The Starling

The Starling atau Starling Mall ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Damansara Uptown, Selangor, Malaysia.

The Starling dibuka pada bulan November 2016 dan dibangunkan oleh syarikat See Hoy Chan Sdn Bhd. Ketika pembukaannya, ruang niaga di pusat beli belah ini 85% penuh dengan 95 penyewa.

Pusat beli belah ini menggunakan konsep “The Mall in a Park” dengan gabungan harmoni antara bandar dan alam semula jadi.

Lokasi dan Waktu Operasi The Starling

Alamat:

6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor Malaysia

Koordinat GPS: 3.134716, 101.623136

Waktu Operasi: 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari

Kedai-kedai menarik di The Starling

Barangan Keperluan Rumah

  1. ACE Hardware
  2. Daiso
  3. SSF Home Decor

Fesyen dan Pakaian

  1. Nichii & Kitschen
  2. Padini Concept Store

Restoran

  1. Sushi Zanmai

Kemudahan

Surau: 10:00 pagi hingga 10:00 malam, Aras G dan Aras 2 (South Wing)

Baby Room: Bilik bayi atau baby room ini disediakan untuk kemudahan menukar lampin bayi dan juga penyusuan bagi ibu-ibu yang menyusu.

Pengangkutan Awam

The Starling menyediakan khidmat bas shuttle percuma untuk para pelanggannya. Bas shuttle ini menghubungkan pusat beli belah dengan Stesen MRT TTDI (bersebelahan dengan TTDI Ascencia Condominium) dan Stesen LRT Kelana Jaya (perhentian bas bertentangan dengan stesen). Berikut dipaparkan jadual shuttle bus berkenaan:

Jadual Perkhidmatan Shuttle Bus The Starling
Jadual Perkhidmatan Shuttle Bus The Starling

Perkhidmatan ini disediakan setiap hari bermula dari jam 7:30 pagi hingga 10:30 malam (hari bekerja) dan 9:00 pagi hingga 11:00 malam (hujung minggu dan kelepasan am). Masa perjalanan antara stesen dan pusat beli belah dianggarkan antara 30 minit hingga 1 jam.

Grab Pick-up & Drop-off Point: South Entrance

Maklumat Parkir

Pusat beli belah ini memiliki Car Park Help Desk yang sedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Car Park Help Desk ini terletak di Aras B1A.

No. telefon Car Park Help Desk: +603-7730 6822 atau +6012-249 2614

Selain dari itu, perkhidmatan Buggy Ride juga disediakan di aras B2 dan B3.

Khidmat Pelanggan

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) bagi pusat beli belah ini.

No. telefon: 03-7730 7000

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/thestarlingmall): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 45,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan maklumat juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/thestarlingmall/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 3,700 pengikut dengan 1,335 kiriman setakat bulan April 2020.

Laman YouTube (tiada): Pusat beli belah ini belum mempunyai laman YouTube sendiri.

Maklumat Perhubungan (Contact Information)

Berikut dipaparkan maklumat perhubungan (contact information) The Starling untuk rujukan anda.

Laman web: https://www.thestarling.com.my