Microsoft Office 365

Perbandingan Microsoft Office 365 Home, Personal dan Office Home & Student 2019

Microsoft Office 365 ialah sejenis perisian daripada Microsoft utk produktiviti pejabat. Untuk kebanyakan orang, perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini, kebanyakan komputer di rumah atau di tempat kerja mempunyai perisian Microsoft Office sedia terpasang. Setiap warga kerja pula biasanya menulis kemahiran menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel dalam resume masing-masing ketika memohon kerja.

Dahulunya, pembelian perisian Microsoft Office adalah bersifat one-off, atau sekali bayar sahaja. Apabila versi baru dikeluarkan, anda boleh membeli perisian versi baru tersebut.

Dengan Microsoft Office 365, anda boleh membuat pembelian secara langganan. Bayaran boleh dibuat setiap bulan ataupun setiap tahun. Walau bagaimanapun, dengan pembelian secara terus (direct) melalui Microsoft, anda boleh mendapat penjimatan melalui bayaran secara tahunan berbanding secara bulanan.

Pembelian atau langganan

Laman web Microsoft: Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan harga, perkhidmatan yang diterima dan langganan di sini.

EasyAdd daripada Digi: Jika anda pelanggan Digi, anda boleh mendapatkan Microsoft Office 365 (bukan untuk perniagaan) pada harga yang lebih rendah dengan EasyAdd. Bayaran akan dibuat terus melalui bil telefon Digi anda. Maklumat lanjut: Laman web EasyAdd.

Langganan Microsoft Office 365

Microsoft Office 365 terbahagi kepada beberapa edisi. Berikut kami kupaskan:

Office 365 Home

RM 359.00 setahun / RM 36.00 sebulan

  • Kegunaan peribadi sahaja (bukan perniagaan)
  • Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Access (PC sahaja), Publisher (PC sahaja)
  • Boleh dikongsi sehingga 6 pengguna (user)
  • 1 TB storan Onedrive setiap pengguna
  • Aplikasi boleh didapati dalam pelbagai platform (Windows, MacOS, iOS, dan Android)

Office 365 Personal

RM 269.00 setahun / RM 27.00 sebulan

  • Kegunaan peribadi sahaja (bukan perniagaan)
  • Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Access (PC sahaja), Publisher (PC sahaja)
  • 1 pengguna (user) sahaja
  • 1 TB storan Onedrive
  • Aplikasi boleh didapati dalam pelbagai platform (Windows, MacOS, iOS, dan Android)

Office 365 Business

RM 34.70 sebulan untuk setiap pengguna

  • Kegunaan peribadi dan perniagaan
  • Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Access (PC sahaja), Publisher (PC sahaja)
  • 1 TB storan Onedrive untuk setiap pengguna
  • Aplikasi boleh didapati dalam pelbagai platform (Windows, MacOS, iOS, dan Android)

Office 365 Business Premium

RM 44.60 sebulan untuk setiap pengguna

  • Kegunaan peribadi dan perniagaan
  • Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Access (PC sahaja), Publisher (PC sahaja)
  • Exchange, SharePoint, Teams
  • 1 TB storan Onedrive untuk setiap pengguna
  • Aplikasi boleh didapati dalam pelbagai platform (Windows, MacOS, iOS, dan Android)

Office 365 Business Essentials

RM 15.60 sebulan untuk setiap pengguna

  • Kegunaan peribadi dan perniagaan
  • Aplikasi web untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook
  • Exchange, SharePoint, Teams
  • 1 TB storan Onedrive untuk setiap pengguna
  • Aplikasi boleh didapati dalam pelbagai platform (Windows, MacOS, iOS, dan Android)

Pembelian Microsoft Office (pembayaran sekali gus)

Microsoft juga menawarkan perisian Microsoft Office dengan pembelian terus (bukan langganan setiap bulan / tahun).

Office Home & Business 2019

  • Kegunaan peribadi sahaja dan perniagaan
  • Word, Excel, PowerPoint, Outlook,
  • Boleh dipasang di 1 PC/Mac sahaja
  • Tiada storan Onedrive