Kedah

Pemandangan Kuala Kedah dari udara

Kedah ialah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia.

Negeri ini bersempadan dengan Perlis di sebelah utara, Kelantan di sebelah timur dan Pulau Pinang & Perak di sebelah selatan.

Maklumat Ringkas Negeri Kedah

  • Sultan: Sultan Sallehuddin
  • Bandar Diraja: Anak Bukit
  • Menteri Besar: Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir
  • Ibu negeri: Alor Setar
  • Bilangan penduduk: 2,173,700 (2018)
  • Keluasan: 9,447 km persegi

Perkhidmatan teksi

Name/companyAddressPhone No.
Ibrahim TaibGerai MPKS, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.04-761 2085
Kedah Auto SerivceCo Ltd-29, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar04-733 9232
Persatuan Taxi Kedah UtaraBelakang Pej Zakat, Jalan Limbong, Kapal, Alor Setar04-733 2360
Putra Teksi Service32, Jalan Penjara Lama, Alor Setar04-732 1764
Surin Tours Agency32, Kelibang, Pulau Langkawi04-966 6312

Terminal bas

Terminal Bas Ekspres Alor Setar (Shahab Perdana)

Terminal Bas Ekspres Changlun

Terminal Bas Ekspres Jitra

Stesen keretapi

Stesen Keretapi Anak Bukit

Stesen Keretapi Alor Setar

Stesen Keretapi Sungai Petani

Stesen Keretapi Tasik Gelugor

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR)

Kerajaan Tempatan

Negeri ini memiliki 11 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan 1 majlis bandaraya, 4 majlis perbandaran dan 6 majlis daerah.

Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Perbandaran Kulim

Majlis Perbandaran Sungai Petani

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Majlis Daerah Baling

Majlis Daerah Bandar Baharu

Majlis Daerah Padang Terap

Majlis Daerah Pendang

Majlis Daerah Sik

Majlis Daerah Yan

Sejarah Negeri

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke – 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman ‘Pleistocene’ lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.

Sumber

  1. Tentang Kedah – Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah