Negeri Sembilan

Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian pertengahan semenanjung Malaysia.

Negeri ini bersempadan dengan Melaka, Selangor, Pahang dan Johor. Antara bandar yang utama di negeri ini ialah Seremban (ibu negeri), Seri Menanti (bandar diraja), Port Dickson, Bahau dan Nilai.

Sejarah Negeri Sembilan

Sekitar abad ke-15 hingga ke-16, Negeri Sembilan berada di bawah naungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudiannya, apabila Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan penjajahan Portugis, negeri ini berada di bawah perlindungan kesultanan Johor.

Perang saudara yang berlaku di Sungai Ujong pada tahun 1873 telah mengundang campur tangan British. Pada tahun 1897, apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan, Sungai Ujong dan Jelebu disatukan menjadi satu persekutuan dan diberi nama “Negeri Sembilan”. Negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran seorang Residen dan menjadi ahli Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Negeri ini kemudiannya menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada tahun 1963. Walaupun bilangan negeri-negeri tersebut berubah-ubah dalam sejarah, nama “Negeri Sembilan” tersebut masih kekal sehingga ke hari ini.

Jaringan Pengangkutan Awam

Negeri ini mempunyai sambungan pengangkutan awam yang bagus. Selain daripada perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti, negeri ini juga disambungkan secara terus dengan Kuala Lumpur melalui perkhidmatan KTM Komuter.

Terdapat ramai warga kerja yang pergi bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Negeri Sembilan. Selain dari itu, warga kerja yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) juga ramai yang tinggal di bandar-bandar negeri ini seperti Nilai, Labu dan Seremban.

Perkhidmatan Teksi

  • Persatuan Kebajikan Tuanpunya & Pemandu Teksi/ Keretasewa-Terminal Bas Seremban. Tel : 06-761 0764
  • Persatuan Pemandu Kenderaan Kereta Sewa-Alor Gajah/ Tampin, 5497 Pulau Sebang Tampin. Tel : 06-441 1466
  • Persatuan Pemandu-Permandu Teksi Seremban-13A, Jln Kong Sang, Seremban. Tel : 06-763 1431
  • Sykt Persatuan Pemandu Teksi-Perhentian Teksi Port Dickson. Tel : 06-647 4702

Source: http://www.fascinatingmalaysia.com/negeri-sembilan/travel.html

Terminal bas

  • Terminal Bas Ekspres Seremban

Stesen keretapi

Stesen Keretapi Air Kuning Selatan (Tiada Perkhidmatan)

Stesen Keretapi Bahau

Stesen Keretapi Batang Benar

Stesen Keretapi Gemas

Stesen Keretapi Labu

Stesen Keretapi Nilai

Stesen Keretapi Rembau

Stesen Keretapi Senawang

Stesen Keretapi Seremban

Stesen Keretapi Sungai Gadut

Stesen Keretapi Tiroi

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Negeri ini mempunyai tujuh PBT di bawah pentadbirannya, iaitu:

  1. Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
  2. Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
  3. Majlis Perbandaran Jempol (MPJL)
  4. Majlis Daerah Jelebu (MDJ)
  5. Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)
  6. Majlis Daerah Rembau (MDR)
  7. Majlis Daerah Tampin (MDT)

Sumber

  1. Sejarah Penubuhan – Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan