AEON Big

AEON Big ialah sebuah rangkaian pasar raya dan pasar besar yang dimiliki oleh AEON. Dahulunya, kebanyakan pasar raya ini dikenali dengan nama Carrefour. Kemudiannya, AEON membeli perniagaan Carrefour dan menukar jenama semua pasar raya Carrefour di Malaysia kepada AEON Big.

Perkataan AEON berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “eternity” atau keabadian. Kumpulan AEON ini telah berkembang menjadi sebuah kumpulan syarikat yang besar sebanyak 250 syarikat dan 360,000 pekerja.

Pada 31 Oktober 2012, AEON Co Ltd telah membeli syer Magnificient Diagraph Sdn Bhd. Dengan pembelian itu, nama syarikat tersebut ditukar kepada AEON BIG (M) Sdn Bhd.

Senarai Pasar Raya “Hypermarket” AEON Big

Terdapat 22 pasar raya AEON Big di Malaysia, menjadikannya antara rangkaian pasar raya yang utama di Malaysia.

Kuala Lumpur

Ampang

Danau Kota

Kepong

MidValley

Seri Petaling

Wangsa Maju

Selangor

Damansara

Bandar Tun Hussein Onn

Bukit Rimau

Putrajaya

Alamanda Shopping Centre

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran menerusi kad kredit/debit utama seperti Mastercard, VISA, American Express dan Kad AEON diterima. Manakala bagi e-wallet pula, AEON Wallet, Touch N Go eWallet, Grabpay dan Maybank QRPAY diterima di sini.

Pembayaran Ansuran

Untuk pembeli yang ingin membayar secara ansuran, pembayaran ansuran sehingga 48 bulan bergantung kepada jenis kad kredit. Jenis kad kredit yang disokong pada masa sekarang ialah Maybank, Citibank, HSBC, Standard Chartered, CIMB Bank, Ambank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, AEON Credit dan Alliance Bank. Maklumat lanjut: laman web.

Khidmat Penghantaran AEON Big

Perkhidmatan penghantaran percuma turut ditawarkan bagi barangan elektrik dan perabot yang dibeli di pasar rayanya.

Bawah 30 km: Percuma dengan pembelian minimum RM 500. Jika pembelian bawah RM 500.00, caj RM 60.00 setiap penghantaran akan dikenakan.

30 km ke atas: Caj tambahan RM 3.00 setiap km.

Pemasangan asas (basic installation): Terpakai untuk TV, peti sejuk dan mesin basuh.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada laman web mereka.

Maklumat Perhubungan

Careline number: 1300-80-2366 (setiap hari, 9:00 AM – 11:00 PM)

Email: [email protected]

Laman web: https://www.aeonbig.com.my

Facebook: http://www.facebook.com/MYAeonBig

Instagram: http://www.instagram.com/MYAeonBig

Youtube: http://www.youtube.com/MYAeonBig