Sabah

Tugu Peringatan Double Six, Kota Kinabalu, Sabah

Sabah ialah negeri yang terletak di bahagian utara Borneo, Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negara Brunei, Filipina, Indonesia dan negeri Sarawak di bahagian barat dayanya.

Sejarah Negeri Sabah

Hasil kajian sejarawan mendapati telah terdapat penempatan awal di negeri ini sekitar 20,000-30,000 tahun dahulu. Syarikat Berpiagam Borneo Utara memerintah negeri ini dari tahun 1881 sehingga 1942. Setelah diserang oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan kembali negeri ini.

Pada 15 Julai 1946, wilayah ini diletakkan di bawah tanah jajahan British. Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri dan membuat keputusan untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Pada 6 Jun 1976, sebuah pesawat GAF N-22B Nomad terhempas semasa ingin melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI). Kemalangan tragis tersebut meragut nyawa semua yang berada di dalam pesawat tersebut. Kemalangan itu mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens bersama beberapa orang kenamaan yang lain.

Kemalangan tersebut mengundang spekulasi banyak pihak yang menginginkan jawapan daripada pihak berkuasa. Namun begitu, laporan lengkap siasatan tersebut masih tidak didedahkan kepada orang awam sehingga kini. Bacaan lanjut di laman web Aviation.MY.

Jaringan Pengangkutan Awam di Sabah

Sebagai negeri yang kedua terbesar di Malaysia, penduduk di negeri ini mempunyai beberapa pilihan untuk pengangkutan awam.

Terminal bas

  • Kota Kinabalu

Stesen keretapi

  • Tenom
  • Beaufort

Lapangan terbang

Negeri ini mempunyai beberapa lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) adalah lapangan terbang utama di negeri ini yang juga dihubungkan dengan beberapa lapangan terbang kecil yang lain di negeri ini dan Sarawak melalui penerbangan MASWings. Berikut dipaparkan senarai lapangan terbang yang ada di negeri Sabah, Malaysia:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI)

Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU)

Lapangan Terbang Labuan (LBU)

Terminal feri

  • Akan datang

Sumber

  1. Rakyat dan Sejarah Sabah – Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah