Cara Daftar Akaun Rider Foodpanda

Dalam industri makanan dan minuman, salah satu aspek yang kian mendapat tempat dalam masyarakat ialah perkhidmatan penghantaran makanan. Kesibukan warga kerja dalam memenuhi tuntutan kerja masing-masing membuatkan waktu rehat mereka bukan lagi digunakan untuk pergi ke restoran untuk membeli makanan. Dengan peningkatan jumlah pesanan melalui penghantaran makanan, penyedia perkhidmatan seperti Foodpanda memerlukan rakan penghantar (delivery rider) untuk menghantar pesanan kepada para pelanggannya. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan cara daftar akaun rider Foodpanda.

Cara Daftar Akaun Rider Foodpanda – penuhi syarat ini dahulu

Sebelum memulakan proses pendaftaran, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Menggunakan telefon pintar sekurang-kurangnya iPhone 4S atau telefon pintar dengan sistem operasi Android 4.2
  2. Mempunyai motosikal sendiri dan lesen sekurang-kurangnya kelas B2. Sekiranya tidak mempunyai motosikal sendiri, anda perlu memastikan motosikal berkenaan mempunyai All-rider insurance dan juga dokumen kebenaran daripada pemilik untuk anda menggunakannya.
  3. Berusia 18 tahun ke atas
  4. Mempunyai sikap bertanggungjawab dan boleh diharap serta beramanah tinggi
  5. Mempunyai akaun bank untuk urusan pembayaran gaji. Menurut seseteng

Langkah 2: Daftar di laman Foodpanda

Cara daftar akaun rider Foodpanda adalah mudah sekali. Untuk proses pendaftaran, anda boleh ke laman rider Foodpanda di alamat https://rider.foodpanda.my.

Kemudiannya, anda perlu memilih bandar anda. Bagi yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, anda boleh memilih “Klang Valley”.

Antara maklumat lain yang diperlukan ialah:

  1. Nama
  2. Nama Bapa
  3. Telefon Bimbit
  4. Alamat e-mel
  5. Umur 18 tahun ke atas (ya/tidak)
  6. Bahasa pilihan (Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia)
  7. Warganegara Malaysia (ya/tidak)
  8. Mempunyai lesen motosikal yang sah (lesen P ke atas)

Langkah 2: Menuruti langkah-langkah yang ditetapkan oleh Foodpanda

Apabila anda selesai mengisi maklumat pendaftaran di laman web Foodpanda, anda akan dihubungi mereka untuk proses pendaftaran lanjutan. Anda akan dijemput ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas.

Sesi praktikal dengan pekerja yang lebih senior juga akan diadakan. Dalam sesi ini, anda akan belajar mengendalikan pesanan dan penghantaran.

Di penghujung sesi praktikal, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan ID log masuk dan kata laluan untuk aplikasi rider Foodpanda. Selain daripada itu, anda juga bakal mendapat peralatan yang bakal digunakan dalam perkerjaan nanti seperti baju rasmi dan beg makanan Foodpanda.

Mengenai Foodpanda

Foodpanda ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang mempunyai operasi di Malaysia dan 12 negara lain. Berbanding dahmakan yang menyediakan menunya sendiri, Foodpanda berfungsi seperti Grabfood yang membolehkan pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran.

Sumber

  1. Cara Daftar Foodpanda Rider (Register Online, Gaji Besar) – The Rohani, 18 Disember 2019
  2. Cara Mendaftar Sebagai FoodPanda – Lima, 5 Mac 2020

Cheesy Fried Chicken Bumbuk @ K Fry Urban Korean

Anda pernah makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk? Bagi yang belum pernah, Chicken Bumbuk ini ialah ketulan-ketulan ayam tanpa tulang (boneless) yang digoreng dan disalut dengan sos pedas, kemudiannya dibalut dengan lapisan keju Mozzarella yang kenyal.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)
Cheesy Fried Chicken Bumbuk (pandangan dekat)

K Fry Urban Korean ialah rangkaian restoran makanan Korea yang berasal dari Malaysia. Menerusi laman “about us” mereka, K Fry menyatakan mereka ialah jenama “home grown”, tanpa menyatakan dengan jelas sejarah bermulanya perniagaan mereka. Justeru kami mempercayai bahawa jenama K Fry ini berasal dari Malaysia.

Cheesy Fried Chicken Bumbuk di K Fry Urban Korean, IOI City Mall, Putrajaya

Chicken Bumbuk ini boleh didapati di kesemua cawangan restoran K Fry. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada juga restoran yang kehabisan stok bagi menu tersebut. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar Chicken Bumbuk yang kami cuba tempoh hari di Restoran K Fry, IOI City Mall, Putrajaya.

Walaupun sesetengah pengunjung menyifatkan restoran K Fry ini sebagai pesaing kepada Kyochon, namun Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Masyarakat umum sedia maklum bahawa orang Malaysia memang suka makanan berunsur keju. Lihat saja betapa ramainya orang memesan Cheezy Wedges di KFC. Pastinya Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini berupaya membuatkan para penggemar keju di Malaysia ini tidak tidur malam memikirkannya.

Keistimewaan menu ini terletak pada cara hidangannya. Pelayan akan membawa dapur gas mini untuk diletakkan atas meja anda dan Cheesy Fried Chicken Bumbuk anda akan mula dimasak. Keju Mozzarella akan dipanaskan terlebih dahulu sehingga kenyal dan kemudiannya satu persatu ketulan ayam tersebut akan dibalut menggunakan keju Mozzarella tersebut. Untuk melihat dengan lebih lanjut penyediaan menu ini, anda boleh menonton vlog Qistina288 di laman Youtube:

Tempahan Meja

Pada waktu puncak seperti hujung minggu, anda mungkin mendapati restoran K Fry Urban Korean ini dipenuhi oleh pelanggan yang sedang makan dan juga pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Jika anda tidak mahu beratur panjang, anda boleh menggunakan khidmat Book A Table terus dari laman web K Fry. Khidmat ini membolehkan anda menempah meja makan anda secara atas talian (online). Walau bagaimanapun, tempahan Cheesy Fried Chicken Bumbuk tertakluk kepada stok. Disebabkan jumlah pelanggan yang masih belum surut walaupun restoran K Fry telah beberapa tahun beroperasi, kebanyakan pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu sebelum datang. Selain dari itu, mereka juga tidak akan membenarkan pelanggan masuk selagi jumlah yang ditempah belum cukup. Dalam bahasa inggeris, “incomplete parties will not be seated”.

Belum daftar eWallet Touch N Go? Baca sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Sekiranya anda tinggal jauh dari Putrajaya, anda boleh melihat senarai pusat beli belah lain di laman ini.

Diskaun Foodpanda Sehingga 41%

Khidmat penghantaran makanan (food delivery) kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun begitu, masih ramai rakyat Malaysia belum lagi membiasakan diri memesan makanan penggunakan perkhidmatan food delivery ini. Oleh itu, pemberian diskaun berkala daripada penyedia perkhidmatan dilihat sebagai salah satu usaha meningkatkan lagi tahap penggunaan perkhidmatan ini. Sebagai contoh, diskaun Foodpanda sering diberikan secara berkala dalam bentuk potongan harga menu ataupun penghantaran percuma.

Jika anda menggunakan aplikasi penghantaran makanan Foodpanda, anda boleh menikmati diskaun sehingga 41% dengan menggunakan kod kupon “octoberfeast” semasa memesan makanan.

Foodpanda ialah perkhidmatan penghantaran makanan. Berbanding dahmakan yang menyediakan menunya sendiri, Foodpanda berfungsi seperti Grab yang membolehkan pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran.

[ Reviu ] KFC Green Chili Crunch

Sejak sebulan dua kebelakangan ini, KFC Malaysia kembali “menghasut” kami untuk mencuba resepi ayam terbarunya, Green Chili Crunch. Iklannya ada menyebut Spicy Lime, kami pun tidak pasti bagaimana rasanya.

Ayam KFC Green Chili Crunch
Ayam KFC Green Chili Crunch

Bagaimana KFC boleh menghasut kami? Pastinya menerusi iklan-iklannya yang merajai media-media sosial dan juga komen-komen yang dimuat naik oleh sahabat handai.

Walaupun baru sahaja mencuba Ayam KFC perisa telur masin (salted egg) tempoh hari, namun Green Chili Crunch ini tetap menarik minat kami untuk mencubanya.

Video Youtube Ayam Goreng Green Chili Crunch dari KFC Malaysia

Untuk sesi kali pertama, kami telah mencubanya di satu restoran KFC di Kuala Lumpur. Ayam Chili Crunch ini terasa sedikit masam limau dan pedas yang kekal selama beberapa minit di bibir apabila selesai makan.

Untuk menilai keseragaman rasa, kami mencuba sekali lagi di restoran KFC di lokasi berlainan beberapa minggu kemudian. Rasa limau tersebut masih ada, cuma untuk cubaan kedua ini, kami mendapati rasa pedasnya agak kurang berbanding sesi pertama tempoh hari.

Selain daripada itu, ayam Chili Crunch ini juga dirasakan lebih berminyak berbanding Ayam Regular ataupun Hot & Spicy yang biasa didapati sepanjang masa di restoran-restoran KFC seluruh Malaysia.

Jadi, patutkah anda mencuba Ayam Chili Crunch ini di KFC berdekatan? Jika anda merindui Ayam Kicap KFC yang pernah ditawarkan sebelum ini, anda boleh mencuba Ayam Chili Crunch ini. Rasanya lebih kurang sama macam Ayam Kicap, tetapi Chili Crunch ini mempunyai lebih rasa cili untuk kepedasan ekstra.

Maklumat lanjut di laman web KL Foodie.

Subway Galeria PJH: Indah Khabar Dari Rupa

Baru-baru ini, kami menggunakan perkhidmatan pesanan makanan Foodpanda untuk memesan sandwic Subway dari Galeria PJH, Putrajaya. Antara menu yang dipesan ialah sandwic Subway Melt. Sayur yang dipesan ialah semua sekali kecuali timun.

Namun begitu, kami kecewa kerana apabila sampai sahaja pesanan yang diminta, sayur yang diletakkan bersama tidak langsung seperti apa yang dipesan.

Subway Melt
Subway Melt

Mungkin kerana pekedai di Subway Galeria PJH berkenaan tidak membuat sandwic secara berhadapan dengan pelanggan. Ataupun, kedai tersebut tidak cukup bekalan sayur namun malu untuk menutup sistem penerimaan pesanan Foodpanda.

Apa pun jawapannya, keadaan sandwich yang begini bukanlah sesuatu yang boleh diberi toleransi memandangkan pelanggan membayar pada “harga” Subway. Dengan harga yang sedemikian, pelanggan seharusnya mendapat sandwic yang dibuat dengan teliti dan berkualiti. Sebarang kompromi atau pengurangan dari segi kualiti harus dimaklumkan kepada pelanggan.

Subway Melt - semua sayur diminta kecuali timun, ini saja yang diletakkannya?
Subway Melt – semua sayur diminta kecuali timun, ini saja yang diletakkannya?
Subway Melt - inti setelah sayur dibuang
Subway Melt – inti setelah sayur dibuang

Komen dan cadangan penambah baikan telah diberikan kepada Foodpanda. Walau bagaimanapun, kami percaya pihak Subway Malaysia seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan kualiti makanan yang disediakan terjamin dan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Beef Chili Con Carne oleh dahmakan

Beef Chili Con Carne ini ialah salah satu daripada menu daging yang terdapat di dahmakan. dahmakan ialah sebuah perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan di kawasan Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya seperti Shah Alam dan Putrajaya.

Menu Dahmakan - Beef Chili Con Carne dalam pembungkus
Menu Dahmakan – Beef Chili Con Carne dalam pembungkus

Jika anda membeli pada harga biasa, menu ini dijual dengan harga RM 24.90 di platform dahmakan. Menu ini diilhamkan oleh Chef Kamal yang pernah menjadi chef de partie untuk Delicious Restaurant Group dan Hotel Concorde Shah Alam.

Sesetengah menu lain seperti Salted Egg Buttered Chicken tidak menyediakan penutup bagi lauk, menyebabkan sebahagian kuah terus tumpah di nasi.

Menu Dahmakan - Beef Chili Con Carne
Menu Dahmakan – Beef Chili Con Carne

Jika nak dibandingkan harga dengan penyedia lain, ternyata menu ini lebih mahal.

Jika anda ingin melihat reviu pengguna lain untuk produk ini, anda boleh rujuk laman menu ini di laman web dahmakan.

Namun begitu, dahmakan ada menyediakan diskaun sehingga RM 40.00 sekiranya anda ingin mencuba makanannya dan mahu sedikit penjimatan.

Dahmakan ialah penyedia perkhidmatan penghantaran makanan yang meliputi beberapa bandar terpilih di Malaysia. Makanan dan minuman yang disediakan didatangkan terus dari dapur mereka sendiri, kecuali beberapa menu berjenama seperti Famous Amos, Starbucks dan Tealive. Dahmakan diasaskan oleh Jonathan Weins (CEO), Jessica Li (COO) dan Christian Edelmann (CTO).

Ayam Goreng McD Ekstra Pedas (3x Lebih Pedas)

Seperti mana yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia suka makan makanan pedas. Begitu jugalah dengan ayam goreng. Kebanyakan rangkaian restoran makanan segera di Malaysia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald’s turut menyediakan pilihan ayam goreng pedas, selain daripada ayam goreng biasa (regular) untuk para pelanggan mereka.

Walaupun tiada statistik rasmi diumumkan oleh mana-mana rangkaian restoran makanan segera di negara ini, namun kita dapat melihat bahawa sebahagian besar ayam yang dipesan oleh pelanggan merupakan ayam goreng pedas.

Ayam Goreng Terbaru McDonald’s

Pada bulan Julai 2019, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Ayam Goreng Ekstra Pedas. Pada peringkat awal, menu ini dijual di sebilangan kecil restoran sebagai percubaan. Ayam Goreng McD Ekstra Pedas ini mula dijual di semua restoran McDonald’s bermula pada 24 Julai 2019.

Para pelanggan McDonald’s Bukit Bintang sedang beratur untuk memesan makanan masing-masing

Pada hari pertama pelancarannya, McDonald’s Malaysia mengiklankan Ayam Goreng McD Ekstra Pedas dalam aplikasi telefon pintar mereka. Kempen pemasaran ini ternyata menjadi apabila jumlah pelanggan meningkat dengan ketara pada hari tersebut, iaitu 24 Julai 2019. Keadaan di McDonald’s Bukit Bintang menjadi sesak dengan sebahagian besar pelanggan dilihat sedang menunggu pesanan makanan mereka siap.

Ayam Goreng McD Ekstra Pedas

Sambutan luar biasa

Namun begitu, terdapat juga kesan yang kurang enak dilihat di kebanyakan restoran McDonald’s ekoran daripada jumlah pengunjung yang luar biasa ini. Sebagai contoh, pada waktu tengah hari, 26 Julai 2019, seorang staf (dipercayai bekerja sebagai pengurus) di McDonald’s MRR2 arah Kepong dilihat sedang mengherdik pekerjanya di hujung dapur berkenaan komitmen kerja tukang masak tersebut. Teguran kasar pengurus tersebut dapat didengari oleh semua pengunjung yang sedang memesan makanan di kaunter dan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Tinjauan di McDonald’s @ Curve NX Mutiara Damansara pada waktu malam, 26 Julai 2019 pula mendapati para pekerjanya kelihatan keletihan. Hal ini mungkin kerana terpaksa melayan jumlah pelanggan yang tidak dijangka-jangka. Pelanggan yang datang ke kaunter untuk memesan makanan juga terus terus disuruh untuk memesan makanan di mesin. Pekerja di kaunter tidak pula bertanya sekiranya pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan yang tidak wujud di mesin pesanan layan diri. Contohnya seperti menebus ganjaran di aplikasi telefon pintar McD.

Kami tidak menjangkakan layanan umpama hotel lima bintang di restoran makanan segera. Namun begitu sebagai rangkaian restoran yang sudah lama bertapak dalam bidang makanan dan minuman ini, mereka sewajarnya memberikan latihan mutu perkhidmatan yang mencukupi untuk para pekerja supaya dapat mendepani jumlah pelanggan dengan baik.

Kemas kini 10 Ogos 2019

Pihak kami mendapati bahawa ada beberapa pengguna yang mengadu sakit perut selepas memakan Ayam Goreng McD ini sehingga mereka perlu bertemu doktor. Selepas para pelanggan meluahkan kekecewaan mereka dalam media sosial, kami mendapati ayam goreng ini sudah kurang pedas berbanding dahulu.

Di kebanyakan restoran McDonald’s yang kami kunjungi, anda masih belum boleh memilih bahagian untuk Ayam Goreng McD ini.

[ Promosi Dahmakan ] Diskaun Sehingga RM 40.00!

Apa itu dahmakan? Dahmakan merupakan satu perkhidmatan penghantaran makanan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain yang terpilih. Dengan ini kami kongsikan promosi dahmakan untuk anda.

Menu Dahmakan - Pesto Roast Chicken Breast  with cold couscous taboulleh salad and vegetables
Menu Dahmakan – Pesto Roast Chicken Breast with cold couscous taboulleh salad and vegetables

Promosi Dahmakan – diskaun sehingga RM 40.00!

Untuk menikmati promosi Dahmakan ini, anda hanya perlu klik pautan ini untuk mendaftar akaun dahmakan.

Untuk proses pendaftaran, anda hanya memerlukan alamat emel dan nombor telefon. Semasa proses pendaftaran, anda perlu memasukkan juga kata laluan (password) dan juga alamat penghantaran.

Langkah 1: Mendaftar

Anda boleh mendaftar melalui 1) Laman web dahmakan dan 2) Memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) dahmakan.

Pendaftaran adalah mudah dan saya mengesyorkan anda memasukkan terus maklumat alamat penghantaran dan juga kaedah bayaran semasa proses pendaftaran.

Langkah 2: Memesan Makanan

Untuk memesan makanan, anda perlu memilih tarikh dan masa penghantaran dahulu. dahmakan menyediakan menu yang berbeza mengikut hari dan masa. Oleh itu, anda perlu memilih tarikh dan masa dahulu sebelum membuat pilihan makanan yang wujud dalam menu.

Semasa pesanan juga, anda perlu memilih kaedah penghantaran anda. Kaedah-kaedah penghantaran adalah seperti berikut:

Meet the rider on my floor: Kaedah ini paling digemari pengguna. Namun begitu, masalah mungkin timbul sekiranya 1) anda tidak menjawab telefon semasa penghantar makanan membuat panggilan 2) Pihak keselamatan bangunan anda tidak membenarkan penghantar makanan tersebut naik ke atas

Leave the food at the receptionist: Opsyen ini paling digemari oleh dahmakan dan juga penghantar makanan kerana menerusi kaedah ini, mereka dapat menjimatkan masa dan dapat menghantar lebih makanan pada satu-satu masa.

Langkah 3: Menerima Makanan

Apabila masa penghantaran semakin hampir, anda akan mendapat pemberitahuan (notification) bahawa makanan anda sedang disediakan. Notificationnya berbunyi lebih kurang begini: “Chef Lim is preparing your food”. Kemudiannya, anda akan mendapat notifikasi lain daripada aplikasi dahmakan yang memaklumkan bahawa 1) penghantar makanan hampir tiba 2) penghantar makanan sudah tiba 3) makanan sudah dihantar.

Untuk notifikasi makanan sudah dihantar pula, ianya berguna bagi orang yang memilih opsyen “leave my food at the receptionist” kerana bukan semua receptionist akan mencari (menelefon atau menghantar mesej kepada) orang yang memesan makanan tersebut.

Haaa…bila dah terima tu, baru la boleh jawab bagitau orang, “saya dahmakan!

Latar Belakang dahmakan

Dahmakan diasaskan oleh Jonathan Weins (CEO), Jessica Li (COO) dan Christian Edelmann (CTO). Berbanding dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan lain seperti GrabFood dan Foodpanda, dahmakan berfungsi secara end-to-end, iaitu menyediakan makanan sendiri dan menghantarnya sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga.

Sumber

Malaysia’s Dahmakan chows down $2.6M for its end-to-end food delivery service РTechCrunch

Masa terbaik minum kopi

Apakah waktu terbaik untuk meminum kopi? Sekiranya anda seorang peminun kopi tegar, pastinya anda pernah tertanya-tanya waktu bilakah sesuai untuk anda meminum kopi. Masa terbaik minum kopi mungkin berbeza-beza mengikut pendapat masing-masing tetapi yang pastinya jarang sekali anda mendengar orang menyarankan kopi diminum sebelum tidur.

Hal ini kerana kopi mengandungi bahan kimia yang dinamakan kafein (caffeine) yang membuatkan badan kita segar. Tidak hairanlah ramai golongan pekerja menjadikan kopi ini sebagai minuman pagi mereka. Selain dari itu, sebuah meta-kajian yang dijalankan terhadap 127 kajian mendapati. Anda boleh membaca artikel daripada laman web Inc yang mengupas lebih lanjut berkenaan meta-kajian yang dijalankan oleh Annual Review of Nutrition.

Bilakah masa terbaik minum kopi?

Kebanyakan pakar menyarankan waktu terbaik untuk minum kopi ialah sekitar jam 9:30 pagi hingga ke 11:30 pagi. Kopi tidak sesuai diminum dalam masa pendek selepas anda bangun kerana ketika itu hormon cortisol berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada kopi, anda disarankan untuk meminum kopi beberapa jam selepas bangun, iaitu apabila tahap cortisol anda menurun. Bacaan lebih lanjut boleh didapati dalam sebuah artikel di laman web Inc ini.

Sekiranya anda suka minum kopi pada waktu petang, anda boleh meminumnya beberapa jam sebelum tidur. Kopi pada waktu petang ini sebaiknya dipilih dari jenis kopi yang dinyahkafein (decaffeinated).

Waktu sesuai meminum kopi pada bulan Ramadan

Sekiranya anda berpuasa dan masih ingin menikmati kopi, anda boleh meminumnya sejurus selepas sahur. Pastikan anda makan sahur dahulu sebelum meminum kopi.

Jika anda sibuk dan tidak sempat membeli kopi pada waktu pagi, anda boleh memesan kopi menggunakan khidmat penghantaran makanan yang banyak terdapat di bandar-bandar utama di Malaysia.

Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval. Selain dari itu, milo ais restoran ini juga merupakan antara menu yang harus anda cuba. Rasanya tidak seperti milo ais yang anda dapat di kedai-kedai lain. Mungkinkah ada ramuan rahsia yang dimasukkan?

Restoran ini sering menjadi pilihan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya komuniti pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga terletak di bandar Serdang ini.

Jam Operasi Restoran PKS Maju

Restoran ini beroperasi selama 24 jam setiap hari. Walau bagaimana pun, restoran ini mungkin ditutup seketika pada hari Jumaat waktu tengah hari bagi memberi laluan untuk solat Jumaat.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Sistem pesanan dan bayaran

Restoran ini menggunakan sistem kad. Setiap meja akan diberikan satu kad yang mempunyai nombor. Sebarang pesanan akan dicatatkan oleh pelayan melalui tablet. Ini membolehkan pesanan anda dihantar terus kepada tukang masak. Apabila anda ingin membayar, anda hanya perlu membawa kad berkenaan kepada juruwang dan jumlah yang diperlu dibayar akan dipaparkan.