WordPress

person using laptop computer during daytime

Apa itu WordPress? WordPress ialah sebuah perisian Content Management System (CMS) berasaskan web untuk menguruskan kandungan di internet. Perisian ini biasanya dipasang di web server dan kemudiannya pengunjung akan mengakses perisian ini melalui web. CMS ini ditulis menggunakan PHP dan memerlukan database untuk menyimpan datanya. Jenis database yang disokong ialah MySQL dan juga MariaDB.

Mula dilancarkan pada 27 Mei 2003, WordPress kini menjadi antara platform Content Management System (CMS) yang paling popular dalam dunia. Sistem WordPress juga digunakan oleh 33.6% daripada 10 juta laman web paling tinggi “hits” dalam dunia.

Perbezaan antara WordPress.com (managed) dan WordPress.org (self-hosted)

WordPress.com

Perkhidmatan yang disediakan oleh Automattic (syarikat pembangun WordPress). Dengan WordPress.com, anda boleh menyiapkan sendiri sistem anda dalam masa beberapa minit. Perkhidmatan ini juga percuma dan anda hanya perlu membayar sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tambahan seperti ingin tema premium atau penggunaan storan melebihi had yang dibenarkan untuk akaun percuma. Selain dari itu, anda juga tidak perlu bimbang untuk melaksanakan backup sendiri dan juga keselamatan data kerana segalanya sudah dijaga oleh Automattic.

Untuk mendaftar dan memulakan sistem WordPress anda secepat mungkin, sila ke laman web mereka.

WordPress.org

Anda perlu memuat turun sendiri perisian ini dan kemudiannya memasangnya di web server. Untuk mengakses web server, anda perlu memiliki server sendiri ataupun perkhidmatan web hosting. Lihat di bawah untuk pakej hosting WordPress yang sesuai untuk anda. Kelebihan WordPress.org ialah fleksibiliti yang dimiliki. Anda boleh memasang tema sendiri, membuat pengubahan pada fail dan juga memasang pemalam (plugin) sendiri.

Untuk muat turun, anda boleh memuat turun perisian ini di laman web mereka.

Kegunaan

Blog

Penulis blog juga mementingkan kebolehan untuk menulis dan juga memuat naik gambar untuk platform blog mereka. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa mereka lebih suka pilihan “managed” kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan tanpa perlu memikirkan keselamatan data dan penyelenggaraan web lain.

Laman web

Bagi pembangun laman web pula, biasanya sistem “self-hosted” menjadi pilihan kerana fleksibiliti yang ditawarkan. Pembangun laman web mempunyai keperluan tersendiri yang spesifik seperti tema dan pemalam tertentu

Kedai atas talian (online store)

Apabila semakin ramai pengguna membeli secara online, peniaga juga tidak ketinggalan dalam menyediakan online store untuk penawaran produk dan perkhidmatan mereka.

Penggunaan platform WordPress berserta dengan pemalam yang sesuai seperti WooCommerce membolehkan para peniaga memasang kedai atas talian (online store) mereka dan mengoperasikannya dengan cepat dan mudah

Pakej Hosting

Pelbagai penyedia perkhidmatan web hosting menawarkan pakej web hosting yang khusus untuk WordPress. Walaupun anda boleh memuatkannya dalam pakej hosting biasa, pakej hosting WordPress menawarkan beberapa keistimewaan tersendiri, contohnya seperti penggunaan SSD, had IOPS yang tinggi dan juga had pemindahan data (data transfer) yang tinggi.

Serverfreak menawarkan beberapa pakej hosting khusus untuk WordPress yang menarik untuk anda cuba. Selain daripada pakej hosting, Serverfreak juga menawarkan penjualan nama domain biasa (.com, .net) dan juga domain MYNIC (.com.my, .my).

Selain daripada ciri-ciri web hosting yang berspesifikasi tinggi, pihak khidmat pelanggan mereka juga menawarkan perkhidmatan dengan cemerlang. Klik sini untuk mendaftar dengan Serverfreak.

Perkara Yang Pemilik Laman Web Perlu Tahu

Jika anda memiliki laman web ataupun sistem WordPress, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu untuk memastikan keselamatan data anda dan pelanggan terjamin. Selain dari itu, pengetahuan asas ini juga berguna untuk anda melindungi sistem ada daripada pencerobohan dan perbuatan yang merosakkan. Jika sistem anda gagal berfungsi,

Kawalan Akses

Apabila anda mempunyai sistem WordPress, kawalan akses terhadap sistem anda adalah sangat penting untuk dijaga. Sebagai contoh, jika anda memberi akses kepada

Kemahiran Penyelenggara

Penyelenggara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga sistem juga mestilah daripada seseorang yang mahir berkenaan penjagaan web server. Sebagai contoh, tidak semua proses kemas kini sistem akan berjalan seperti biasa. Ada kalanya, semasa proses kemas kini, akan terjadi “error” dan di sinilah penyelenggara yang mahir akan memastikan sebarang isu akan dapat ditangani dengan baik.

Keselamatan Tema dan Pemalam

Pilihan tema dan pemalam perlulah dari sumber yang dipercayai. Jika tema dan pemalam anda mengandungi kecacatan dari segi keselamatan, sistem anda mungkin boleh diserang oleh pihak luar dan merencatkan fungsinya. Sebagai contoh, tema dan pemalam yang sudah tidak dikemas kini oleh pembangunnya melebih tempoh setahun boleh dianggap kurang selamat. Tema dan pemalam ini wajar digunakan dengan penuh berhati-hati. Dalam masa ini, pemilik sistem perlu mencari tema atau pemalam alternatif lain yang lebih selamat.