Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19

Wabak penyakit Coronavirus atau juga dikenali dengan nama COVID-19 ialah satu pandemik yang melanda kebanyakan lokasi di seluruh dunia. Lebih separuh daripada penduduk seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan, berkurung atau seumpamanya selama tempoh beberapa bulan. Kesan jangka pendek wabak ini dapat dirasai sekarang. Namun begitu, kesan jangka panjang Coronavirus COVID-19 ini sukar diramal. Dalam artikel ini, kami akan cuba mengupas kesan jangka panjang COVID-19 ini terhadap kita.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 – Politik

Pilihan raya

Kerajaan perlu memperhalusi prosedur operasi piawai (Standard Operating Procedure – SOP) semasa proses pilihan raya.

Majlis-majlis Kerajaan

Untuk jangka masa pendek, majlis keraian atau rasmi kerajaan yang melibatkan ramai orang akan ditangguhkan atau dibatalkan.

Mesyuarat / persidangan kerajaan

Sidang Parlimen perlu diadakan bagi mematuhi peraturan Parlimen. Persidangan diadakan dengan penjarakan sosial. Kebanayak mesyuarat kerajaan yang lain pula diadakan secara maya (virtual).

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Ekonomi

Peningkatan kos operasi perniagaan

Peniaga terpaksa membeli keperluan tambahan seperti pelitup muka (face mask), pembasmi kuman dan memastikan semua pekerja mematuhi Prosedur Operasi Piawai / Standard Operating Procedure (SOP) yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Prestasi Perniagaan Susut

Langkah pencegahan COVID-19 yang diambil boleh menyebabkan prestasi perniagaan susut. Sebagai contoh, jika sesebuah kedai bergantung kepada jumlah pengunjung yang banyak, akibat peraturan untuk penjarakan sosial ini, kedai berkenaan terpaksa menerima masuk jumlah pengunjung yang berkurang berbanding sebelum tularnya wabak penyakit ini.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Sosial

Peningkatan perniagaan secara online (atas talian)

Dengan norma baharu ini, pelbagai jenis perniagaan mula ditawarkan secara online. Walaupun penggunaan perkhidmatan online ini bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan lebih ramai peniaga dan pembeli memanfaatkan platform online untuk tujuan jual beli.

Pendidikan

Sebahagian besar komuniti pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran mereka secara online.

Ikatan Kekeluargaan

Pasangan suami isteri dan juga anak-anak menghabiskan lebih banyak masa bersama. Masa yang diluangkan bersama dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berkualiti untuk membina hubungan kekeluargaan yang lebih utuh.

Walau bagaimanapun, terdapat kerisauan dalam kalangan masyarakat berkenaan meningkatnya kes penderaan dan keganasan rumah tangga, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation / WHO) menerbitkan panduan untuk menghadapi tekanan semasa pandemik COVID-19 ini.

Fenomena Work From Home

Dengan risiko tinggi jangkitan COVID-19 di luar rumah, lebih ramai pekerja Malaysia memanfaatkan peluang PKP ini untuk bekerja dari rumah.

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.