Dahmakan

Kotak Bungkusan Makanan Dahmakan

Dahmakan ialah penyedia perkhidmatan penghantaran makanan yang meliputi beberapa bandar terpilih di Malaysia. Makanan dan minuman yang disediakan didatangkan terus dari dapur mereka sendiri, kecuali beberapa menu berjenama seperti Famous Amos, Starbucks dan Tealive.

Sejarah Dahmakan

Dahmakan diasaskan oleh Jonathan Weins (CEO), Jessica Li (COO) dan Christian Edelmann (CTO). Jonathan dan Jessica pernah bekerja dengan Foodpanda sebelum mereka bersama sama Christian mengasaskan Dahmakan.

Jonathan Weins dalam Asian Entrepreneur menerangkan bahawa Dahmakan diwujudkan untuk mengatasi masalah pemilihan makanan yang baik dan kemudahan pembelian. Selain dari itu, Dahmakan juga beroperasi dengan mengawal penuh rantaian bekalan kerana makanan dan penghantaran disediakan oleh pihak mereka sendiri.

Menurut Jonathan, kebanyakan warga kerja sering kali tidak cukup masa untuk mencari makanan yang berkhasiat semasa waktu kerja. Selain dari itu, perjalanan pergi dan balik ke restoran juga memakan masa. Oleh itu, dengan Dahmakan, golongan ini dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Dahmakan memanfaatkan pelbagai teknologi dalam operasi perniagaan mereka. Antaranya, mereka menggunakan teknologi seperti AI, Machine Learning dan Big Data dalam pemprosesan data mereka. Antara aplikasi kepada teknologi yang digunakan ialah pemilihan laluan bagi penghantaran makanan yang menggunakan algoritma tertentu.

23 Februari 2017: Seed funding round dengan pembiayaan sebanyak USD 1.3 juta (Digital News Asia, 23 Feb 2017)

9 Januari 2018: Pre-series A round dengan pembiayaan sebanyak USD 2.6 juta (Digital News Asia, 9 Jan 2018)

27 Februari 2020: Berjaya mendapatkan pembiayaan sebanyak USD 18 juta untuk pusingan Series B Funding (Digital News Asia, 27 Feb 2020)

Penjimatan dengan SELECT dan Prime

Pakej Prime

Dengan Prime, anda dapat menjimatkan sehingga 31% dengan setiap pesanan. Masa penghantaran juga lebih tepat dengan 30 minit time window dapat dipilih. Jaminan masa penghantaran juga diberikan. Jika penghantar makanan lewat menghantar makanan kepada anda, anda akan mendapat “free meal” ataupun tambahan sebanyak 1 Prime dalam akaun anda.

Pakej Prime bermula dari Prime 5 (RM 99.00), Prime 20 (RM 399.00) dan Prime 50 (RM 949.00). Maklumat lanjut di laman web mereka.

Pakej SELECT

Berbeza dengan Prime, pakej SELECT memberikan diskaun tetap kepada pelanggan dengan bayaran yang tetap setiap bulan. Kami tidak pasti sama ada Dahmakan masih menawarkan pakej ini atau tidak.

Menu Popular

Pelanggan yang memesan makanan boleh memilih menu mengikut hari dan waktu penghantaran. Selain dari itu, tawaran menu juga mungkin berbeza disebabkan oleh lokasi penghantaran. Berikut kami kongsikan beberapa menu popular yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna Dahmakan.

Masakan Jepun

Unagi Rice Bowl with Mentaiko Mayo (4.7 bintang)

Sushi Set (4.6 bintang)

Masakan Cina

Kam Heong Chicken (4.5 bintang)

Salted Egg Butter Chicken (4.5 bintang)

Masakan India

Tandoori Salmon (4.6 bintang)

Masakan Barat

Beef Pepperoni Pizzagne (4.8 bintang)

Beef Chili Con Carne

Healthy Minched Chicken Lasagna with Market Vegetables (4.7 bintang)

Smoky BBQ Beans with Roast Chicken Chop (4.7 bintang)

Tuna Pizzagne (4.7 bintang)

Masakan Melayu

Beef Rendang with Curry Leaves Infused Rice

Nasi Kunyit with Ayam Berempah (4.7 bintang)

Sumber: Laman web Dahmakan

Aplikasi Mudah Alih (Mobile App)

Dahmakan menawarkan aplikasi mudah alih mereka dalam tiga platform, iaitu iOS App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Maklumat Korporat

Nama syarikat: Farm to Fork Sdn Bhd (201501026935 / 1152259-X)

Alamat:

Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL, Malaysia

Koordinat lokasi: 3°06’38.2″N 101°39’58.6″E

Nota: Maklumat korporat lain seperti alamat dan nombor telefon tidak dipaparkan dalam laman web Dahmakan.

Khidmat Pelanggan

Chat: Boleh diakses melalui laman web / aplikasi mudah alih

Emel: [email protected]

Sumber

  1. German food delivery startup chows down on Malaysian market – Handelsblatt Today. Mathias Peer, 11 April 2018
  2. Jessica Li of DahMakan on disrupting Southeast Asia’s food industry: Women in Tech – KR Asia.com. Khamila Mulia, 3 Jul 2019.