iCloud

Apple Store Fifth Avenue

iCloud ialah perkhidmatan storan atas talian daripada Apple.

Kelebihan iCloud

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda dapat melaksanakan backup daripada peranti Apple anda seperti iPhone, iPad ataupun Macbook kepada storan atas talian (online/cloud storage).

iPhone/iPad: Jika anda ingin melakukan device backup secara online menggunakan storan cloud, pilihan yang ada untuk anda cuma melalui iCloud.

Macbook: Pengguna Macbook juga boleh meletakkan sebilangan fail mereka dalam storan cloud. Ini boleh menjimatkan penggunaan storan komputer mereka.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu menggunakan storan cloud, anda boleh melaksanakan device backup melalui perisian iTunes. Perisian iTunes terdapat untuk Microsoft Windows dan juga Mac.

iCloud Percuma

Semua pengguna peranti Apple dapat menikmati 5 GB storan iCloud secara percuma. Storan ini boleh digunakan untuk tujuan meletakkan dokumen dalam iCloud Drive dan juga backup untuk peranti Apple anda.

Kapasiti Lebih dengan Bayaran Lebih

Jika anda memerlukan lebih daripada 5 GB, anda boleh melanggan pelan berbayar iCloud.

50 GB: RM 3.90 sebulan

200 GB: RM 11.90 sebulan

2 TB: RM 39.90 sebulan

Kaedah bayaran pula ialah melalui kad kredit/debit, Touch N Go eWallet ataupun bayaran secara terus melalui syarikat telekomunikasi masing-masing. Untuk bayaran kepada syarikat telekomunikasi, selepas pengesahan, anda akan membayar untuk perkhidmatan iCloud terus melalui syarikat telekomunikasi anda melalui bil telefon.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

iCloud Drive

Anda boleh mengakses iCloud Drive melalui aplikasi Windows, secara terus melalui peranti Apple ataupun mana-mana pelayar web melalui alamat https://www.icloud.com.

Perbandingan Dengan Perkhidmatan Storan Cloud Yang Lain

Jika nak dibandingkan dengan perkhidmatan storan cloud yang lain, kami berpendapat lebih baik untuk anda mendapatkan storan cloud seperti Google Drive untuk integrasi yang lebih baik dengan produk-produk Google ataupun Microsoft Onedrive untuk integrasi yang lebih baik dengan produk-produk Microsoft. Selain dari itu, jika anda menggunakan Office 365 Personal atau Home, anda juga boleh mendapatkan 1 TB storan untuk Onedrive.