KFC Malaysia

KFC Dinner Plate

KFC Malaysia ialah sebuah rangkaian restoran makanan segera di Malaysia. memiliki sejarah yang panjang di negara ini.

Pada tahun 2019, laman web QSR Brands mencatatkan terdapat lebih 824 buah restoran KFC beroperasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, laman web KFC mencatatkan bahawa mereka memiliki lebih 600 restoran KFC di Malaysia.

Garis Masa KFC Malaysia

1 Januari 1973: Restoran KFC pertama di Malaysia telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

15 November 1986: KFC di Jalan Imbi, Kuala Lumpur beroperasi menggunakan pekerja kelainan upaya (OKU) percakapan dan pendengaran. Outlet ini kemudiannya dipindahkan ke Sentul Raya, Jalan Ipoh pada tahun 1992.

8 Mei 1998: Restoran KFC yang ke-250 dibuka di Menara Berkembar Petronas

15 Januari 2011: Outlet ke-500 dibuka di Subang

18 September 2018: Outlet ke-700 dibuka di Seremban

Menu KFC Malaysia

Selain daripada menu-menu biasa, terdapat beberapa menu yang unik di Malaysia:

Hot & Spicy Chicken: Ayam berperisa pedas ini pada asalnya diperkenalkan sebagai menu terhad, namun memandangkan terdapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengguna, menu ini dikekalkan.

Cheesy Wedges: Berbeza dengan Potato Wedges yang biasa terdapat di KFC, Cheesy Wedges merupakan Potato Wedges biasa yang dihidangkan bersama dengan sos berperisa keju. Menu ini antara yang paling laris dijual di KFC.

Menu Istimewa KFC Malaysia

KFC sering memperkenalkan menu istimewa promosi masa terhad atau limited time promotion untuk menggalakkan pelanggan datang mencubanya.

Antara menu istimewa yang ditawarkan ialah Tom Yam Crunch, Sawadee Crunch dan burger Double Down.

Kaedah Bayaran

KFC telah memperkenalkan beberapa kaedah bayaran baru seperti Touch ‘N Go eWallet dan pembayaran kad kredit. Walaupun kebanyakan restoran KFC memiliki terminal bayaran kad kredit sejak dari dahulu lagi, namun kebanyakan restorannya tidak menerima bayaran melalui kad atas macam-macam alasan yang diberikan. Namun begitu, selepas pengenalan semula bayaran melalui kad kredit dan Touch N Go eWallet, lebih ramai pengguna memilih untuk menggunakan bayaran nirtunai (cashless).

Kaedah-kaedah pembayaran yang baru ini memudahkan urusan pengguna.

Khidmat Penghantaran

KFC menawarkan khidmat penghantaran makanan sendiri yang dinamakan KFC Delivery. Selain daripada itu, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan menerusi platform lain seperti GrabFood dan Foodpanda.

KFC Delivery: KFC Delivery merupakan khidmat penghantaran makanan yang disediakan oleh restoran KFC. Anda boleh membuat pesanan melalui laman web KFC ataupun aplikasi mudah alih yang boleh didapati di platform iOS atau Android.

Kebenaran Operasi

Operasi KFC di Malaysia dijalankan oleh sebuah syarikat yang dikenali dengan nama QSR Brands. Yum! Brands, pemilik jenama KFC yang berpusat di Amerika Syarikat, memberi hak eksklusif kepada QSR Brands untuk menjalankan perniagaan restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Selain daripada KFC, QSR Brands juga diberi hak eksklusif untuk mengoperasikan restoran Pizza Hut di Malaysia dan juga Singapura.

Maklumat Korporat

Nama syarikat: QSR Brands (M) Holdings Bhd

Alamat:
Tower 1, Level 2, VSquare
@PJ City Centre, Jalan Utara,
46200 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Koordinat lokasi: 3.107108, 101.639761
No. telefon: +6 03 7933 8888
Alamat e-mel: [email protected]
Laman web korporat: http://qsrbrands.com/

Khidmat Pelanggan

Laman web: https://www.kfc.com.my

Borang di laman web: https://kfc.com.my/support

No. telefon: 1300-222-888