Cara Memasukkan Ringtone dalam iPhone Anda

Sebahagian pengguna iPhone pasti berasa bosan dengan nada dering (ringtone) anda yang sedia ada. Bagi pengguna Android, mengubah ringtone anda kepada nada yang anda inginkan bukanlah sesuatu yang sukar. Kebanyakan pengguna iPhone memilih untuk menggunakan mana-mana ringtone sedia ada kerana mereka tidak tahu cara memasukkan ringtone sendiri dalam iPhone mereka. Oleh itu, kami ingin berkongsi cara memasukkan ringtone dalam iPhone anda.

Untuk itu, kami ingin berkongsi bersama anda tips mudah untuk anda memasukkan lagu anda sendiri dalam peranti iPhone anda. Untuk memulakan proses ini, anda memerlukan benda-benda berikut:

  1. Peranti iPhone
  2. Kabel USB untuk data transfer
  3. Komputer (Desktop dan laptop)
  4. Perisian iTunes (boleh dimuat turun secara percuma di laman web Apple)

Langkah 1: Pilih lagu kesukaan anda

Anda boleh menggunakan pelbagai perisian untuk mendapatkan fail lagu anda. Antara format yang kami ingin syorkan ialah format MP3, AAC dan OGG.

Youtube: Anda boleh menggunakan perisian 4K Video Downloader untuk memuat turun

Peringatan penting: Sila pastikan sumber lagu yang anda pilih tidak melanggar mana-mana undang-undang hak cipta (copyright) di negara asal, negara tempat tinggal anda dan mana-mana negara yang terlibat dengan proses mendapatkan lagu tersebut.

Langkah 2: Potong (trim) lagu anda

Kebiasaannya, lagu yang biasa kita dengar ialah sepanjang 3 ke 4 minit. Untuk itu, anda perlu memilih sebuah segmen dalam lagu anda dalam lingkungan 30 ke 40 saat. Biasanya, ringtone anda akan berbunyi sekitar 30 saat sahaja. Oleh itu, sila pilih 30 saat segmen kesukaan anda dalam lagu tersebut.

Contohnya, jika anda telah memilih segmen tersebut bermula daripada minit kedua lagu tersebut sehingga minit kedua 30 saat, segmen yang anda pilih ialah 1:00 hingga 1:30.

Right click pada fail lagu anda dan tekan menu Song Info. Kemudiannya pilih tab “options”. Di tab berkenaan, anda boleh memasukkan maklumat segmen kesukaan anda dengan mengubah nilai yang terdapat dalam Start dan Stop.

Langkah 3: Cipta fail AAC untuk ringtone anda.

Pilih fail lagu anda tadi. Kemudiannya, pilih menu File > Convert > Create AAC version. Dengan menekan menu Create AAC version ini, iTunes akan mencipta fail AAC baru lagu tersebut yang hanya mengandungi segmen yang dipilih anda. Right click pada fail baharu tersebut dan kemudiannya klik paste pada mana-mana folder yang anda inginkan.

Langkah 4: Ubah file extension kepada .m4r.

Jika anda pergi kepada folder yang mengandungi fail tersebut, anda akan mendapati bahawa failnya mempunyai extension .m4a. Extension berkenaan digunakan untuk fail MPEG 4 Audio. Apple ringtone pula turut menyokong format berkenaan namun ianya perlu ditukar kepada format ringtone dulu. Dalam peranti Apple, ringtone memerlukan extension .m4r untuk dikenal pasti.

Oleh itu, anda harus menekan right click pada fail tersebut untuk menukarnya kepada .m4r.

Langkah 5: Menyediakan iTunes untuk disalin fail ringtone

Selesai fail tersebut ditukar kepada format ringtone, anda perlu membuka iTunes untuk menyediakan peranti anda bagi menerima fail ringtone tersebut.

Langkah 6: Menyalin (copy) fail ringtone tersebut ke dalam iTunes

Fail ringtone .m4r tadi boleh disalin terus dari Windows Explorer masuk ke dalam iPhone anda menerusi iTunes. Anda hanya perlu “drag and drop” sahaja fail ringtone tersebut ke dalam bahagian (tones) dalam iTunes dan fail tersebut akan terus wujud dalam iPhone anda apabila selesai sahaja proses “sync” dibuat.

Langkah 7: Cara Memasukkan Ringtone dalam iPhone

Dengan masuknya fail dalam iPhone anda sebentar tadi, anda hanya perlu mengubah ringtone berkenaan dalam menu Settings.

[ Promosi Celcom ] Tawaran iPhone Pada Harga Diskaun

Berita baik kepada semua pengguna yang berhasrat untuk membeli iPhone, anda kini boleh mendapatkan iPhone pada harga yang lebih murah melalui langganan pelan pascabayar (postpaid) Celcom. Promosi Celcom ini adalah diskaun tambahan daripada diskaun sedia ada Diskaun tambahan ini hanya boleh didapati dengan pengubahan pelan (Change of Billing Plan – COBP) dan Mobile Number Portability (MNP).

Diskaun yang ditawarkan termasuklah iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Manakala bagi jumlah diskaun pula, ianya tertakluk kepada model iPhone dan kapasiti yang diinginkan.

Pelan yang layak untuk menikmati diskaun ini pula ialah Celcom First Gold Plus, First Gold Supreme, First Platinum dan juga First Platinum Plus.

Bagi pengguna yang tidak mahu mengeluarkan bayaran sekaligus bagi membeli iPhone, anda boleh melanggan mana-mana pelan di atas dan membeli iPhone anda dengan ansuran mudah bulanan EasyPhone dari Celcom. Sebagai contoh, harga ansuran bulanan iPhone 8 64 GB bagi pelan First Platinum sekarang hanya RM 88 sebulan berbanding harga sebelumnya RM 92 sebulan. Manakala untuk iPhone X pula, harga terbaru untuk EasyPhone pula ialah RM 143 sebulan berbanding RM 148 sebulan (harga sebelum ini).

Klik sini untuk melawat laman web Celcom bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan EasyPhone. Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat untuk pelan-pelan pascabayar yang lain.