Majlis Bandaraya Seremban

Tangkap Layar Laman Web Majlis Bandaraya Seremban

Majlis Bandaraya Seremban ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab atas kawasan Seremban dan Nilai di Negeri Sembilan, Malaysia.

Sejarah Majlis Bandaraya Seremban

PBT ini berasal daripada Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai. Dengan penaik tarafan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), entiti baru itu juga digabungkan dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Pada 12 November 2008, Kerajaan Negeri Sembilan, telah meluluskan cadangan untuk mencantumkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai satu entiti dan menaikkan tarafnya kepada Majlis Bandaraya Seremban.

Antara mukim yang ditadbir oleh MPN (dahulu) ialah:

  • Mukim Setul
  • Mukim Labu
  • Mukim Rantau
  • Mukim Lenggeng
  • Mukim Pantai
  • Sebahagian Rasah
  • Sebahagian Ampangan
  • Sebahagian Seremban

Cukai Taksiran

Berikut dipaparkan maklumat penting berkenaan cukai taksiran bagi kawasan yang diliputi oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS):

  • Bil cukai taksiran akan dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
  • Tempoh akhir pembayaran bil cukai taksiran adalah pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.
  • Selepas tarikh itu, Kos Notis Tuntutan Borang E sebanyak RM20.00 berserta tunggakan cukai taksiran akan dikenakan dan dikemukakan kepada pemilik-pemilik.
  • Majlis juga akan mengambil tindakan Mahkamah bagi menuntut tunggakan cukai taksiran ini dan harta-harta yang tertunggak boleh disita dan dilelong.

Khidmat Pelanggan

MBS mempunyai beberapa saluran khidmat pelanggan seperti berikut:

Laman web: https://www.mbs.gov.my

No. telefon: 06 765 4444 (talian aduan)

Alamat e-mel: [email protected] / [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/mbseremban): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 32,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Twitter (https://twitter.com/mbseremban): Laman Twitter mereka memiliki lebih 1,200 pengikut (April 2020). Pengumuman dan laporan aktiviti juga sering dikirim di laman Twitter mereka.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mbseremban/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 1,300 pengikut dengan 363 kiriman (April 2020). Pengumuman juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCMq9Y3q1mlb6ip8EdYS-BVQ): Laman YouTube mereka mempunyai 59 subscribers. Laman ini kelihatan agak baru memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 24 Februari 2020.