Kerja Dari Rumah

Dengan menularnya wabak penyakit COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan, ramai warga kerja di Malaysia tidak dapat meneruskan rutin kerja mereka seperti biasa. Sebaliknya, mereka terpaksa meneruskan kerja dari rumah.

Bagi golongan yang sudah membuat persediaan untuk bekerja dari rumah, mereka tidak mengalami masalah besar untuk meneruskan rutin kerja mereka di rumah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan warga kerja yang masih mencari panduan yang terbaik untuk mereka meneruskan kerja dari rumah tanpa sebarang masalah yang membebankan. Artikel ini ditulis untuk anda.

Jenis Pekerjaan

Remote work: Melakukan kerja yang biasanya boleh dilakukan dalam persekitaran pejabat konvensional. Wujud interaksi normal antara rakan sekerja dan staf atasan atau bawahan secara maya.

Online-based work: Pekerjaan yang memang tidak mempunyai hubungan dengan pejabat fizikal. Biasanya, syarikat start-up ataupun pekerja sendiri akan melakukan online-based work ini.

Menyediakan sambungan internet

WiFi Router: Jika anda telah memiliki Wi-Fi router, besar kemungkinan anda sudah mempunyai sambungan internet fibre atau copper line yang stabil. Pilihan ini merupakan pilihan terbaik jika anda inginkan sambungan yang stabil dan tidak mudah terganggu.

Personal Hotspot (USB): Sekiranya anda menggunakan internet selular (cellular internet), sambungan melalui USB adalah digalakkan. Walau bagaimanapun, jika anda perlu menggunakan telefon pintar anda sekali-sekala untuk membuat panggilan atau perkara lain, anda disyorkan untuk menggunakan sambungan melalui WiFi.

Personal Hotspot (WiFi): Sambungan ini tidak digalakkan kerana telefon pintar anda akan bekerja untuk dua networking mode sekali gus (internet selular dan WiFi). Walau bagaimanapun, dalam penggunaan biasa, perbezaan kelajuan adalah minimal.

Personal Hotspot (Bluetooth): Sambungan jenis ini agak selamat dan memerlukan komputer anda dipasangkan (paired) dengan peranti hotspot. Tidak digalakkan berbanding WiFi.

Panduan keselamatan: Pastikan kata laluan WiFi anda disimpan di tempat selamat.

Menyediakan komputer

Komputer riba (laptop): Komputer riba lebih versatil kerana anda boleh mengubah kedudukannya dengan mudah.

Komputer meja (dekstop): Komputer meja biasanya lebih menjamin ergonomik yang baik kerana kedudukan keyboard dan monitor akan disesuaikan mengikut postur badan. Walau bagaimanapun, komputer meja sukar untuk dipindahkan antara lokasi berbeza dalam sesebuah rumah.

Menyediakan perisian

Perisian produktiviti: Perisian produktiviti yang popular dan digunakan dalam hampir semua pejabat di Malaysia ialah Microsoft Office. Untuk syarikat-syarikat besar, biasanya mereka mengambil langganan Microsoft 365.

Meningkatkan keselesaan

Ergonomik yang baik mampu memberikan keselesaan kepada anda dalam jangka masa panjang.

Dapatkan rehat secara berkala untuk memastikan badan anda tidak letih. Amalan ini juga boleh digunakan bagi mereka yang bekerja di pejabat.

Aksesori yang dicadangkan

Jika anda ingin mencari tetikus (mouse) yang paling ergonomik untuk anda, ada beberapa model yang kami cadangkan.

Logitech MX Master 3: Model terbaru mouse dari Logitech ini mungkin agak mahal kepada kebanyakan pengguna. Namun begitu, bentuknya yang ergonomik membolehkan anda bekerja dalam tempoh masa yang lama dengan tangan yang kurang letih. Boleh didapati dengan harga sekitar RM 400.00 di pelbagai gedung beli belah online.