GrabFood

Tangkap layar laman web Grabfood

GrabFood ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh Grab. Menggunakan aplikasi Grab, para pelanggan boleh memesan makanan melalui Grabfood. Pilihan makanan pula tertakluk kepada lokasi penghantaran yang dipilih oleh pelanggan.

Perbezaan GrabFood dan pesaing utamanya, Foodpanda, ialah Grabfood merupakan sebahagian daripada ekosistem Grab, sebuah super-app ataupun aplikasi serba guna.

Promosi GrabFood

GrabFood sering mengiklankan promosi-promosi terbaru di sistem pesanan mereka. Anda disarankan untuk

Kaedah Pesanan

Mudah sahaja untuk anda membuat pesanan GrabFood.

Langkah pertama, anda perlu mendaftar akaun Grab. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Langkah kedua, sila pilih alamat penghantaran. Pastikan maklumat penting seperti nombor rumah, nama bangunan, nama jalan adalah tepat.

Langkah ketiga, pilih restoran kegemaran anda. Pilih makanan atau minuman yang diinginkan.

Langkah keempat, lengkapkan pesanan anda dan buat bayaran. Bayaran boleh dibuat melalui e-Wallet GrabPay, kad kredit / debit, perbankan atas talian ataupun tunai. Dengan bayaran yang dibuat, pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran melalui program Grab Rewards. Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus melalui mobile app Grab.

Khidmat Pelanggan GrabFood

Pihak Grab menggunakan beberapa saluran untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Laman web (https://help.grab.com/passenger/en-my/115002258448-GrabFood): Para pelanggan boleh mendapatkan penyelesaian untuk isu-isu yang biasa dihadapi oleh mereka dalam laman web Grab.

Twitter (https://twitter.com/GrabMY): Grab aktif di Twitter untuk memberi pengumuman terbaru ataupun membantu pelanggannya. Laman Twitter mereka memiliki 48,200 pengikut.

Facebook (https://web.facebook.com/GrabMY): Grab juga berinteraksi dengan para pelanggan dan rakan pemandu mereka melalui platform Facebook. Terdapat lebih 6.6 juta tanda suka di laman Facebook mereka.

Instagram (https://www.instagram.com/grabmy/): Grab turut menggunakan platform Instagram untuk berkongsi pengumuman terbaru berkenaan produk dan perkhidmatan mereka. Grab juga didapati turut membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh para pelanggan di laman Instagram mereka.

Sejarah

Syarikat ini diasaskan pada bulan Jun 2012 sebagai GrabTaxi. Ketika itu, tiada sistem tempahan menggunakan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan teksi di Malaysia rantau Asia Tenggara.

Pada 26 Mac 2018, Grab dan Uber telah mencapai persetujuan untuk menggabungkan operasi mereka di Asia Tenggara.

28 Mei 2018 ialah tarikh bersejarah untuk Grab kerana pada tarikh tersebut mereka telah melancarkan perkhidmatan GrabFood secara rasmi. Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan Uber di Asia Tenggara, Grab mengambil alih pasaran Uber Eats juga. Grab memberi ruang kepada pelanggan dan peniaga di platform Uber Eats untuk beralih kepada platformnya sebelum Uber Eats ditutup sepenuhnya.

Maklumat Korporat

Nama syarikat: Grab

Alamat:
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.

Laman web: https://www.grab.com/my/food/

Sumber

  1. Grab launches a food delivery service in Southeast Asia – Techcrunch, 28 Mei 2018