iPad

Apple iPad

iPad ialah tablet mudah alih yang keluaran syarikat Apple. Seperti peranti-peranti Apple yang lain, tablet ini hanya menggunakan sistem operasi yang dibangunkan dan diuruskan oleh Apple sendiri, iaitu iOS dan iPadOS.

Kegunaan iPad

Penerbangan

Syarikat-syarikat penerbangan di serata dunia mula melihat iPad sebagai satu alternatif yang jauh lebih baik berbanding komputer riba. Apabila melakukan penerbangan, terdapat banyak tugasan bersifat administratif yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ramalan cuaca, senarai krew penerbangan, jam penerbangan dan banyak lagi. Semua ini memerlukan persediaan rapi, terutamanya untuk rujukan juruterbang.

Syarikat Singapore Airlines mula melihat iPad sebagai penyelesai masalah sejak tahun 2015 lagi. Mereka menggunakan dua aplikasi yang dibangunkan khas untuk tujuan ini – iaitu FlyNow dan Roster. Berbeza dengan versi dahulunya, kedua-dua aplikasi ini kini didatangkan dengan Touch ID. Teknologi Touch ID ini membuatkan proses log masuk dan pengesahan lebih selamat. Selain dari itu, tugasan juruterbang lebih mudah kerana mereka tidak perlu membawa peranti two-factor authentication.

Kebanyakan juruterbang bersifat regimental, mereka inginkan struktur dan prosedur yang jelas. Oleh itu, apabila aplikasi-aplikasi ini dibangunkan, sifat mesra pengguna itu dititik beratkan. Sebagai contoh, mana-mana elemen dalam aplikasi yang berwarna kuning adalah bersifat interaktif dan boleh disentuh.

Maklumat lanjut: iPads for pilots take the pain out of prepwork – CNN

Perubatan

Umum mengetahui, terdapat banyak potensi dalam penggunaan iPad di bidang perubatan. Untuk memudahkan pembacaan, kami ingin kongsikan beberapa kegunaan tablet ini dalam bidang perubatan.

Maklum balas pelanggan

Antara kegunaan popular tablet ialah untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan. Sifatnya yang kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana dilihat sebagai lebih mesra pengguna. Berbeza dengan borang biasa yang memerlukan pelanggan untuk mengisi, sifat tablet yang lebih interaktif mampu memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

Memberi maklumat

Terdapat hospital yang membangunkan aplikasi mudah alih sendiri untuk memberi maklumat penting berkenaan mereka kepada para pelanggan. Antara maklumat penting yang boleh dikongsi ialah masa menunggu untuk bilik kecemasan, maklumat perhubungan, nombor telefon penting untuk dihubungi, dan maklumat semasa yang lain berkenaan hospital tersebut. Selain dari itu, pesakit yang disahkan identitinya boleh log masuk ke dalam sistem berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dirinya. Ini termasuklah maklumat ubat yang diberi, maklumat insurans dan maklumat peribadi yang disimpan oleh pihak hospital.

Menghubungkan doktor dan pesakit

Sifat tablet yang mudah dibawa ke mana-mana dan mesra pengguna membuatkannya menjadi pilihan popular untuk para doktor. Para doktor boleh memuat naik maklumat penting berkenaan pesakit melalui komputer masing-masing. Kemudiannya, para doktor berkenaan boleh merujuk maklumat yang telah dimuat naik melalui tablet mereka. Begitu juga dengan pesakit, mereka boleh mendapatkan maklumat penting daripada doktor mereka dengan terus dan cepat. Selain dari itu, cara interaksi seperti menggunakan chat juga dilihat sebagai satu pilihan yang tepat kerana pesakit tidak lagi perlu menunggu lama untuk balasan mesej seperti waktu menggunakan e-mel tidak lama dahulu.

Maklumat lanjut: Five ways hospitals are using the iPad tulisan Brandon Glenn, MedCity News

Kekangan dan cabaran

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan, terdapat juga beberapa kekangan atau cabaran dalam menggunakan tablet ini dalam bidang perubatan.

Kecurian: Saiz dan reka bentuk tablet ini yang ringan dan mudah alih membuatkannya senang untuk dicuri. Untuk mengatasi masalah ini, tablet tersebut boleh dilindungi menggunakan mount.

Ketahanan fizikal: Apabila tablet senang dibawa ke sana ke mari, masalah yang timbul ialah ketahanan tablet itu sendiri. Penggunaan case yang tebal dan besar mungkin akan membuatkan tablet itu sendiri tidak lagi bersifat mudah alih. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan perlu memikirkan imbangan yang baik antara mudahnya penggunaan dan juga keselamatan tablet itu sendiri.

Pencemaran virus dan bakteria: Penggunaan tablet yang dikongsi dan berbilang pengguna ini mendedahkan semua orang dengan ancaman virus dan bakteria. Apatah lagi dari hospital. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh setiap institut perubatan untuk memastikan tablet yang dimiliki tidak menjadi ancaman kesihatan untuk penggunanya.

Maklumat lanjut: Common Concerns of Using iPads in Hospitals, Hatchmed, 5 Jun 2017

Restoran

Ambil pesanan: Sebilangan besar restoran sudah pun menggunakan iPad sebagai alat untuk memesan makanan. Jika kita lihat rangkaian restoran Sakae Sushi, anda boleh memesan makanan melalui peranti iPad yang diletakkan di setiap meja. Pesanan anda akan terus dihantar kepada dapur apabila anda selesai memesan dan membuat pengesahan untuk pesanan anda. Sistem pengambilan pesanan seperti ini dapat menjimatkan masa pekerja dan mengurangkan potensi kesilapan manusia (human error) ketika proses mengambil pesanan daripada pelanggan.

Kaunter bayaran: Di Malaysia, terdapat beberapa pembangun perisian tempatan mengorak langkah dalam membangunkan sistem Point of Sale (POS) yang mesra pengguna dari segi harga dan juga keadaan industri semasa di Malaysia. Salah satu sistem POS untuk tablet yang popular di Malaysia ialah Slurp yang dibangunkan oleh Terato Tech. Selain dari itu, sistem POS tablet juga memudahkan proses terimaan bayaran.

Maklumat lanjut: Sakae Sushi places iPad to take orders – Staff Writer, Marketing Interactive, 29 Ogos 2011.

Perhotelan

Sebilangan hotel memberi peranti ini kepada pelanggan mereka sebagai ganti kepada perkhidmatan “butler”. Mereka menggelarnya “digital butler”.

Risiko keselamatan: Sebuah artikel di laman Wired menerangkan bahawa walaupun sistem kawalan seperti ini mudah, namun terdapat ancaman keselamatan padanya. Sebagai contoh, jika protokol sambungan data yang digunakan itu tidak selamat atau tidak disulitkan (encrypt), penggodam dapat menggodam masuk ke dalam sistem. Ancaman keselamatan wujud kerana penggodam mendapat tahap akses yang tidak disangka-sangka.

Sebagai contoh, Kim Zetter menulis dalam laman web WIRED bahawa protokol KNX yang digunakan oleh St Regis untuk pengurusan peranti pintar mereka adalah tidak selamat dan terdedah kepada penggodam yang berniat jahat. Pihak St Regis telah dimaklumkan dan mengambil tindakan yang perlu bagi menutup kelemahan keselamatan tersebut.

Maklumat lanjut: Here’s How Easy It Could Be for Hackers to Control Your Hotel Room – Kim Zetter, WIRED, 17 Julai 2014.

Rumah Pintar (Smart Home)

Apple menyedari akan inovasi rumah pintar pada masa hadapan. Bermula daripada iOS 8, Apple telah menyertakan Homekit untuk pembangun perisian membuat gabungan yang harmoni antara peranti Apple dan peranti pintar yang lain di rumah.

Dalam sesebuah rumah pintar, anda boleh menggunakan peranti Apple untuk mengawal berbilang komponen dalam rumah tersebut. Ini termasuklah lampu, sistem audio, kunci pintu, garaj, tingkap dan lain-lain peranti lagi.

Peranti-peranti pintar ini berkomunikasi menggunakan protokol Wi-Fi dan Bluetooth. Peranti seperti iPad sememangnya sesuai untuk dijadikan peranti untuk mengawal sebilangan besar peranti pintar di dalam rumah. Jika anda di luar rumah pula, pastinya iPhone menjadi pilihan kerana fizikalnya yang lebih mudah alih.

Senarai iPad keluaran Apple

iPad (generasi pertama)

iPad 2

iPad (generasi ketiga)

iPad (generasi keempat)

iPad Air

iPad Air 2

iPad (2017) – dilancarkan pada tahun 2017

iPad (2018) – dilancarkan pada 27 Mac 2017 semasa Apple Special Event di Chicago. Di Amerika Syarikat, iPad model ini dijual pada harga USD 299, USD 30 lebih murah berbanding model tahun sebelumnya.

iPad (2018) ialah sebuah komputer tablet yang dilancarkan oleh Apple dalam satu acara di Chicago pada 27 Mac 2018.

Antara kemas kini yang ketara pada model tahun ini berbanding tahun sebelumnya ialah penggunaan pemproses yang baharu, iaitu Apple A10 Fusion. Model sebelumnya menggunakan Apple A9. Walau bagaimanapun, pemproses yang digunakan tidak sepantas pemproses A11 Bionic yang digunakan dalam iPhone 8 dan iPhone X.

Selain dari itu, iPad model terbaru ini juga boleh digunakan bersama-sama Apple Pencil. Untuk model tahun-tahun sebelumnya, Apple Pencil hanya boleh digunakan untuk iPad Pro sahaja.

iPad Mini

iPad Mini mempunyai skrin yang lebih kecil berbanding iPad 9.7 inci.

iPad Mini (generasi pertama)

iPad Mini 2

iPad Mini 3

iPad Mini 4

iPad Pro

iPad Pro memiliki beberapa ciri tambahan berbanding model biasa. Sehingga kini, terdapat empat generasi dalam iPad Pro.

iPad Pro generasi pertama – 9.7″ dan 12.9″ (2016)

Maklumat lanjut akan datang

iPad Pro generasi kedua – 10.5″ dan 12.9″ (2017)

Maklumat lanjut akan datang

iPad Pro generasi ketiga – 11″ dan 12.9″ (2018)

Maklumat lanjut akan datang

iPad Pro generasi keempat – 11″ dan 12.9″ (2019)

Maklumat lanjut akan datang

iPad Pro generasi kelima – 11″ dan 12.0″ (2020)

Pada 18 Mac 2020, Apple telah melancarkan tablet terbarunya. Harganya bermula dari USD 799 untuk model 11 inci manakala model 12 inci pula bermula daripada USD 949 (sambungan Wi-Fi dan kapasiti storan 128 GB).

Model ini datangkan dengan pemproses A12Z Bionic. Sememangnya sudah djangka. Dari segi kamera, tablet terbaru Apple ini dilengkapi dengan kamera LIDAR. Kamera LIDAR ini membolehkannya mengukur jarak objek di hadapannya. Digabungkan dengan kamera sedia ada, tablet ini mempunyai keupayaan baru untuk pemprosesan Augmented Reality (AR). Dari segi storan pula, anda boleh memilih model sehingga 1 TB.

Sumber

  1. iPad – Wikipedia