Tesco Malaysia

Tangkap Layar Laman Web TESCO Malaysia

Tesco Malaysia merupakan rangkaian pasar raya besar yang berasal daripada United Kingdom. Di Malaysia, antara pesaing yang mempunyai ruang kedai dan konsep yang hampir menyamai Tesco ialah AEON Big dan Giant.

Rangkaian Tesco di Malaysia

Kuala Lumpur

Tesco Ampang

Tesco Kepong

Tesco Extra Cheras

Tesco Extra Selayang

Selangor

Tesco Ara Damansara

Tesco Bandar Puteri Bangi

Tesco Bukit Beruntung

Tesco Bukit Puchong

Tesco Jenjarom

Tesco Kajang

Tesco Klang

Tesco Kuala Selangor

Tesco Mutiara Damansara

Tesco Puchong

Tesco Puncak Alam

Tesco Rawang

Tesco Semenyih

Tesco Setia Alam

Tesco Shah Alam

Sejarah

Pada tahun 1919, seorang lelaki bernama Jack Cohen mula menjual barangan runcit. Pada hari pertama jualannya, Jack mendapat keuntungan 5 pounds untuk jualan barangan yang berharga 4 pounds.

Tahun 1924 menyaksikan terciptanya nama Tesco. Nama “Tesco” berasal daripada nama produk teh Jack yang dinamakan Tesco Tea. Pembekal teh tersebut ialah TE Stockwell (Tes) dan nama Co berasal dari nama keluarga Jack, Cohen.

Perkhidmatan Online Order

Perkhidmatan Online Order (pesanan atas talian) disediakan oleh Tesco untuk kemudahan para pelanggannya. Perkhidmatan ini dikenali dengan nama Tesco Online.

Tesco Online boleh diakses melalui laman web ataupun aplikasi mudah alih Tesco.

Untuk membuat pesanan, anda perlu memiliki akaun Tesco Online. Semasa mendaftar akaun, anda boleh memasukkan alamat penghantaran anda. Anda boleh menggunakan alamat kediaman atau perniagaan untuk Tesco Online.

Kemudiannya, anda perlu memilih slot penghantaran (delivery slot). Bayaran untuk setiap delivery slot ada dinyatakan dalam sistem. Setiap delivery slot adalah dalam julat tempoh dua jam. Anda perlu bersedia untuk menerima barangan anda dalam mana-mana tempoh dua jam ini. Nota penting: Kadang-kadang, terdapat kes pelanggan menerima barangan mereka lebih lewat daripada delivery slot. Jadi, sila bersedia untuk kelewatan ini dan hubungi Helpline sekiranya pemandu/penghantar lewat sampai.

Setelah anda memilih delivery slot, anda boleh memilih barangan yang dikehendaki berserta kuantitinya. Apabila anda selesai memilih barang, anda boleh memilih kaedah bayaran yang sesuai.

Bayar dahulu: Menggunakan kad kredit atau debit, anda boleh membuat bayaran berdasarkan apa yang dipesan. Jumlah sebenar bayaran akan diketahui apabila proses pembelian selesai dijalankan oleh pihak Tesco. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, pihak Tesco tidak dapat membeli barangan anda seperti yang diminta. Apabila berlaku penukaran barang, kad anda akan dicaj berdasarkan harga barangan yang ditukarkan tersebut. Jika anda menolak barangan yang ditukarkan, anda akan mendapat pulangan kembali (refund) dalam kad anda.

Bayar kemudian: Bayaran akan diproses apabila anda menerima barangan pembelian di rumah anda. Sekiranya berlaku penukaran barangan dan anda tidak bersetuju menerimanya, penghantar akan menolak jumlah tersebut dari jumlah pesanan anda dan kad anda hanya akan dicaj berdasarkan barangan yang anda terima.

Perkhidmatan Order & Collect

Selain daripada Pasar Raya Besar Tesco, anda juga boleh membuat pesanan secara online dengan mana-mana Pasar Raya Besar Tesco dan mengambil sendiri pesanan anda melalui perkhidmatan “Order & Collect” ataupun “Pesan & Ambil”. Anda cuma perlu hantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan personal shopper di Tesco akan menguruskan pembelian untuk anda.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Tesco.

Kumpul Mata Ganjaran dengan Clubcard

Clubcard ialah sebuah program kesetiaan Tesco untuk pelanggannya. Terdapat tiga jenis Clubcard yang ditawarkan iaitu Biz Clubcard, Clubcard dan eMembership.

Kehilangan Clubcard: Jika Clubcard anda hilang, anda perlu memberikan nombor Clubcard anda kepada Tesco untuk tujuan penggantian. Sila hubungi Tesco Helpline sekiranya anda tidak mempunyai nombor berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Tesco.

Khidmat Pelanggan

No. telefon: 1300 13 1313 (Tesco Helpline)

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/TescoMY): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 1,056,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/tescomalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 50,400 pengikut dengan 633 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/tescomalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 11,400 subscribers. Laman ini sudah lama bertapak di alam maya memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 7 April 2011.