Apa Itu Sohor Kini

person using laptop computer during daytime

Apa itu Sohor Kini? Sohor kini ialah istilah teknologi berbahasa Melayu bagi perkataan “trending” dalam bahasa Inggeris.

Frasa ini berasal daripada perkataan sohor yang bermaksud “terkenal” dan masyhur manakala kini pula membawa maksud “sekarang ini” atau “masa ini”. Sohor kini membawa maksud terkenal pada masa sekarang, atau “trending” dalam Bahasa Inggeris.

Penggunaan Istilah Sohor Kini

Istilah sohor kini (trending) ini sering kali digunakan dalam media sosial untuk memberi bayangan kandungan (content) yang digunakan (consumed) oleh sebilangan besar penggunanya.

Sebagai contoh, semasa penularan wabak Coronavirus COVID-19, antara kata kunci yang sohor kini dalam enjin carian Google ialah carian berkaitan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi pasar raya dan juga apakah itu covid-19.

Selain daripada penggunaan untuk analisis, maklumat kata kunci sohor kini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti minat pengguna dan dapat diterjemahkan kepada ramalan “consumption trend” komuniti pengguna berkenaan. Sebagai contoh, jika terdapat banyak carian “teh boba halal” daripada penduduk di satu tempat, carian sohor kini itu memberi gambaran terdapat wujudnya permintaan (demand) untuk produk teh boba halal di kawasan berkenaan.

Apa Itu Sohor Kini, soalan biasa bagi pengguna media sosial

Media sosial seperti Twitter ada memaparkan maklumat kata kunci sohor kini (trending keyword) untuk para penggunanya. Untuk pengguna, maklumat sohor kini boleh digunakan untuk mendapatkan berita terbaru yang popular di lokasi yang dipilih.

Sohor Kini untuk Pemasaran Media Sosial (Social Media Marketing)

Social Media Marketing atau juga dikenali sebagai SMM memanfaatkan maklumat sohor kini yang terdapat dalam media sosial untuk mengenal pasti “trend” carian pengguna media sosial. Kemudiannya, strategi pemasaran dapat diatur dan kempen pengiklanan atau penjualan produk/perkhidmatan dapat dilaksanakan.

Dengan pengetahuan dan kemahiran SMM yang mencukupi, peniaga dapat mengoptimumkan kos pemasaran mereka, terutamanya apabila menggunakan media sosial. Berbeza dengan pemasaran menggunakan kaedah lain, pemasaran menggunakan media sosial mempunyai alat-alat yang berguna untuk tujuan analisis data. Analisis data yang dibuat dengan bijak membolehkan anda membuat “targeting” iklan anda kepada golongan sasaran yang lebih kecil skopnya.

Sumber

  1. Carian umum – “Sohor” – Laman PRPM, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.