Pasar Raya

Pasar Raya Giant Seri Kembangan (Malam)

Pasar Raya ialah kedai layan diri serbaneka yang menawarkan pelbagai barangan runcit seperti makanan dan keperluan asas rumah. Pengguna akan datang ke pasar raya, mengambil barang yang dikehendaki dan membawanya ke kaunter bayaran untuk dibayar.

Senarai pasar raya di Malaysia

AEON Big: Dimiliki oleh AEON. Dahulunya, kebanyakan pasar raya ini dikenali dengan nama Carrefour. Kemudiannya, AEON membeli perniagaan Carrefour dan menukar jenama semua lokasi Carrefour di Malaysia kepada AEON Big. Laman web: https://www.aeonbig.com.my

AEON Store: Rangkaian gedung beli belah yang dimiliki oleh AEON. Turut menjual barangan keperluan rumah dan runcit.

Giant Malaysia: Rangkaian gedung beli belah yang dimiliki oleh GCH Retail (M) Sdn Bhd

Super Seven: Ditubuhkan pada tahun 2002 untuk jualan runcit dan juga borong.

Tesco Malaysia: Rangkaian pasar besar yang berasal daripada United Kingdom. Laman web: https://www.tesco.com.my

Transformasi Pasar Raya di Malaysia

Pasar raya di Malaysia telah melalui beberapa transformasi. Keperluan masyarakat sekarang yang berbeza berbanding masyarakat dahulu membuatkan bidang perniagaan runcit seperti pasar raya ini bukan lagi semudah dahulu.

Era Hipermarket

Ketika tahun 90-an dan awal millennium, hipermarket dilihat menjadi trend dalam kebanyakan masyarakat Malaysia. Jumlah dan pilihan barangan yang ditawarkan

Kembali kepada kedai runcit

Sekitar tahun 2005-2010, masyarakat mula beralih kepada kedai runcit biasa. Pembaharuan yang dilakukan oleh beberapa rangkaian kedai runcit seperti KK Super Mart dan 99 Speed Mart berjaya menarik minat pengguna. Kedai-kedai kecil ini menawarkan barangan pada harga munasabah, lokasi yang strategik dan proses pembelian yang cepat. Berbeza dengan hipermarket, pelanggan tidak lagi perlu berjalan jauh untuk membeli barangan komoditi seperti telur dan beras. Dengan kedai kecil pada harga munasabah, pelanggan hanya perlu masuk ke dalam kedai mencari barangan keperluan dan siap membayar dalam masa kurang daripada 5 minit.

Bayar Layan Diri (Self-Checkout)

Beberapa perniagaan di Malaysia mula berekesperimen dengan konsep self-checkout. IKEA memperkenalkan konsep ini dengan mewujudkan beberapa kaunter self-checkout di gedungnya.

Untuk pasar raya pula, rangkaian Tesco juga mewujudkan beberapa kaunter bayaran layan diri. Kaunter layan diri di Tesco biasanya mempunyai seorang pembantu atau pengawal untuk menjaga keselamatan dan membantu pelanggan dengan proses bayaran mereka.

Antara isu besar self-checkout ini ialah kemungkinan untuk berlakunya kes kecurian. Walau bagaimanapun, dengan wujudnya CCTV di lokasi strategik, tag RFID pada barangan berharga dan kehadiran pembantu di kaunter, isu ini boleh ditangani.