Laman Web MPSepang Berwajah Baharu

Hasil tinjauan kami sebentar tadi di laman web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kami teruja kerana laman web tersebut kelihatan baru dan segar, sesuai dengan keadaan masyarakat yang kini semakin bijak dalam mendapatkan maklumat daripada internet. Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar mengemas kini laman web mereka sejajar dengan kehendak rakyat.

Tangkap layar (screenshot) laman web MPSepang

Maklumat yang disediakan di Laman Web MPSepang

MPSepang membahagikan laman web nya kepada tiga bahagian, iaitu Informasi Korporat, Komuniti & Pelawat dan Perniagaan & Pelaburan. Pembahagian ini dilihat sesuai kerana kebiasaannya komuniti tempatan dan juga pelawat ada banyak persamaan dari segi maklumat yang ingin dicari. Contohnya, jika anda ingin membawa keluarga ke taman rekreasi, anda mungkin berada dalam kategori pelawat atau komuniti tempatan.

Antara maklumat yang ada ialah maklumat latar belakang korporat, perkhidmatan yang disediakan oleh MPSepang dan juga maklumat berkenaan kemudahan yang sediakan.

Hasil semakan kami pada 3 April 2020 mendapati kebanyakan daripada menu laman web ini tidak dapat diakses. Sekiranya mana-mana halaman berkenaan gagal diakses, anda boleh menekan butang refresh dan halaman tersebut akan dipaparkan seperti biasa.

Akses Mudah Alih

Namun begitu, hasil ujian kami menggunakan telefon pintar, kami mendapati laman web berkenaan kurang mesra peranti mudah alih (mobile devices). Masih ada lagi beberapa kecelaruan layout semasa kami menyemak layout dengan telefon pintar kami.

Walaupun berbanding dahulu MPSepang dah melakukan banyak penambah baikan untuk pengunjung dari peranti mudah alih, kami berharap agar unit Komunikasi Korporat dan IT teruskan berusaha untuk memastikan capaian dan pengalaman pengunjung terbaik untuk pengunjung laman web yang menggunakan peranti mudah alih.

Cadangan kami

Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada pihak MPSepang untuk menambah baik laman web mereka supaya sesuai untuk dilawati oleh pengguna peranti mudah alih. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan warganet sering mencari maklumat melalui telefon pintar masing-masing.

Bagi pengunjung yang ingin melihat susun atur dan reka bentuk baharu MPSepang, sila lawati laman web berkenaan sekarang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.