Ayam Gepuk Pak Gembus

Logo Ayam Gepuk Pak Gembus

Ayam Gepuk Pak Gembus ialah rangkaian restoran makanan Indonesia yang berasal dari Jogjakarta.

Ayam resepi istimewa ini diadun dengan pelbagai herba, digoreng garing dan disajikan bersama sambal, tauhu dan sayuran lain.

Hadapan Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus
Hadapan Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus

Kedai mereka bukan susah nak nampak. Dari jauh pun dah nampak dah perkataan Ayam Gepuk tu. Rangkaian mereka memiliki beberapa buah restoran di serata Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam kedai pula, mereka banyak menggunakan warna hitam dan kuning dalam pemilihan cat dan perabot. Kedai nampak gelap, tetapi pedas sambalnya boleh membuatkan dunia anda gelap-gelita seketika.

Penyediaan Sambal Ayam Gepuk
Penyediaan Sambal Ayam Gepuk

Sambal gepuk di setiap restoran Ayam Gepuk ini diadun khas oleh warga kerja mereka di lokasi.

Nasi Ayam Gepuk Pak Gembus

Ayam Gepuk Sambal Extra Pedas
Ayam Gepuk Sambal Extra Pedas

Inilah rupa hidangan ayam gepuk yang dinantikan. Ayam Gepuk Pak Gembus ini pasti menambat hati para penggemar sambal pedas kerana rasanya yang unik boleh membuatkan anda ketagih.

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan nasi dan sambal tambahan percuma kepada pelanggan yang makan di restoran.

Resit Pembelian Ayam Gepuk
Resit Pembelian Ayam Gepuk

The aftermath. Jika anda makan di sini, pastikan air yang dipesan mencukupi. Besar kemungkinan, 2 gelas masih belum mencukupi. Selain daripada air mineral, mereka juga menawarkan air kosong pada harga 70 sen segelas.

Anda rasa harganya mahal? Dengan “free refill” nasi dan sambal, tiada yang mahalnya dengan air yang dijual. Sesuailah dengan strategi pemasaran mereka.

Jika anda penggemar makanan pedas dan belum pernah mencuba Ayam Gepuk, anda boleh terus melawat laman web mereka di alamat https://www.ayamgepukpakgembus.com.my/ dan melihat senarai outlet mereka. Menu mereka tidak ada pilihan yang banyak, jadi jika anda ingin ke sini, pastikan semuanya penggemar ayam yang pedas.

Saluran Media Sosial dan Khidmat Pelanggan

Facebook (https://www.facebook.com/ayamgepukpakgembusmalaysia): Laman Facebook mereka memiliki 7,578 tanda suka (likes) dan 7,808 pengikut atau followers (Oktober 2020). Mereka aktif berkomunikasi dengan para pelanggan mereka di media sosial ini.

Instagram (https://www.instagram.com/ayamgepukmalaysia/): Jumlah pengikut di laman Instagram mereka adalah seramai 104,044 orang (Oktober 2020). Mereka juga aktif berkomunikasi dengan para pelanggan mereka di media sosial ini.

Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCvLOHYTsQw1gn89RtAai7ng): Saluran YouTube mereka masih baru dengan seramai 48 subscribers manakala jumlah tontonan video pula cuma 589 (Oktober 2020).

E-mel: Sekiranya anda tidak mahu menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan mereka, anda boleh menggunakan saluran perhubungan melalui emel di alamat [email protected].