Domino’s Pizza Malaysia

Piza Domino's Pizza Malaysia

Domino’s Pizza Malaysia ialah rangkaian restoran pizza di Malaysia. Rangkaian ini berasal daripada Michigan, Amerika Syarikat. Restoran ini beroperasi di kebanyakan bandar di seluruh Malaysia.

Khidmat Penghantaran Domino’s Pizza Malaysia

Domino’s Pizza menawarkan khidmat penghantaran untuk pelanggannya. Domino’s Pizza terkenal dengan janjinya untuk memberi kupon piza percuma sekiranya penghantaran tidak dapat dibuat dalam masa 30 minit. Selain dari itu, kupon piza percuma juga akan diberikan sekiranya piza ambil sendiri (self-pickup) anda gagal disiapkan dalam masa 15 minit.

Promosi Domino’s

Domino’s Malaysia sentiasa mempunyai program promosi yang menambat hati pembeli. Kebolehan Domino’s menggunakan media sosial dalam mempromosi jenama dan produk mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Untuk maklumat promosi terbaru mereka, sila lawat laman web Domino’s.

Menu Popular

Produk utama Domino’s, iaitu piza, terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Favorites, Classics dan First Class.

Saiz PizaClassicsFirst Class
PersonalRM 2.90RM 3.90
RegularRM 3.90RM 5.90
LargeRM 4.90RM 7.90
Extra LargeRM 5.90RM 9.90
Surcaj piza untuk Classics dan First Class

First Class

Chickensaurus, Ultimate Hawaiian, Meatasaurus, Chicken Confidential, Sambal Surf & Turf, Prawn Sensation, Tropical Sambal Prawn, Prawn Passion.

Classics

Classic Chicken, Smoky Pepperoni Mushroom, Classified Chicken, Spicy Sambal, Meat Mania, Spicy Sausage, Extravaganzza, Chicken Perfection, Signature Quattro Beef, Signature Quattro Chic.

Favorites

Simply Cheese, Vegie Galore, Chicken Pepperoni, Seafood Delight, Beef Pepperoni, Flaming Tuna, BBQ Chicken, Aloha Chicken, Smoky Beef & Chick, Tuna Extreme, Sambal Vegie, Tuna Temptation, Vegie Fiesta, Vegie Quattro.

Sejarah Domino’s Pizza di Malaysia

Domino’s Pizza Malaysia memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 1997 dengan membuka restoran pertamanya di USJ dan mempunyai 15 pekerja.

Kini, rangkaian restoran pizza Domino’s telah berkembang dengan pesat dengan wujudnya lebih 240 restoran di Malaysia, lebih 30 restoran di Singapura. Terdapat lebih 4000 pekerja yang bekerja di restoran-restoran ini.

Januari 2011: Pembukaan restoran ke-50

Disember 2013: Pembukaan restoran ke-100

Mac 2016: Pembukaan restoran ke-150

April 2017: Pembukaan restoran ke-200

Sumber: Laman web Domino’s Pizza Malaysia

Khidmat Pelanggan

Facebook (Domino’s Pizza Malaysia, @DominosMY): Jumlah pengikut di laman Facebook mereka ialah seramai 860,824 orang (7 April 2020). Domino’s Pizza aktif berkomunikasi dengan para pelanggan mereka di media sosial ini.

Instagram (dominosmy): Jumlah pengikut di laman Instagram mereka adalah seramai 145,000 orang. Domino’s Pizza juga aktif berkomunikasi dengan para pelanggan mereka di media sosial ini.

Twitter (@DominosMY): Domino’s Pizza merupakan antara jenama restoran di Malaysia yang aktif di media sosial. Interaksi secara aktif dengan pelanggan di media sosial membuatkan ramai pengguna media sosial berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

E-mel: Sekiranya anda tidak mahu menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan mereka, anda boleh menggunakan saluran perhubungan di laman web Domino’s Pizza.

Selain daripada menggunakan kaedah perhubungan di atas, dengan setiap pesanan, pihak Domino’s akan menghantar emel kaji selidik untuk anda isi. Anda boleh berkongsi maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan mereka melalui soalan-soalan yang ditanyakan. Kebanyakan kaji selidik yang diberikan oleh Domino’s melayakkan anda untuk mendapat makanan percuma (boleh ditebus melalui profil anda). Anda cuma perlu mengisi dan menghantar kaji selidik yang diberikan.