Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 13 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office 2016 MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.11.0 (18031100).

Kemas Kini (Update) Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.0

Para pengguna Microsoft Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk @ K Fry Urban Korean

Anda pernah makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk? Bagi yang belum pernah, Chicken Bumbuk ini ialah ketulan-ketulan ayam tanpa tulang (boneless) yang digoreng dan disalut dengan sos pedas, kemudiannya dibalut dengan lapisan keju Mozzarella yang kenyal.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)
Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)

K Fry Urban Korean ialah rangkaian restoran makanan Korea yang berasal dari Malaysia. Menerusi laman “about us” mereka, K Fry menyatakan mereka ialah jenama “home grown”, tanpa menyatakan dengan jelas sejarah bermulanya perniagaan mereka. Justeru kami mempercayai bahawa jenama K Fry ini berasal dari Malaysia.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk di K Fry Urban Korean, IOI City Mall, Putrajaya

Chicken Bumbuk ini boleh didapati di kesemua cawangan restoran K Fry. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada juga restoran yang kehabisan stok bagi menu tersebut. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar Chicken Bumbuk yang kami cuba tempoh hari di Restoran K Fry, IOI City Mall, Putrajaya.

Walaupun sesetengah pengunjung menyifatkan restoran K Fry ini sebagai pesaing kepada Kyochon, namun Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Masyarakat umum sedia maklum bahawa orang Malaysia memang suka makanan berunsur keju. Lihat saja betapa ramainya orang memesan Cheezy Wedges di KFC. Pastinya Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini berupaya membuatkan para penggemar keju di Malaysia ini tidak tidur malam memikirkannya.

Keistimewaan menu ini terletak pada cara hidangannya. Pelayan akan membawa dapur gas mini untuk diletakkan atas meja anda dan Cheesy Fried Chicken Bumbuk anda akan mula dimasak. Keju Mozzarella akan dipanaskan terlebih dahulu sehingga kenyal dan kemudiannya satu persatu ketulan ayam tersebut akan dibalut menggunakan keju Mozzarella tersebut. Untuk melihat dengan lebih lanjut penyediaan menu ini, anda boleh menonton vlog Qistina288 di laman Youtube:

Tempahan Meja

Pada waktu puncak seperti hujung minggu, anda mungkin mendapati restoran K Fry Urban Korean ini dipenuhi oleh pelanggan yang sedang makan dan juga pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Jika anda tidak mahu beratur panjang, anda boleh menggunakan khidmat Book A Table terus dari laman web K Fry. Khidmat ini membolehkan anda menempah meja makan anda secara atas talian (online). Walau bagaimanapun, tempahan Cheesy Fried Chicken Bumbuk tertakluk kepada stok. Disebabkan jumlah pelanggan yang masih belum surut walaupun restoran K Fry telah beberapa tahun beroperasi, kebanyakan pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu sebelum datang. Selain dari itu, mereka juga tidak akan membenarkan pelanggan masuk selagi jumlah yang ditempah belum cukup. Dalam bahasa inggeris, “incomplete parties will not be seated”.

Belum daftar eWallet Touch N Go? Baca sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Sekiranya anda tinggal jauh dari Putrajaya, anda boleh melihat senarai pusat beli belah lain di laman ini.

Apa Itu LastPass

LastPass ialah sebuah aplikasi pengurusan kata laluan (password management application) yang berfungsi untuk menyimpan kata-kata laluan anda dengan selamat. Dengan hanya menggunakan satu sahaja kata laluan master (master password), anda tidak lagi perlu mengingat senarai kata laluan yang banyak.

Kelebihan LastPass

Salah satu kelebihan LastPass yang tidak dapat disangkal lagi ialah kita tidak perlu mengingat kesemua kata laluan untuk produk-produk dan perkhidmatan yang kita gunakan dalam internet.

Kata laluan anda selamat: Selain dari itu, LastPass berupaya meningkatkan tahap keselamatan data anda kerana kata laluan anda kini disimpan di satu tempat yang lebih selamat dan terjamin.

Semak kes kebocoran maklumat: Anda juga dapat menggunakan tool yang diberikan untuk menyemak tahap keselamatan kata laluan anda. Terdapat banyak kes pencerobohan pengkalan data dan juga kebocoran maklumat yang melibatkan kata laluan di seluruh dunia. Menggunakan tool yang diberikan, anda dapat menyemak adakah frasa kata laluan anda masih selamat untuk digunakan atau perlu ditukar kepada frasa baru.

Belum mendaftar lagi eWallet Touch N Go? Baca panduan mendaftar di sini.

Platform yang disokong

Untuk mendaftar akaun, anda perlu mendaftar melalui laman web LastPass ataupun aplikasinya. LastPass terdapat dalam platform berikut:

Firefox: Boleh didapati dalam bentuk add-on Firefox. Anda hanya perlu menggunakan pelayar web Firefox dan kemudiannya melayari laman web LastPass.

Google Chrome: Boleh didapati dalam bentuk Google Chrome Extension di Chrome Web Store.

Android: Boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store.

iOS: Boleh didapati dalam bentuk aplikasi mudah alih (mobile application) di App Store.

Baca lagi: Tips Keselamatan Kata Laluan

[ Tips Windows ] Baiki Error Windows

Kadang-kadang, komputer kita dirasakan semakin perlahan dan ada pemberitahuan (notification) “error”. Ada antara kita yang tertekan dengan error yang sebegini banyak, akhirnya mengambil keputusan untuk “format” semula PC masing-masing. Error dan Windows adalah perkara yang agak biasa, mungkin juga kerana konsep Windows sendiri yang lebih terbuka dari segi perkakasan dan perisian, tidak seperti Apple. Namun begitu, error Windows ini tidak seharusnya membebankan anda.

Dapat error Windows berkali-kali, terus format ke?

Namun begitu, bukan semua kes memerlukan anda untuk “format” komputer anda. Jika anda ikuti tips kami di bawah, dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu format semula PC anda.

Jika anda mengalami masalah semasa menggunakan komputer Windows 10 anda, berikut dipaparkan langkah-langkah untuk menyelesaikan kebanyakan masalah.

Untuk memastikan fail-fail penting Windows anda dapat disemak dan dibaiki, sila jalankan tools Windows yang disebut di bawah ini dengan urutan berikut: Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3, Langkah 2, dan akhir sekali Langkah 1.

Langkah 1: chkdsk C: /f

Apa itu Checkdisk (chkdsk)? Checkdisk ialah satu tool daripada Windows untuk mengenal pasti error yang terdapat pada disk anda. Kesan error ini ialah perjalanan Windows yang tidak konsisten dan boleh membawa kepada error yang lain. Oleh itu, penting untuk anda melalukan Checkdisk secara berkala.

Sila pastikan anda telah menutup semua program dan sudah menyimpan (save) segala dokumen atau kerja yang sedang dijalankan.

Di Search Bar, sila taip perkataan “Command Prompt”. Right click dan jalankan tool ini dengan Run as Administrator.

Command Prompt akan meminta pengesahan anda untuk menjalankan Checkdisk Tool semasa komputer sedang restart. Pilih “Yes” dengan menekan kekunci yang betul.

Komputer anda akan restart dan Checkdisk akan bermula. Biarkan Checkdisk tamat.

Sekiranya komputer anda gagal untuk menjalankan Checkdisk, besar kemungkinan fail yang diperlukan untuk menjalankan Checkdisk pun telah rosak. Sila jalankan Langkah 2, Langkah 3, Langkah 2, dan kembali kepada Langkah 1.

Langkah 2: sfc /scannow

Apa itu SFC (System File Checker)? System File Checker (SFC) ialah satu tool daripada Windows untuk menyemak fail penting Windows dalam komputer anda. SFC akan membandingkan fail penting Windows sekarang dengan fail imej Windows yang sedia ada. jika ada mana-mana fail yang rosak (corrupt), fail tersebut akan digantikan dengan fail dari imej Windows. Selain dari Checkdisk, kami juga menyarankan anda agar menjalankan tool ini secara berkala.

Sila jalankan tool ini melalui Command Prompt dengan Run as Administrator.

Langkah 3: DISM Tool

Apa itu DISM Tool? DISM Tool ialah satu lagi tool daripada Windows untuk memastikan fail penting Windows tidak rosak. Kelebihan DISM ialah ianya dapat menyemak fail penting Windows dalam komputer anda dengan fail penting Windows terus dari sumber Microsoft melalui internet.

Maklumat lanjut: https://www.windowscentral.com/how-use-dism-command-line-utility-repair-windows-10-image

Jika anda hendak menjalankan DISM tool ini, kami menyarankan anda mengambil option Restore Health menggunakan fail imej Windows terus dari sumber atas talian (online), supaya sebarang masalah fail dapat terus dibaiki.

Error dah baiki, macam mana nak komputer lagi laju? Baca tips kami (akan datang) untuk upgrade HDD komputer anda kepada SSD.

Risau ada orang curi kata laluan (password) anda? Baca tips kami untuk pemilihan dan penjagaan kata laluan yang lebih selamat: Tips Keselamatan Kata Laluan

COVID-19: Promosi dan Diskaun Untuk Pengguna Talian Mudah Alih

Untuk mendokong hasrat kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengambil beberapa langkah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan pola penggunaan internet baru mereka, terutamanya bagi yang terpaksa bekerja dari rumah (work from home). Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda senarai promosi dan diskaun untuk pengguna talian mudah alih.

Promosi dan Diskaun Untuk Pengguna Talian Mudah Alih

Ketika artikel ini mula-mula diterbitkan, Perintah Kawalan Pergerakan / Movement Control Order (MCO) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Pada 25 Mac 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Kami akan terus mengemas kini laman web ini untuk memaparkan maklumat baru untuk anda.

Celcom

Promosi dari pihak Celcom ini sah sehingga 14 April 2020.

Semua pelanggan: Data percuma untuk melayari laman web Kementerian Kesihatan (KKM) dan panggilan percuma untuk Crisis Preparedness Response Centre & Movement Control Order Hotline.

Celcom Prepaid (Prabayar): Kuota data tanpa had bagi penggunaan WhatsApp dan aplikasi-aplikasi Microsoft Office 365 dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari. Pelanggan juga boleh membeli Ultra Hour Pass untuk 6 jam akses internet tanpa had pada harga RM 2.00 sahaja (tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan personal hotspot).

Celcom Postpaid (Pascabayar): Celcom memberikan kuota data tanpa had (unlimited) bagi penggunakan WhatsApp dan aplikasi-aplikasi Microsoft Office 365 daripada jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.

Maklumat lanjut: Laman web Celcom

Digi

Promosi dari pihak Digi ini sah dari dari 21 Mac 2020 hingga 14 April 2020.

Digi Prepaid (Prabayar): [ Kemas kini 21 Mac 2020 ] Percuma 300 MB data dan 5 minit panggilan apabila anda menambah nilai antara RM 10.00 hingga RM 29.99 (tempoh sah: 3 hari). Percuma 1 GB data dan 15 minit panggilan apabila anda menambah nilai RM 30.00 ke atas (tempoh sah: 7 hari).

Digi Postpaid (Pascabayar): Digi memberikan kuota data tambahan sebanyak 1 GB setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang untuk semua pelanggan pascabayarnya. Pelan Digi Infinite terkecuali daripada tawaran ini kerana pelan-pelan tersebut sudah datang dengan data tanpa had.

Maklumat lanjut: Laman web komuniti Digi

U-Mobile

Semua pelanggan: Tiada caj panggilan ke Hotline 03-8881 0200 / 03-8881 0600 / 03-8881 0700

U-Mobile Prepaid (Prabayar): U-Mobile memberikan 2 kali ganda (2x) data untuk hotspot (kini 6 GB) bagi pelan prabayar Giler Unlimited GX38. Anda juga boleh melanggan add-on Data Booster 5 untuk tambahan data 10 GB pada harga RM 5.00. Data tambahan ini boleh digunakan selama 14 hari untuk pelan prabayar Giler Unlimited GX38 dan GX30.

U-Mobile Postpaid (Pascabayar): U-Mobile memberikan 2 kali ganda (2x) kuota data untuk hotspot untuk pelan pascabayar Giler Unlimited GX68 dan GX50.

Maklumat lanjut: Laman web U-Mobile

Maxis

Hotlink Prepaid (Prabayar): Percuma 20 GB data dengan setiap pembelian HotlinkMU dan 30% kredit cashback dengan tambah nilai secara digital. Penebusan internet percuma boleh dibuat menggunakan aplikasi Hotlink RED.

Maxis Postpaid (Pascabayar): Maxis memberikan kuota tambahan sebanyak 3 GB secara percuma untuk semua pelanggan pascabayarnya. Selain dari itu, penggunaan data adalah percuma bagi kegunaan Skype, Zoom dan Microsoft Teams. Promosi ini akan bermula pada 27 Mac 2020.

Maklumat lanjut: Laman web Maxis

Unifi Mobile

Kemas kini 25 Mac 2020: Unifi melalui laman Twitter mengumumkan promosi untuk pelanggan prabayar (prepaid) dan pascabayar (postpaid).

Image

Tune Talk

Percuma 20% kredit ekstra apabila anda menambah nilai (top up) melalui web dan aplikasi Tune Talk.

Maklumat lanjut: Laman web Tune Talk

Kemas kini 25 Mac 2020: Lanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO)

Pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Berikutan laporan kerajaan untuk lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat-syarikat telekomunikasi mungkin akan melanjutkan tempoh promosi ini. Kami akan mengemas kini laman web ini sekiranya terdapat maklumat lanjut.

Nota

Kami akan terus mengemas kini laman ini dengan maklumat terbaru daripada syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia.