Penyelidikan Kata Kunci (Keyword Research)

Anda ingin membangunkan laman web, tetapi anda tidak pasti kandungan jenis apakah yang akan menarik minat pembaca. Jika anda telahpun mempunyai laman web, anda tidak pasti kenapa artikel anda sudah banyak di laman web, namun jumlah pengunjung dari enjin carian masih berkurang. Jika anda merasai salah satu simptom di atas, anda boleh teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penyelidikan kata kunci (keyword research).

Apa itu penyelidikan kata kunci (keyword research)?

Apa itu keyword research? Keyword research ialah proses penyelidikan untuk mengenal pasti apakah frasa carian yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat di enjin carian. Sebagai contoh, jika seseorang ingin mencari maklumat berkenaan tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, antara kata kunci yang digunakan ialah “tempat lahir”, “Tun M”, “tempat kelahiran” dan sebagainya. Sekiranya kandungan anda memiliki kata kunci tertentu yang memang dicari oleh pengunjung web, anda akan dapat pelawat yang lebih ramai.

Antara tool yang sering digunakan oleh pemilik laman web untuk membuat penyelidikan kata kunci ialah Google Trends. Dengan Google Trends, anda dapat mengenal pasti kata kunci yang sedang “trending” pada masa-masa tertentu mengikut tempat. Contohnya, jika anda ingin mencari maklumat berkenaan kata kunci “bazar ramadan” sepanjang lima tahun lepas, anda akan dapati kata kunci berkenaan hanya popular sekitar bulan Ramadan setiap tahun. Begitu juga dengan kata kunci yang bersifat bermusim seperti “cuti sekolah” ataupun carian berkenaan tempat-tempat peranginan popular.

Selain dari itu, dengan Google Trends juga, anda dapat membandingkan search pattern untuk keyword yang berbeza.

Kami ingin berkongsi beberapa alatan (tools) percuma untuk anda membuat penyelidikan kata kunci (keyword research) tapak web anda:

  1. Google Trends
  2. Keyword Shitter
  3. AdWord & SEO Keyword Permutation Generator
  4. Answer the Public
  5. Google Correlate
  6. Keywords Everywhere
  7. Wordtracker Scout
  8. Google Search Console
  9. Google

Sumber: ahrefsblog

Jika anda inginkan panduan-panduan lain dalam pengurusan laman web anda, sila baca Panduan Pengurusan Laman Web (Website) kami.

Laman Web MPSepang Berwajah Baharu

Hasil tinjauan kami sebentar tadi di laman web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kami teruja kerana laman web tersebut kelihatan baru dan segar, sesuai dengan keadaan masyarakat yang kini semakin bijak dalam mendapatkan maklumat daripada internet. Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar mengemas kini laman web mereka sejajar dengan kehendak rakyat.

Tangkap layar (screenshot) laman web MPSepang

Maklumat yang disediakan di Laman Web MPSepang

MPSepang membahagikan laman web nya kepada tiga bahagian, iaitu Informasi Korporat, Komuniti & Pelawat dan Perniagaan & Pelaburan. Pembahagian ini dilihat sesuai kerana kebiasaannya komuniti tempatan dan juga pelawat ada banyak persamaan dari segi maklumat yang ingin dicari. Contohnya, jika anda ingin membawa keluarga ke taman rekreasi, anda mungkin berada dalam kategori pelawat atau komuniti tempatan.

Antara maklumat yang ada ialah maklumat latar belakang korporat, perkhidmatan yang disediakan oleh MPSepang dan juga maklumat berkenaan kemudahan yang sediakan.

Hasil semakan kami pada 3 April 2020 mendapati kebanyakan daripada menu laman web ini tidak dapat diakses. Sekiranya mana-mana halaman berkenaan gagal diakses, anda boleh menekan butang refresh dan halaman tersebut akan dipaparkan seperti biasa.

Akses Mudah Alih

Namun begitu, hasil ujian kami menggunakan telefon pintar, kami mendapati laman web berkenaan kurang mesra peranti mudah alih (mobile devices). Masih ada lagi beberapa kecelaruan layout semasa kami menyemak layout dengan telefon pintar kami.

Walaupun berbanding dahulu MPSepang dah melakukan banyak penambah baikan untuk pengunjung dari peranti mudah alih, kami berharap agar unit Komunikasi Korporat dan IT teruskan berusaha untuk memastikan capaian dan pengalaman pengunjung terbaik untuk pengunjung laman web yang menggunakan peranti mudah alih.

Cadangan kami

Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada pihak MPSepang untuk menambah baik laman web mereka supaya sesuai untuk dilawati oleh pengguna peranti mudah alih. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan warganet sering mencari maklumat melalui telefon pintar masing-masing.

Bagi pengunjung yang ingin melihat susun atur dan reka bentuk baharu MPSepang, sila lawati laman web berkenaan sekarang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.