Trending Sekarang – Google Meet

9 Jun 2020 – “Google Meet” menjadi kata kunci No. 1 dalam enjin carian Google pada hari ini. Mari kita sama-sama mencari sebab kenapa kata kunci trending sekarang – Google Meet.

Google Meet ialah satu perisian komunikasi video daripada syarikat Google. Google Meet ini telah berada di pasaran sejak tahun 2017 lagi. Pelancaran formalnya diadakan pada bulan Mac 2017.

Kenapa Trending Sekarang – Google Meet?

Kata kunci Google Meet ini menjadi trending kerana ramai pengguna internet di Malaysia ingin tahu lebih lanjut berkenaan Google Meet. Perisian ini mempunyai beberapa ciri-ciri menarik yang membuatkannya sesuai digunakan dalam pelbagai sektor pekerjaan dan pendidikan. Selain daripada itu, Google Meet juga sesuai digunakan oleh ahli keluarga untuk kekal berhubung.

Dalam amalan norma baharu sekarang, perjumpaan atau perbincangan secara bersemuka (face to face) tidak digalakkan. Oleh itu, penyelesaian (solution) berupa alat atau perisian perbincangan video menjadi buruan pelbagai lapisan pengguna.

Pandemik COVID-19 menjadi faktor utama tercetusnya pelbagai norma baharu dan norma baharu ini dijangka mempunyai kesan jangka panjang terhadap cara ahli masyarakat menjalani kehidupan seharian mereka.

Baca selanjutnya: Kesan jangka panjang COVID-19

Ciri-ciri menarik Google Meet

  • Google Meet terdapat dalam platform iOS dan Android.
  • Integrasi mudah dengan aplikasi-aplikasi Google yang lain
  • Setiap peserta mesti mempunyai akaun Google (untuk penggunaan percuma)
  • Penggunaan encryption
  • Perkongsian skrin (screen sharing) untuk tayangan dokumen, spreadsheet dan presentation

Akaun Percuma Google Meet

Sebagai respons kepada krisis pandemik COVID-19, Google mula menawarkan beberapa fungsi berbayar Google Meet secara percuma kepada para pengguna.

Populariti Google Meet Dalam Kalangan Pengguna

Google Meet menjadi sangat popular dalam kalangan pengguna walaupun perkhidmatan ini hanya diberikan secara percuma baru-baru ini. Statistik menunjukkan jumlah pengguna Google Meet mencapai 100 juta pengguna harian pada penghujung bulan April. Pesaingnya, Zoom pula hanya mempunyai 200 juta pengguna harian.

Persoalan: Aplikasi Zoom Selamat Atau Tidak?

Dengan terdapatnya keperluan mendesak untuk mengadakan pertemuan dan mesyuarat secara maya di tempat kerja, tidak hairanlah Google Meet dicari-cari oleh komuniti pekerja dan juga pelajar di Malaysia.

Sudah memuat turun (download) Google Meet? Ikuti tutorial mudah ini daripada Cikgu Nurul Channel dalam YouTube untuk mempelajari cara-cara menggunakan Google Meet.

Tutorial Guna Google Meet

Sumber

  1. Laman web rasmi Google Meet

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.