Melaka

Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Perkara-perkara yang boleh dibuat di Melaka

Sejarah Negeri Melaka

Pada akhir abad ke-14, Parameswara, seorang putera raja dari Palembang telah terlibat dengan peperangan merebut takhta dengan kerajaan Majapahit. Akibat peperangan tersebut, Parameswara mencari perlindungan di Temasik (Singapura). Ketika di Temasik, Parameswara telah diserang oleh penjajah Siam yang berada di situ. Pada tahun 1396, baginda bersama pengikut-pengikutnya telah berundur ke Muar, Sungai Ujong dan kemudiannya ke Melaka.

Parameswara / Sultan Iskandar Shah (1400-1424)

Baginda membuka negeri Melaka pada tahun 1400. Pada peringkat awal pembukaan negeri ini, baginda menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di negeri ini dan mula menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara negara China dan Melaka.

Pada tahun 1414, Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda juga memeluk agama Islam dan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Shah.

Sri Maharaja / Sultan Muhammad Shah (1424-1444)

Anakanda kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda memerintah mengikut ajaran Islam, mengasaskan etika istana dan menyebarkan Islam.

Raja Ibrahim / Sultan Abu Syahid (1444)

Putera bongsu Sultan Muhammad Shah. Raja Ibrahim menaiki takhta apabila ayahandanya mangkat. Pemerintahannya tidak lama kerana baginda telah dibunuh. Raja Ibrahim diberikan gelaran Sultan Abu Syahid sewaktu pemakamannya.

Raja Kassim / Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)

Kakanda kepada Sultan Abu Syahid.

Pada tahun 1447, Siam menyerang negeri ini buat kali pertama. Namun begitu, serangan mereka dapat ditumpaskan tidak jauh dari Muar.

Sultan Mansur Shah (1458-1477)

Mangkat pada tahun 1477.

Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)

Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda dikenali sebagai orang yang tegas dalam melaksanakan tugas. Pada tahun 1488, Sultan Alauddin telah mangkat akibat diracun di Pagoh.

Sultan Mahmud Shah (1488-1511)

Sultan Mahmud Shah menaiki takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah.

Pada tahun 1500, baginda melantik sepupu kepada Tun Perak, Tun Mutahir, sebagai bendahara. Tun Mutahir bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa dalam kalangan para pembesar.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera tiba di Melaka dengan 18 buah kapal dari angkatan diraja Portugal. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan.

Pada tahun 1510, Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.

Portugis (1511-1641)

Pada tahun 1511, Afonso de Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di negeri ini pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di negeri ini tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

Pada tahun 1512, Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan A Famosa, kota kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis di Melaka.

Jaringan Pengangkutan Awam

Terminal bas

  •  Melaka Sentral

Stesen keretapi

Stesen Keretapi Batang Melaka

Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin

Lapangan terbang

Sumber

  1. Sejarah – Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka