Apple Event

Apple Store Fifth Avenue

Laman ini memuatkan senarai program Apple Event yang dianjurkan oleh Apple. Dalam program ini, biasanya Apple memperkenalkan produk dan perkhidmatan terbaru mereka. Undangan ke program ini biasanya penuh dengan kerahsiaan, tujuannya untuk memberikan rasa teruja kepada pihak media dan pelanggan.

Macworld Expo – 9 Januari 2007

Macworld Expo merupakan antara program Apple paling bersejarah. Program ini menyaksikan pelancaran iPhone yang pertama oleh Apple. Telefon pintar ini direka bentuk untuk menggabungkan fungsi pemain muzik (iPod), pelayar internet (Safari) dan telefon.

Apple Special Event – 27 Mac 2018

Program ini dianjurkan oleh Apple di Lane Technical College Prep High School, Chicago. Dalam acara ini, Apple telah melancarkan iPad (2018).

Apple Event Mac 2020

Program ini pada asalnya akan diadakan oleh Apple pada bulan Mac 2020. Walau bagaimanapun, dengan penularan wabak COVID-19 dan perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak berkuasa kebanyakan negara, Apple akur dengan kehendak pihak berkuasa dan masyarakat.

Memandangkan biasanya terdapat juga pelancaran produk semasa program ini, Apple tidak ketinggalan untuk melancarkan produk mereka pada bulan Mac 2020. Walaupun tiada program khusus untuk pelancaran, Apple melancarkan produk-produk terbaru mereka secara terus di laman web mereka.

Apple Event September 2020

Sehingga April 2020, belum ada maklumat lanjut berkenaan program ini. Dengan penularan wabak COVID-19, Apple dijangka akan menangguhkan pelancaran iPhone model terbaru pada tahun 2020 bagi membolehkan proses penyelidikan dan penghasilan produk menjadi lebih lancar.

Konsep Terbaru Pelancaran Produk

Konsep yang diketengahkan oleh Apple ini kian mendapat tempat dalam komuniti penggiat industri. Syarikat-syarikat lain seperti Samsung dan Huawei juga hadir dengan konsep yang serupa dalam program pelancaran produk mereka.