty yang pernah dijual sebelum ini.

Burger Smoky Grilled Beef - 2018-03-27
Burger Smoky Grilled Beef – 2018-03-27

Walau bagaimanapun, rasa unik pada burger ini ialah penggunaan sos Chipotle yang pedas dengan sedikit rasa masam dan manis yang pastinya mampu menarik minat para pengunjung.

Dengan harga kombo yang bermula pada RM 14.95, ianya sedikit mahal berbanding kombo-kombo lain di McDonald’s. Sebagai perbandingan, kombo 2 ketul Ayam Goreng McD hanya dijual pada RM 13.90.

Oleh itu, setelah merasai sendiri burger Smoky Grilled Beef ini, berikut merupakan dapatan reviu kami:

Cara Hidangan: 7/10

Rasa: 8/10

Harga: 5/10

Khidmat Pelanggan McDonald’s Malaysia

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

Ada boleh menggunakan aplikasi mudah alih McDonald’s untuk mengisi maklum balas berkenaan produk atau perkhidmatan mereka. Setiap soal selidik yang diisi boleh ditebus dengan hadiah dalam aplikasi berkenaan, biasanya Frozen Coke atau Frozen Fanta.