Mid Valley Megamall

Tangkap Layar Laman Web Mid Valley

Mid Valley Megamall ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat beli belah ini dibuka pada 20 November 1999 (fasa pertama). Fasa kedua pula dibuka pada 26 September 2007. The Gardens Mall yang terletak bersebelahannya merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua pusat beli belah ini.

Pasar Raya dan Kedai di Mid Valley Megamall

Pasar Raya: Pusat beli belah ini agak besar saiznya sehinggakan terdapat dua buah pasar raya di sini, iaitu AEON Supermarket dan AEON Big.

Restoran: KFC, McDonald’s dan banyak lagi

Farmasi: Caring, Watsons

Maklumat Parkir Mid Valley Megamall

Motosikal: RM 1.50 sekali masuk (Isnin – Jumaat), RM 2.00 sekali masuk (Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Maklumat Pengangkutan Awam

Maklumat ini diambil daripada laman web mereka dan ianya dalam Bahasa Inggeris.

Shuttle Bus Services

Bangsar LRT ↔ Mid Valley Megamall

Monday – Thursday

Services available from South Court at 30-minute intervals

  • From Bangsar LRT Station
    First Departure: 8:05am | Last Departure: 10:40pm
  • From Mid Valley Megamall
    First Departure: 8:10am | Last Departure: 10:45pm
  • Shuttle Bas Break Times *No service between these times
    10:55am – 11:25am | 3:10pm – 4:10pm | 7:30pm – 8:00pm

Friday – Sunday

Service available from South Court at 30-minute intervals

  • From Bangsar LRT Station
    First Departure: 8:05am | Last Departure: 10.50pm
  • From Mid Valley Megamall
    First Departure: 8:10am | Last Departure: 10.55pm
  • Shuttle Bas Break Times *No service between these times
    10:55am – 11:25am | 2:45pm – 3.45pm | 7:15pm – 7:45pm

SPAD

SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Land Public Transport Commission

Hotline: 1800 – 889 – 600

KTM KOMUTER

Train

Station Location: 1st Floor North Entrance

TAXI

Station Location: South & North Entrance

Sejarah

Pusat beli belah ini dibangunkan dan dimiliki oleh IGB Group. Terdapat 4,500,000 kaki persegi ruang lantai dan 1,700,000 kaki persegi daripadanya dibuka untuk sewaan.

Khidmat Pelanggan

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk pusat beli belah Mid Valley.

No. telefon: +(603) 2938 3333

Laman web (https://www.midvalley.com.my/contact/talk-to-us/): Pelanggan juga boleh menghubungi pihak pengurusan melalui pautan di laman web yang disediakan.

Alamat e-mel: tiada untuk khidmat pelanggan

Laman Facebook (https://web.facebook.com/mymidvalleymegamall): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 489,000 pengikut. Pengumuman dan maklumat juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/midvalleymegamall/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 9,500 pengikut dengan 317 kiriman setakat bulan April 2020.

Laman Youtube (tiada): Pusat beli belah ini tidak mempunyai laman YouTube.

Laman TripAdvisor: Mereka mempunyai laman Trip Advisor dengan 987 reviu. Rating yang diberikan ialah 4.0 daripada 5.0.

Maklumat Perhubungan

Maklumat perhubungan (contact information) adalah seperti berikut:

Diuruskan oleh: IGB REIT MANAGEMENT SDN BHD (908168-A)
Level 31 The Gardens South Tower
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

Customer Service Hotline: +(603) 2938 3333