Giant Malaysia

Pasar Raya Giant Seri Kembangan (Malam)

Giant Malaysia ialah sebuah rangkaian pasar raya dan pasar besar yang dimiliki oleh GCH Retail. Pasar raya ini menjual barangan runcit, makanan segar seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran serta barangan keperluan rumah. Selain dari itu, hampir semua pasar raya Giant turut menjual pakaian.

Senarai Pasar Raya Giant Malaysia

Giant Malaysia memiliki pasar raya di pelbagai lokasi meliputi semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dengan bilangan lokasi yang banyak dan pilihan barangan jualan yang luas, Giant juga memiliki jenama barang-barangannya yang sendiri. Antaranya ialah Captain’s Catch, Aqua Bliss, Jolly Tots, Sunny Meadow dan Feathersoft.

Kaedah Pembayaran

Pasar Raya Giant menerima beberapa kaedah bayaran, antaranya kad kredit atau debit daripada VISA, Mastercard dan American Express. Selain daripada itu, bayaran menerusi Touch N Go eWallet juga diterima di seluruh pasar raya Giant di seluruh negara.

Laman Web Giant

Selain daripada maklumat asas seperti senarai pasar raya dan maklumat perhubungan korporat serta khidmat pelanggan, laman web Giant Malaysia juga menyediakan artikel-artikel “how-to” untuk dibaca oleh para pelanggannya.

Jika anda ingin mencari pekerjaan, anda boleh melawat bahagian Careers di laman web mereka. Pelbagai jawatan kosong di Giant diiklankan di situ dari semasa ke semasa.

Khidmat pelanggan

Khidmat pelanggan (telefon): +603 5544 8888

Khidmat pelanggan (e-mel): [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/giantmalaysia): Laman Facebook mereka memiliki 616,993 pengikut. Pengumuman dan iklan produk juga sering dikirim pada laman Facebook mereka.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/giantmalaysia/): Laman instagram mereka memiliki 73,400 pengikut dan 513 kiriman (16 April 2020). Dari segi engagement rate pula, Phlanx Engagement Calculator memberikan markah 0.04%, dengan purata 29 tanda suka dan 1 komen bagi setiap kiriman.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UC-s4ab7Oe0UACpwhhKaz5zA/featured): Laman Youtube mereka memiliki 4,240 subscribers.

Maklumat Perhubungan (Korporat)

Nama syarikat: GCH Retail (M) Sdn Bhd

Alamat:
Mezzanine Floor
Giant Hypermarket Shah Alam Stadium
Lot 2, Persiaran Sukan,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan

No. telefon: +603 5544 8888

E-mel: [email protected]