Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19

Wabak penyakit Coronavirus atau juga dikenali dengan nama COVID-19 ialah satu pandemik yang melanda kebanyakan lokasi di seluruh dunia. Lebih separuh daripada penduduk seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan, berkurung atau seumpamanya selama tempoh beberapa bulan. Kesan jangka pendek wabak ini dapat dirasai sekarang. Namun begitu, kesan jangka panjang Coronavirus COVID-19 ini sukar diramal. Dalam artikel ini, kami akan cuba mengupas kesan jangka panjang COVID-19 ini terhadap kita.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 – Politik

Pilihan raya

Kerajaan perlu memperhalusi prosedur operasi piawai (Standard Operating Procedure – SOP) semasa proses pilihan raya.

Majlis-majlis Kerajaan

Untuk jangka masa pendek, majlis keraian atau rasmi kerajaan yang melibatkan ramai orang akan ditangguhkan atau dibatalkan.

Mesyuarat / persidangan kerajaan

Sidang Parlimen perlu diadakan bagi mematuhi peraturan Parlimen. Persidangan diadakan dengan penjarakan sosial. Kebanayak mesyuarat kerajaan yang lain pula diadakan secara maya (virtual).

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Ekonomi

Peningkatan kos operasi perniagaan

Peniaga terpaksa membeli keperluan tambahan seperti pelitup muka (face mask), pembasmi kuman dan memastikan semua pekerja mematuhi Prosedur Operasi Piawai / Standard Operating Procedure (SOP) yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Prestasi Perniagaan Susut

Langkah pencegahan COVID-19 yang diambil boleh menyebabkan prestasi perniagaan susut. Sebagai contoh, jika sesebuah kedai bergantung kepada jumlah pengunjung yang banyak, akibat peraturan untuk penjarakan sosial ini, kedai berkenaan terpaksa menerima masuk jumlah pengunjung yang berkurang berbanding sebelum tularnya wabak penyakit ini.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Sosial

Peningkatan perniagaan secara online (atas talian)

Dengan norma baharu ini, pelbagai jenis perniagaan mula ditawarkan secara online. Walaupun penggunaan perkhidmatan online ini bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan lebih ramai peniaga dan pembeli memanfaatkan platform online untuk tujuan jual beli.

Pendidikan

Sebahagian besar komuniti pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran mereka secara online.

Ikatan Kekeluargaan

Pasangan suami isteri dan juga anak-anak menghabiskan lebih banyak masa bersama. Masa yang diluangkan bersama dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berkualiti untuk membina hubungan kekeluargaan yang lebih utuh.

Walau bagaimanapun, terdapat kerisauan dalam kalangan masyarakat berkenaan meningkatnya kes penderaan dan keganasan rumah tangga, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation / WHO) menerbitkan panduan untuk menghadapi tekanan semasa pandemik COVID-19 ini.

Fenomena Work From Home

Dengan risiko tinggi jangkitan COVID-19 di luar rumah, lebih ramai pekerja Malaysia memanfaatkan peluang PKP ini untuk bekerja dari rumah.

COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu

COVID-19 ialah wabak penyakit berjangkit yang mula dikesan pada hujung tahun 2019. Beberapa bulan kemudian, wabak penyakit ini membuatkan banyak industri lumpuh atau terjejas teruk. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan berkenaan COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu.

COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Pengguna

Amalkan kebersihan diri: Kerap membasuh tangan dengan sabun, menggunakan hand sanitiser sekiranya tidak dapat membasuh tangan

Semak jam operasi: Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kebanyakan kedai mempunyai waktu operasi yang berbeza berbanding sebelum ini. Sila semak dengan peniaga melalui internet atau pengumuman yang diletakkan di luar kedai. Waktu operasi pasar raya semasa PKP

Panduan Peniaga

Pengunjung kedai/pejabat: Pastikan anda mempunyai rekod pengunjung yang datang ke kedai anda.

SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Pastikan anda sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan tepat dari sumber. Dokumen SOP berkenaan mengandungi maklumat penting untuk memastikan anda dapat kembali menjalankan aktiviti perniagaan anda dengan selamat.

MySejahtera Check-in: Anda boleh menggunakan sistem MySejahtera untuk tujuan contact tracing. Dengan menggunakan sistem ini, data pelanggan anda disimpan oleh pihak kerajaan dan anda sendiri tidak dapat mengaksesnya.

MySejahtera Check-in: Maklumat Yang Perlu Diisi
MySejahtera Check-in: Maklumat Yang Perlu Diisi

SELangkah: SELangkah ialah sistem “check-in” yang pantas dan mudah digunakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak penyakit COVID-19. Maklumat lanjut: Laman web SELangkah

Ringkasan berita

26 Mac 2020, 3:08 PM: Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri akan mendermakan gaji mereka ke tabung COVID-19. Sumber: The Star

Masa terbaik minum kopi

Apakah waktu terbaik untuk meminum kopi? Sekiranya anda seorang peminun kopi tegar, pastinya anda pernah tertanya-tanya waktu bilakah sesuai untuk anda meminum kopi. Masa terbaik minum kopi mungkin berbeza-beza mengikut pendapat masing-masing tetapi yang pastinya jarang sekali anda mendengar orang menyarankan kopi diminum sebelum tidur.

Hal ini kerana kopi mengandungi bahan kimia yang dinamakan kafein (caffeine) yang membuatkan badan kita segar. Tidak hairanlah ramai golongan pekerja menjadikan kopi ini sebagai minuman pagi mereka. Selain dari itu, sebuah meta-kajian yang dijalankan terhadap 127 kajian mendapati. Anda boleh membaca artikel daripada laman web Inc yang mengupas lebih lanjut berkenaan meta-kajian yang dijalankan oleh Annual Review of Nutrition.

Bilakah masa terbaik minum kopi?

Kebanyakan pakar menyarankan waktu terbaik untuk minum kopi ialah sekitar jam 9:30 pagi hingga ke 11:30 pagi. Kopi tidak sesuai diminum dalam masa pendek selepas anda bangun kerana ketika itu hormon cortisol berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada kopi, anda disarankan untuk meminum kopi beberapa jam selepas bangun, iaitu apabila tahap cortisol anda menurun. Bacaan lebih lanjut boleh didapati dalam sebuah artikel di laman web Inc ini.

Sekiranya anda suka minum kopi pada waktu petang, anda boleh meminumnya beberapa jam sebelum tidur. Kopi pada waktu petang ini sebaiknya dipilih dari jenis kopi yang dinyahkafein (decaffeinated).

Waktu sesuai meminum kopi pada bulan Ramadan

Sekiranya anda berpuasa dan masih ingin menikmati kopi, anda boleh meminumnya sejurus selepas sahur. Pastikan anda makan sahur dahulu sebelum meminum kopi.

Jika anda sibuk dan tidak sempat membeli kopi pada waktu pagi, anda boleh memesan kopi menggunakan khidmat penghantaran makanan yang banyak terdapat di bandar-bandar utama di Malaysia.