Aplikasi Zoom Selamat Atau Tidak?

Pandemik COVID-19 mencetuskan pelbagai keadaan tidak terduga kepada orang ramai. Apabila hampir separuh daripada penduduk dunia terlibat dengan suatu bentuk kawalan pergerakan oleh kerajaan negara masing-masing, terdapat satu keperluan yang mendesak untuk majikan dan pekerja meneruskan rutin pekerjaan mereka. Rutin ini masih diteruskan oleh kebanyakan syarikat dengan membenarkan pekerja bekerja dari rumah (work from home). Dalam artikel ini, kami ingin mengupas persoalan berkenaan aplikasi popular ini. Aplikasi Zoom Selamat Atau Tidak? Mari teliti huraian kami.

Apa itu Zoom?

Zoom ialah perisian remote conferencing yang membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain melalui video, audio dan chat. Syarikat pembangunnya berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ciri-ciri menarik pada Zoom

Mudah untuk digunakan: Untuk mendaftar menjadi pengguna Zoom, anda hanya perlu memasukkan alamat e-mel dan kata laluan. Selain dari itu, jika anda mendapat jemputan untuk sesi Zoom, anda hanya perlu mengikut arahan yang disediakan, muat turun perisian dengan beberapa klik dan anda terus boleh menyertai sesi Zoom yang sedang berjalan. Selain dari itu, anda juga boleh mengakses Zoom menggunakan aplikasi mudah alih dalam platform iOS dan Android yang boleh dimuat turun dengan percuma.

Boleh digunakan secara percuma: Pelan percuma membolehkan anda mengadakan sesi Zoom sehingga 40 minit bersama 100 peserta (maksimum). Jika anda inginkan jumlah peserta yang lebih, masa sesi melebihi 40 minit, fungsi rakaman dalam cloud, anda perlu melanggan pelan berbayar. Walau bagaimanapun, pelan percuma sudah memadai untuk sebilangan besar daripada kita.

Struktur harga yang mudah difahami: Laman web Zoom ada menerangkan perbezaan harga dan spesifikasi setiap pelan. Pendekatan sevegini memudahkan pengguna, terutamanya syarikat kecil dan sederhana yang inginkan penyelesaian teknologi yang boleh digunakan untuk program Work From Home mereka.

Integrasi dengan sistem lain: Zoom menawarkan integrasi mudah dengan produk lain seperti browser extension dan pemalam untuk Microsoft Outlook, Microsoft Lync.

Ancaman keselamatan setakat ini

Akibat daripada pandemik COVID-19, pihak sekolah di kebanyakan lokasi di seluruh dunia mengalami tekanan untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Di Amerika Syarikat misalnya, antara awal tahun 2020 sehingga pertengahan bulan Mac 2020, penggunaan Zoom untuk tujuan mengadakan kelas meningkat sebanyak 67%. Selain dari itu, purata pengguna harian platform Zoom pula meningkat daripada 10 juta (Disember 2019) sehingga 200 juta (Mac 2020).

Lewat bulan Mac 2020, kebanyakan media di seluruh dunia melaporkan wujud elemen yang tidak diingini dalam platform Zoom. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah berkongsi video jelik dan rakaman suara komen bersifat rasis dan menggunakan perkataan yang tidak baik. Golongan pensabotaj ini akan menyertai mana-mana sesi Zoom yang tidak dilindungi oleh kata laluan (password) dan berkongsi video atau audio mereka dengan semua orang lain yang hadir.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini dinamakan “Zoombombing”. Antara institusi yang menjadi mangsa ialah University of Southern California di Amerika Syarikat.

Maklumat lanjut berkenaan perkembangan isu keselamatan data pihak Zoom boleh didapati di laman web Tom’s Guide.

Reaksi pihak Zoom

Pihak Zoom telah menerangkan bahawa terdapat beberapa tetapan yang boleh dipilih untuk meningkatkan tahap keselamatan sesi Zoom yang diadakan. Tetapan ini yang sering diambil enteng para pengguna menyebabkan pensabotaj dapat mengambil kesempatan lalu mencetuskan keadaan yang tidak selesa kepada semua yang hadir dalam sesi Zoom berkenaan.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Zoom ada 1 April 2020, Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutifnya menyatakan bahawa dalam tempoh 90 hari berikutnya, tiada ciri baru akan diperkenalkan. Pihak Zoom akan memberi komitment penuh bagi memastikan isu kepercayaan, keselamatan dan privasi diutamakan dan diselesaikan.

We have been deeply upset to hear about the incidents involving this type of attack. For those hosting large, public group meetings, we strongly encourage hosts to change their settings so that only they can share their screen. For those hosting private meetings, password protections are on by default and we recommend that users keep those protections on to prevent uninvited users from joining.

Zoom Video Communications Inc.

Konklusi: Aplikasi Zoom Selamat Atau Tidak?

Dengan beberapa langkah pencegahan dan mitigasi yang dilaksanakan oleh syarikat Zoom, anda tidak sepatutnya berasa terancam dengan penggunaan Zoom. Dengan beberapa pembaharuan dan pengukuhan yang diperkenalkan oleh Zoom, platform tersebut kini lebih selamat untuk digunakan.

Tingkatkan tahap keselamatan “Meeting” anda: Pastikan anda set “meeting password” dan pastikan video untuk host dan participants diset kepada On atau Off mengikut keperluan.

Sebaiknya, jika ada penyelesaian atau perisian lain yang lebih diyakini tahap keselamatannya, gunakanlah penyelesaian atau perisian tersebut. Contohnya seperti Microsoft Teams atau Microsoft Lync.

Untuk sebahagian besar pengguna atau warga kerja yang tidak melanggan Microsoft Office 365, Zoom masih lagi sebuah penyelesaian yang elok untuk anda. Dengan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka, tahap keselamatan data anda dengan Zoom kini lebih terjamin.

Pastikan anda mematuhi langkah-langkah penjagaan privasi dan keselamatan anda dan tidak mendedahkan maklumat sulit selagi tidak perlu.

Tingkatkan keselamatan data anda

Lindungi kata laluan (password) anda: Sekiranya anda menggunakan password bagi mengakses apa-apa laman web atau aplikasi, pastikan frasa yang dipilih selamat dan password anda disimpan dengan rapi. Sebaiknya, anda perlu mengingat password anda. Jika anda sukar mengingat password bagi kesemua laman web yang dilawati, anda boleh menggunakan perisian seperti LastPass. Baca lagi: Tips Keselamatan Kata Laluan, Apa Itu LastPass

Pastikan Sistem Operasi (Operating System, OS) anda selamat: Terdapat banyak perkara yang membolehkan sistem anda diceroboh. Oleh itu, penting untuk anda pastikan OS anda sentiasa dalam berkeadaan baik. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Windows Update dan memastikan perisian lain sentiasa dikemas kini. Selain dari itu, pastikan Windows anda tidak ada cacat cela pada fail-fail yang penting. Baca lagi: [ Tips Windows ] Baiki Error Windows

Sumber

  1. ‘Zoombombing’ disrupts online classes at University of Southern California – Nick Anderson, The Washington Post, 26 Mac 2020
  2. Zoom Grapples With Security Flaws That Sour Users on App – Alyza Sebenius dan Kartikay Mehrotra, Bloomberg.com, 3 April 2020
  3. Coronavirus: Is Zoom safe and should security teams ban it? – Alex Scroxton, ComputerWeekly.com, 2 April 2020
  4. Thousands of private Zoom video recordings exposed online – Angelin Yeoh, The Star, 6 April 2020
  5. A Message to Our Users – Eric S. Yuan, Zoom Blog, 1 April 2020

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.