IOI City Mall

IOI City Mall, Putrajaya

IOI City Mall ialah sebuah pusat beli belah (shopping mall) yang terletak di Putrajaya.

Shopping mall ini terkenal dalam kalangan pengunjung kerana saiznya yang besar dan memiliki pelbagai jenis ruang niaga untuk para pelanggan.

Sejarah IOI City Mall

IOI City Mall mula dibuka pada lewat tahun 2014. Walaupun hanya beberapa tahun dibuka, saiz shopping mall ini yang besar tidak menghalangnya mendapat penyewa dengan mencapai occupancy rate yang tinggi hanya selepas beberapa tahun beroperasi.

Selain daripada membeli belah, shopping mall ini juga menyediakan tempat untuk anda beraktiviti (dengan bayaran semestinya) seperti ice skating rink Ice Scapes dan juga ruang aktiviti District 21. Setakat tahun 2020, hanya terdapat 5 ice skating rink di Malaysia.

Pada tahun 2016, fasa pertama shopping mall ini mencapai occupancy rate sehingga 93%. Dengan pencapaian yang memberangsangkan ini, 99.99% pemegang syer IOI Properties Group Berhad bersetuju untuk meneruskan dengan pembangunan fasa keduanya.

Fasa kedua shopping mall ini akan mengambil masa selama 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, sehingga bulan April 2020, fasa kedua shopping mall ini masih belum disiapkan.

Khidmat Pelanggan

No. telefon: (+603) 8328 8899

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/IOICityMallPutrajaya): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 173,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/ioicitymallmy/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 7,200 pengikut dengan 787 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCRbcy7uLMpzaTrMA0jCM88A): Laman YouTube mereka mempunyai 259 subscribers. Laman ini kelihatan agak baru memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 30 November 2019.

Maklumat Perhubungan

Berikut dipaparkan maklumat perhubungan (contact information) mereka untuk rujukan anda.

Syarikat: IOI CITY MALL SDN BHD (817348-V)

Alamat: Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A, Level 3A, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.

Customer Service Hotline : (+603) 8328 8900 or (+603) 8328 8899

Advertising Hotline : (+6012 7377101 

General Enquiry : [email protected]

Leasing, Event and Promotion Enquiry : [email protected]

Laman web: https://www.ioicitymall.com.my

Sumber

  1. Laman web IOI City Mall
  2. IOI Properties: Phase 2 of IOI City Mall to receive RM500 mil investment – Meena Lakshana, theedgemarkets.com, 4 January 2016