Foodpanda Malaysia

Tangkap layar laman web Foodpanda Malaysia

Foodpanda ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang mempunyai operasi di Malaysia dan 12 negara lain. Berbanding dahmakan yang menyediakan menunya sendiri, Foodpanda berfungsi seperti Grabfood yang membolehkan pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran.

Kaedah Pesanan

Pelanggan boleh memesan makanan dalam sistem menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam platform iOS dan Android.

Pesanan boleh dibuat lebih awal.

Promosi Foodpanda Malaysia

Untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan sistemnya, Foodpanda menawarkan diskaun hebat kepada pelanggannya.

Daftar melalui pautan ini untuk menikmati diskaun RM 10.00 untuk pesanan anda.

Sejarah

Foodpanda diasaskan pada tahun 2012 oleh Ralf Wenzel dan Benjamin Bauer di Jerman dengan bantuan inkubator Rocket Internet. Konsep awalnya ialah pelanggan boleh memilih makanan daripada restoran sekitar mereka, membuat pesanan dan makanan yang dipesan akan dihantar.

Menjelang penghujung tahun 2012, Foodpanda telah berkembang ke 16 negara lain. Setahun kemudian, Foodpanda melebarkan sayapnya lagi ke 7 negara tambahan. Sehingga tahun 2016, Foodpanda boleh didapati di 24 buah negara.

Jenama “Foodpanda” digunakan hanya di Eropah dan Asia. Manakala di benua Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin, jenama yang digunakan ialah “hellofood”. Kejayaan Foodpanda membolehkan syarikat mereka mendapat pembiayaan yang lumayan. Sebanyak USD 28 juta berjaya didapatkan pada tahun 2013, USD 80 juta pada tahun 2014, dan USD 210 juta pada tahun 2015.

Dengan operasi di berbilang negara, Foodpanda kini boleh didapati di lebih 38,000 restoran meliputi lebih 500 bandar.

Maklumat Korporat

Nama syarikat: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd

Alamat:
Unit B-3A-09, Level 3A,
Block B, Southgate Commercial Centre,
No. 2, Jalan Dua,
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Laman web: https://www.foodpanda.my

Khidmat Pelanggan Foodpanda Malaysia

Sekiranya anda mempunyai maklum balas, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih anda.