Perak

Perak ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian tengah semenanjung Malaysia.

Negeri ini bersempadan dengan Selangor di bahagian selatan, Pahang & Kelantan di bahagian timur dan Pulau Pinang & Kedah di bahagian utara.

Maklumat Ringkas Negeri Perak

  • Sultan: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
  • Bandar Diraja: Kuala Kangsar
  • Menteri Besar: Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu
  • Ibu negeri: Ipoh
  • Bilangan penduduk: 2,500,000 (2018)
  • Keluasan: 20,976 km persegi

Sejarah Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama negeri ini. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Bermulanya titik sejarah Negeri Perak

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Campur Tangan Inggeris

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Kedatangan Jepun

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.

Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Sumber: Laman web SUK Negeri Perak

Perkhidmatan teksi

Name/companyAddressPhone No.
Abd Rahim RamlyPerhentian Teksi Kg Gajah Teluk Inta05-621 4836
Abu Mansor Hi JaafarPerhentian Mdn Kidd Ipoh05-253 7159
Anson Outstation Taxi SvceBangunan Aked MARA Teluk Intan05-622 1663
BalakrishnanP N1008, Jln Gereja Air Tawar05-672 4273
Chong Nga Nga790A, Kg Bercham Ipoh05-547 0210
Gunong Rapat Taxi48, Jln Yau Ket Shin, Ipoh05-253 7289
Hamdan Abd Kadar Perhentian Kereta SewaKg Gajah Teluk Intan05-631 1862
Hoo Kok ChoonPondok Stesen Teksi Sitiawan, Sitiawan05-691 4671
Khoo Chew Goh49-1, Jalan C M Yussuff Ipoh05-250 5602
Ko-Op Bandaran & Kg Kinta Bhd14A, Jalan Merlin Ipoh05-253 4188
Kuala Kangsar Dist Taxi & Hire Car Services AssnPerhentian Taxi Bandar Baru Kuala Kangsar05-766 1092
Lai Ah LekKaunter Teksi, Lapangan Terbang Ipo05-312 6879
Lee Pean & Co5, Jalan Iskandar Taiping05-807 5988
Mohd Lodin B Pandak AhmadStesen Teksi Jalan Raja Tapah05-401 1239
Nam Taxi Co15, Jalan Raja Musa Abd Azia Ipoh05-251 2189
Ngok Ah Kiu78 Jalan Besar, Kg Koh Sitiawan05-691 1784
Perkhidmatan Perhentian Teksi Menglembu50, Jalan Clare Ipoh05-253 7040
Perkongsian Jaya SepakatStn Bas Lama Taiping.05-807 3128
Sg Siput Taxi StandJalan Besar, Sungai Siput05-598 1201
Sulaiman b Ngah Rimba11, Jalan Tun Abd Razak Ipoh05-250 3100
Suppiah MPondok Stesen Teksi Air Tawar05-672 2744
Syarikat Kerjasama Kenderaan & Pengangkutan Ulu Kinta Bhd16A, Jalan Hume, Ipoh05-251 4010
Sykt Kerjasama Kenderaan (TM) BhdWisma Datuk Hj Mohd, Tanjung Malim05-223 3831
Sykt Perhentian Teksi Bandar KamparJalan Balai, Kampar, Kampar05-466 2361
Taiping Public Taxistand1, Jalan Iskandar, Taiping05-807 3282
Tenama Sdn Bhd19A, Mdn Kidd Ipoh Pej Am, Ipoh05-526 7369
Tham Kong Thow143, Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh05-253 5721

Terminal bas

Di Ipoh, terminal bas ekspres utama ialah Terminal Meru Raya yang terletak di Meru, Ipoh. Dahulunya, terminal ini dikenali dengan nama Terminal Amanjaya.

Stesen keretapi

Stesen Keretapi Bagan Serai

Stesen Keretapi Batu Gajah

Stesen Keretapi Behrang

Stesen Keretapi Bukit Merah (Tutup)

Stesen Keretapi Chemor (Tutup)

Stesen Keretapi Ipoh

Stesen Keretapi Kampar

Stesen Keretapi Kamunting

Stesen Keretapi Kota Bharu (Kargo)

Stesen Keretapi Kuala Kangsar

Stesen Keretapi Lahat (Kargo)

Stesen Keretapi Padang Rengas

Stesen Keretapi Parit Buntar

Stesen Keretapi Pondok Tanjung (Tutup)

Stesen Keretapi Salak Utara (Tutup)

Stesen Keretapi Slim River

Stesen Keretapi Sungai Siput

Stesen Keretapi Sungkai

Stesen Keretapi Taiping

Stesen Keretapi Tanjung Malim

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan (Tutup)

Stesen Keretapi Tapah Road

Stesen Keretapi Tasek

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH)

Lapangan Terbang Taiping (TPG)

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKKPK)

Majlis Perbandaran Taiping (MPTaiping)

Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Majlis Daerah Kampar (MDKampar)

Majlis Daerah Gerik (MDG)

Majlis Daerah Kerian

Majlis Daerah Batu Gajah

Majlis Daerah Lenggong

Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Majlis Daerah Perak Tengah

Majlis Daerah Selama

Majlis Daerah Tanjong Malim

Majlis Daerah Tapah