Waktu Operasi IOI City Mall Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi IOI City Mall semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

Senarai Kedai Yang Dibuka di IOI City Mall Semasa PKP (Kemas kini 22 April 2020)
Senarai Kedai Yang Dibuka di IOI City Mall Semasa PKP (Kemas kini 22 April 2020)
Senarai Restoran Yang Dibuka (Delivery dan Takeaway sahaja) di IOI City Mall Semasa PKP (Kemas kini 22 April 2020)
Senarai Restoran Yang Dibuka (Delivery dan Takeaway sahaja) di IOI City Mall Semasa PKP (Kemas kini 22 April 2020)

Waktu Operasi IOI City Mall Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini.

Maklumat Tambahan

Pemeriksaan suhu badan wajib di West Entrance, 10 pagi hingga 8 malam setiap hari

Parkir percuma di lot Premier dan aras P1 sehingga 28 April 2020

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: (+603) 8328 8899

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/IOICityMallPutrajaya): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 173,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/ioicitymallmy/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 7,200 pengikut dengan 787 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCRbcy7uLMpzaTrMA0jCM88A): Laman YouTube mereka mempunyai 259 subscribers. Laman ini kelihatan agak baru memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 30 November 2019.

Maklumat IOI City Mall

IOI City Mall ialah sebuah pusat beli belah (shopping mall) yang terletak di Putrajaya.

Shopping mall ini terkenal dalam kalangan pengunjung kerana saiznya yang besar dan memiliki pelbagai jenis ruang niaga untuk para pelanggan.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 23 April 2020, PKP sudah memasuki fasa ketiga. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020

Cheesy Fried Chicken Bumbuk @ K Fry Urban Korean

Anda pernah makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk? Bagi yang belum pernah, Chicken Bumbuk ini ialah ketulan-ketulan ayam tanpa tulang (boneless) yang digoreng dan disalut dengan sos pedas, kemudiannya dibalut dengan lapisan keju Mozzarella yang kenyal.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)
Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)

K Fry Urban Korean ialah rangkaian restoran makanan Korea yang berasal dari Malaysia. Menerusi laman “about us” mereka, K Fry menyatakan mereka ialah jenama “home grown”, tanpa menyatakan dengan jelas sejarah bermulanya perniagaan mereka. Justeru kami mempercayai bahawa jenama K Fry ini berasal dari Malaysia.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk di K Fry Urban Korean, IOI City Mall, Putrajaya

Chicken Bumbuk ini boleh didapati di kesemua cawangan restoran K Fry. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada juga restoran yang kehabisan stok bagi menu tersebut. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar Chicken Bumbuk yang kami cuba tempoh hari di Restoran K Fry, IOI City Mall, Putrajaya.

Walaupun sesetengah pengunjung menyifatkan restoran K Fry ini sebagai pesaing kepada Kyochon, namun Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Masyarakat umum sedia maklum bahawa orang Malaysia memang suka makanan berunsur keju. Lihat saja betapa ramainya orang memesan Cheezy Wedges di KFC. Pastinya Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini berupaya membuatkan para penggemar keju di Malaysia ini tidak tidur malam memikirkannya.

Keistimewaan menu ini terletak pada cara hidangannya. Pelayan akan membawa dapur gas mini untuk diletakkan atas meja anda dan Cheesy Fried Chicken Bumbuk anda akan mula dimasak. Keju Mozzarella akan dipanaskan terlebih dahulu sehingga kenyal dan kemudiannya satu persatu ketulan ayam tersebut akan dibalut menggunakan keju Mozzarella tersebut. Untuk melihat dengan lebih lanjut penyediaan menu ini, anda boleh menonton vlog Qistina288 di laman Youtube:

Tempahan Meja

Pada waktu puncak seperti hujung minggu, anda mungkin mendapati restoran K Fry Urban Korean ini dipenuhi oleh pelanggan yang sedang makan dan juga pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Jika anda tidak mahu beratur panjang, anda boleh menggunakan khidmat Book A Table terus dari laman web K Fry. Khidmat ini membolehkan anda menempah meja makan anda secara atas talian (online). Walau bagaimanapun, tempahan Cheesy Fried Chicken Bumbuk tertakluk kepada stok. Disebabkan jumlah pelanggan yang masih belum surut walaupun restoran K Fry telah beberapa tahun beroperasi, kebanyakan pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu sebelum datang. Selain dari itu, mereka juga tidak akan membenarkan pelanggan masuk selagi jumlah yang ditempah belum cukup. Dalam bahasa inggeris, “incomplete parties will not be seated”.

Belum daftar eWallet Touch N Go? Baca sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Sekiranya anda tinggal jauh dari Putrajaya, anda boleh melihat senarai pusat beli belah lain di laman ini.