Waktu Operasi Mid Valley Megamall Semasa PKP / MCO

Aktiviti Derma Darah di Mid Valley Megamall (PKP)

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Mid Valley Megamall semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

Following the Prime Minister’s announcement regarding the extension to the Movement Control Order, the mall will remain accessible to the public in order to provide essential services to the community, such as pharmacies, supermarkets, F&B stores with delivery and takeaway services (no dine-in), bakeries, convenience stores, optical stores, money changers, banks, ATMs and other essential services until 28 April 2020.

We encourage all our shoppers to take care and stay safe. We remain dedicated to ensuring the cleanlinessand safety of all our patrons.

Management of Mid Valley Megamall
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) - Bahagian 1
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) – Bahagian 1
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) - Bahagian 2
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) – Bahagian 2

Waktu Operasi Mid Valley Megamall Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini. Semua kedai yang dibenarkan beroperasi akan ditutup pada jam 8:00 malam (sehingga PKP tamat).

Maklumat Tambahan

Pusat Darah Negara (PDN) dan St. John Ambulans Malaysia menganjurkan kempen derma darah di aras bawah (Ground Floor) pada 18 April 2020 hingga 28 April 2020, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Aktiviti Derma Darah di Mid Valley Megamall (PKP)
Aktiviti Derma Darah di Mid Valley Megamall (PKP)

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: +(603) 2938 3333

Laman web (https://www.midvalley.com.my/contact/talk-to-us/): Pelanggan juga boleh menghubungi pihak pengurusan melalui pautan di laman web yang disediakan.

Alamat e-mel: tiada untuk khidmat pelanggan

Laman Facebook (https://web.facebook.com/mymidvalleymegamall): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 489,000 pengikut. Pengumuman dan maklumat juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/midvalleymegamall/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 9,500 pengikut dengan 317 kiriman setakat bulan April 2020.

Laman Youtube (tiada): Pusat beli belah ini tidak mempunyai laman YouTube.

Laman TripAdvisor: Mereka mempunyai laman Trip Advisor dengan 987 reviu. Rating yang diberikan ialah 4.0 daripada 5.0.

Maklumat Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat beli belah ini dibuka pada 20 November 1999 (fasa pertama). Fasa kedua pula dibuka pada 26 September 2007. The Gardens Mall yang terletak bersebelahannya merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua pusat beli belah ini.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 23 April 2020, PKP sudah memasuki fasa ketiga. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.