Cara Backup Data

person using laptop computer during daytime

Apa itu data? Data ialah sebarang maklumat, biasanya bersifat digital. Jika kita menggunakan peranti digital seperti telefon pintar (smartphone) dan komputer, pastinya kita ada menyimpan data di dalamnya. Data boleh wujud dalam bentuk teks, gambar, video, dan sebarang jenis fail lain yang disimpan secara maya (virtual). Dalam artikel ini, kami akan menerangkan bagaimana data berfungsi dan cara backup data yang paling sesuai untuk anda.

Jika data kita berbentuk fizikal, pastinya kita tahu cara menyimpannya dengan baik. Misalnya kita akan menyimpan fail dalam kabinet. Tahap keselamatan penyimpanan kita akan bergantung kepada tahap sensitiviti data tersebut. Sekiranya fail berkenaan sensitif dan sulit, kita akan meyimpannya dalam kabinet berkunci kerana kita tidak mahu data tersebut jatuh kepada pihak yang tidak diingini.

Begitulah juga dengan data virtual kita. Kebanyakan daripada kita ada memasang passcode atau nombor PIN pada peranti masing-masing. Tujuannya jelas, iaitu untuk mengelakkan akses yang tidak diingini terhadap data anda.

Cara Backup Data – Pilihan medium penyimpanan

Berikut dipaparkan beberapa pilihan kaedah penyimpanan data backup anda. Setiap pilihan medium penyimpanan ini memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Storan sendiri: Storan di komputer atau peranti sendiri. Storan ini tidak semestinya dihubungkan dengan internet.

Cloud: Storan di server dalam internet yang disediakan oleh penyedia storan awan (cloud storage provider). Contohnya seperti Onedrive, iCloud Drive dan juga Dropbox. Sambungan internet diperlukan untuk storan ini.

Cara Backup Data Menggunakan Akaun Cloud

Video penerangan cara backup data melalui Cloud

Langkah pertama – Pilih penyedia

Anda perlu memilih penyedia akaun storan cloud yang sesuai dengan anda. Kemudiannya, anda boleh mendaftar akaun untuk penyedia storan cloud berkenaan.

Lihat contoh penyedia storan cloud seperti di bawah:

Dropbox: Perkhidmatan storan cloud yang popular dalam kalangan pengguna. Kapasiti percuma 2 GB. KLIK SINI untuk dapatkan 2.5 GB (2.0 GB +0.5 GB) ruang storan percuma apabila anda mendaftar akaun Onedrive. 2.0 GB percuma ketika pendaftaran dan 0.5 GB percuma apabila menggunakan link di sini.

iCloud Drive: perkhidmatan storan cloud daripada Apple. Integrasi optimum dengan peranti Apple.

Google Drive: perkhidmatan storan cloud daripada Google

Onedrive: Perkhidmatan storan cloud daripada Microsoft. KLIK SINI untuk dapatkan 7.5 GB (7.0 GB +0.5 GB) ruang storan percuma apabila anda mendaftar akaun Onedrive. 7.0 GB percuma ketika pendaftaran dan 0.5 GB percuma apabila menggunakan link di sini.

Langkah ketiga – muat turun aplikasi

Anda perlu memuat turun aplikasi storan cloud berkenaan dan memasangnya di peranti anda.

Langkah keempat – Masukkan fail

Anda boleh mula memasukkan atau memindahkan fail yang diingini

Langkah kelima: Pastikan fail-fail yang dipindahkan dan akses ke akaun storan anda selamat (secure).

Cara Backup Data Menggunakan Storan Tempatan atau Sendiri (Local Storage)

Backup data sendiri biasanya lebih murah bagi kebanyakan pengguna. Bagi sebilangan pengguna lagi, penggunaan backup medium sendiri lebih mudah. Namun begitu, terdapat dua perkara yang perlu anda jaga apabila memilih untuk backup data sendiri.

Keselamatan peranti backup: Jika anda menggunakan external hard disk, anda perlu memastikan external hard disk berkenaan terjaga dengan baik dan tidak terdedah kepada suhu atau kelembapan melampau. Selain daripada itu, ke

Keselamatan lokasi backup: Backup data anda perlu berada di lokasi yang selamat. Contohnya seperti tempat berkunci.

Pilihan Medium Backup

Berikut dipaparkan pilihan medium backup yang biasanya digunakan oleh pengguna.

Cakera Keras Luaran (External Hard Disk): Kaedah paling popular dalam kalangan pengguna

Komputer sendiri

Network Shared Folder

Network Attached Storage