e-Tunai Rakyat – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa sejumlah wang diperuntukkan untuk menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini juga dikenali dengan nama e-Tunai Rakyat.

Sejumlah RM 450 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini. Seramai 15 juta penduduk Malaysia disasarkan sebagai penerima insentif e-wallet ini. Pihak kerajaan menyasarkan penggunakan e-wallet yang lebih tinggi kerana transaksi seperti ini lebih selamat, cepat dan mudah dilaksanakan.

e-Wallet mempunyai beberapa kegunaan, antaranya boleh digunakan untuk pembayaran di restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan. Sebagai contoh, KFC menerima bayaran melalui Touch N Go eWallet dan penghantaran GrabFood menerima bayaran melalui GrabPay.

Setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon sebanyak RM 30.00 nilai untuk dikreditkan ke dalam akaun e-wallet mereka. Untuk mengisi rasa ingin tahu anda, kami ingin berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan pelaksanaan program e-wallet ini.

Apakah Syarat Kelayakan e-Tunai Rakyat?

Kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000.00

Tempoh masa menuntut e-Tunai Rakyat

e-Tunai Rakyat sebanyak RM 30.00 ini boleh dituntut bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Penyedia e-wallet e-Tunai Rakyat

Program e-Tunai Rakyat ini dilaksanakan dengan kerjasama tiga penyedia perkhidmatan e-wallet terkemuka di Malaysia, iaitu Touch ‘N Go eWallet, Boost dan GrabPay. Para penyedia perkhidmatan e-Wallet juga berlumba-lumba menyediakan tawaran menarik untuk para pengguna menuntut insentif ini melalui platform mereka.

Pendaftaran dan Pengesahan Identiti Touch ‘N Go e-Wallet

Setelah anda mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet (rujuk pautan di atas), anda perlu mengesahkan identiti anda. Pengesahan identiti ini bertujuan untuk memastikan anda adalah entiti sebenar berdasarkan maklumat kad pengenalan yang dihantar kepada Touch ‘N Go.

Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar sendiri menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Selain daripada pengecaman wajah, anda juga perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda. Rujuk mobile app Touch ‘N Go anda untuk maklumat pengesahan identiti.

Sumber: RinggitPlus