McDonald’s Malaysia

McDonald's Cyberjaya

McDonald’s Malaysia ialah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Malaysia. McDonald’s di Malaysia telah beroperasi selama lebih 35 tahun. Berasal dari Amerika Syarikat, jenama McDonald’s pada hari ini sangat dikenali di serata dunia.

Menu Popular

Ayam Goreng Ekstra Pedas McD
Ayam Goreng Ekstra Pedas McD

McDonald’s memiliki beberapa menu popular melibatkan ayam goreng, burger dan pencuci mulut.

Ayam Goreng McD: Ayam Goreng McD terdapat dalam dua perisa, iaitu biasa (Regular) dan pedas (Spicy). Rasa Ayam Goreng McD Spicy lebih pedas berbanding ayam goreng KFC Hot & Spicy.

Selain daripada menu di atas, jika anda inginkan nilai hebat semasa di McDonald’s, anda boleh memilih makanan atau minuman kesukaan anda pada harga RM 5.99 atau RM 6.50.

McDonald's McSavers Mix and Match
McDonald’s McSavers Mix and Match

Menu Promosi Terhad

Ayam Goreng Ekstra Pedas: Ayam goreng versi pedas ini diperkenalkan oleh McDonald’s pada tahun 2019.

Sejarah McDonald’s

Pada 29 April 1982, restoran McDonald’s yang pertama di negara ini telah dibuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

McDonald’s menjadi rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri pada awal 90-an.

Kini, dengan lebih 35 tahun pengalaman beroperasi di Malaysia, McDonald’s memiliki lebih 12,000 kakitangan di negara ini dengan 95% daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

Khidmat Penghantaran McDonald’s Malaysia

McDonald’s menyediakan khidmat penghantaran untuk para pelanggannya di kebanyakan lokasi seluruh Malaysia. Khidmat penghantaran mereka dikenali dengan nama McDelivery. Walaupun kini mereka juga menawarkan makanan melalui platform Foodpanda dan GrabFood, khidmat McDelivery masih diteruskan dengan promosi-promosi yang diadakan secara berkala bagi menarik minat pengguna.

McDelivery boleh diakses secara terus melalui laman web https://www.mcdelivery.com.my ataupun aplikasi mudah alih McDonald’s di telefon pintar iOS atau Android anda.

Maklumat Korporat

Nama Syarikat: Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd

Alamat:
Level 6,Bangunan TH Damansara Uptown 3,
No. 3, Jalan SS21/39, 47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Laman web: https://www.mcdonalds.com.my

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s di Malaysia: Encik Azmir Jaafar

Mcdonald’s Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat dari Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd. Sistem francais yang digunakan ialah Developmental Licensee (DL). Dengan sistem ini, McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat telah memindahkan hak milik mereka ke atas syarikat ini kepada syarikat Lionhorn. Syarikat Lionhorn ini merupakan salah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd dan Abdulrahman Alireza.

Syarikat ini dilihat sebagai sebuah syarikat yang disukai oleh pekerjanya. Mengikut data Jobstreet, 93% daripada pekerja di syarikat ini mengesyorkan syarikat ini kepada rakan-rakan mereka. Rating syarikat ini di Jobstreet pula ialah 4.4 daripada 5.0.

Khidmat Pelanggan

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

Ada boleh menggunakan aplikasi mudah alih McDonald’s untuk mengisi maklum balas berkenaan produk atau perkhidmatan mereka. Setiap soal selidik yang diisi boleh ditebus dengan hadiah dalam aplikasi berkenaan, biasanya Frozen Coke atau Frozen Fanta.