Mengenai kami (about us)

Kuala Lumpur 2016-12-03 19.22.38

DX ialah sebuah laman web berbahasa Melayu yang menyajikan maklumat menarik untuk dikongsi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kami memaparkan maklumat yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, terutamanya yang cintakan ilmu pengetahuan dan ingin mencari maklumat yang dapat membantu mereka. Berikut kami paparkan sedikit maklumat mengenai kami.

Visi

Menjadi tempat rujukan utama dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tempat dan juga perkhidmatan berkaitan kerajaan tempatan menjelang tahun 2025.

Misi

Menyediakan maklumat yang tepat dan padat untuk rujukan pengguna.

Objektif

  1. Menyenaraikan jadual pasar malam / sehari bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui Pasar DX.
  2. Menyenaraikan jadual kutipan sisa pepejal bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  3. Menyenaraikan maklumat pembayaran saman bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  4. Memuatkan cerita-cerita berfaedah dan menarik daripada orang ramai untuk dikongsi bersama
  5. Memuatkan panduan penting untuk orang ramai seperti pusat beli belah, restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan.

Sejarah

DX bermula dengan sebulah laman web yang dikenali dengan nama Bijak Apple. Bijak Apple telah dibuka untuk akses pada 4 September 2017. Pada 13 Jun 2019, Bijak Apple telah diserap masuk dalam PBTku. Pada 19 Mac 2020, laman PBTku dipindahkan ke DX sebagai langkah untuk menyatukan bahan bacaan berbahasa Melayu yang bermutu.

Oleh kerana sudah banyak laman web lain yang menyediakan kandungan bersifat berita atau perkara-perkara tular, kami ingin menyediakan kandungan yang menyasarkan golongan pengguna. Kami percaya dengan penulisan kandungan mengenai kehidupan dan panduan pengguna kami, pengunjung DX akan mendapat manfaatnya apabila melayari laman ini.

Untuk maklumat sektor pengangkutan, anda boleh melawat LANDASAN.