COVID-19: Kuarantin di Rumah? Cuba Idea-idea Berikut

Pada 16 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua penduduknya untuk meminimumkan pergerakan di luar rumah bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia ada mengeluarkan senarai nombor-nombor telefon yang anda boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan atau makluman berkenaan COVID-19. Lihat senarai tersebut di pautan ini.

Kuarantin di rumah ni boleh keluar ke?

Jawapan pendek, ya.

Idea 1: Membaca

man reading a newspaper
Photo by Ekrulila on Pexels.com

Bagi yang memiliki bahan bacaan fizikal (hardcopy) atau elektronik (softcopy) di rumah, anda boleh menggunakan masa yang ada ini untuk membaca.

Jika anda pernah berkunjung ke pesta buku, mungkin ada lagi buku-buku yang anda pernah beli namun belum habis membaca.

Idea 2: Membaca (di Internet)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui cabang perpustakaan digitalnya, U-Pustaka telah memberikan akses percuma sebanyak 13.2 juta bahan bacaan di laman webnya, www.u-library.gov.my. Untuk mengakses, anda dicadangkan untuk menggunakan komputer desktop atau laptop.

Syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti U-Mobile, Celcom dan Digi juga memberikan diskaun dan promosi tertentu sebagai sokongan kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini dan membantu rakyat Malaysia yang terpaksa bekerja dari rumah (work from home).

Idea 3: Mencuba resipi masakan

Walaupun banyak kedai ditutup, kedai yang menjual barang makanan masih lagi dibuka. Masa terluang di rumah boleh dimanfaatkan dengan baik untuk anda mencuba resipi baru masakan. Jika anda tinggal dengan keluarga atau pasangan, anda boleh membuat pertandingan masakan lagi bersama mereka.

Idea 4: Mengemas rumah

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu ini wajar untuk dimanfaatkan untuk anda mengemas rumah anda dan mengenal pasti barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi. Barang-barang ini kemudiannya dapat dijual melalui platform social marketplace seperti Carousell dan juga Mudah.