Komputer Lebih Laju dengan SSD

Intel SSD

Adakah anda mengalami masalah loading dengan sangat perlahan? Pastinya anda inginkan komputer lebih laju. Contohnya anda ingin “multitasking” seperti menonton video Youtube dan menggunakan perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office 365, komputer anda akan menjadi lebih lambat dan kurang responsif. Jadi, jika anda inginkan komputer lebih laju dengan bajet yang lebih mesra rakyat, kami ingin mencadangkan untuk anda upgrade storan anda daripada hard disk drive (HDD) kepada solid state drive (SSD).

Kebanyakan komputer lama yang sudah berusia mengalami masalah kelajuan kerana banyak fail yang perlu diakses pada satu masa yang sama. Teknologi HDD menyebabkan fail-fail yang diperlukan tidak semestinya terletak bersebelahan satu sama lain. Oleh itu, keadaan sistem yang perlahan ini memang sangat dirasai, terutamanya apabila anda menggunakan komputer lama.

Komputer lebih laju dengan SSD? Betul ke?

Jawapan pendek: Betul.

Jawapan panjang: SSD mempunyai beberapa kelebihan berbanding HDD. Antaranya ialah SSD tidak mempunyai komponen bergerak (moving parts) dan lebih menjimatkan kuasa. Ketiadaan moving parts dalam SSD membolehkannya mencapai kelajuan sequential read/write yang tinggi. Selain dari itu, kelajuan capaian data secara rawak (random access) juga jauh lebih tinggi berbanding HDD.

Mari tonton video di bawah sebentar untuk penerangan lebih lanjut berkenaan SSD:

Tukar HDD di komputer anda kepada SSD

Jika anda sudah yakin dengan kelebihan yang ada pada SSD, boleh teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara-cara menukar HDD anda kepada SSD.

Langkah 1: Kenal pasti storan sekarang dan SSD yang diperlukan

Pengguna Windows 10: Jika anda menggunakan tool “Defragment and Optimize Drives”, anda dapat melihat jenis computer drive anda, sama ada jenis Hard Disk Drive ataupun Solid State Drive.

Drive yang patut anda beri perhatian ialah Drive C kerana di drive inilah terletaknya fail-fail Windows anda dan kebanyakan program. Oleh itu, jika Drive C anda terletak pada Hard Disk Drive, maknanya bootup drive anda ialah HDD. Maka, wajar untuk anda meningkatkan kelajuan komputer anda dengan SSD.

Langkah 2: Beli SSD (dan kabel sambungan / case)

WD Blue SATA SSD

Untuk membeli SSD, anda boleh membeli dari pusat beli belah yang berdekatan ataupun secara atas talian (online). Kami mendapat tawaran harga yang menarik untuk SSD WD Blue. Selain dari itu, berbanding kebanyakan SSD lain di pasaran yang hanya menawarkan 480 GB, WD Blue menawarkan kapasiti 500 GB.

Kebiasaannya, SSD yang dijual ini didatangkan dalam bentuk SATA atau M.2. Sila pastikan SSD anda dapat disambungkan kepada komputer sedia ada melalui port SATA lebih ataupun anda membeli bekas (case) untuk SSD anda.

Langkah 3: Klonkan HDD anda kepada SSD

Persediaan sebelum proses cloning semasa restart
Persediaan sebelum proses cloning semasa restart

Bagi pengguna SSD Western Digital, anda boleh menggunakan perisian Acronis True Image WD Edition, anda boleh mengklonkan HDD anda kepada SSD.

Disk Cloning menggunakan komputer lain
Disk Cloning menggunakan komputer lain

Kebanyakan pengeluar SSD ada menyediakan perisian cloning sendiri untuk pengguna. Oleh itu, sila rujuk laman web pengeluar SSD masing-masing untuk mendapatkan maklumat berkenaan software cloning.

Selain daripada menggunakan perisian yang didatangkan bersama pengeluar SSD, anda boleh menggunakan perisian percuma seperti EASEUS Partition Master Free Edition. Perisian ini percuma untuk kegunaan rumah (home use only).

Langkah 4: Gantikan HDD dengan SSD di komputer anda

Apabila proses klon selesai, anda boleh membuka komputer/laptop anda, keluarkan HDD yang lama dan masukkan SSD yang baru.

Kepada pengguna yang membeli case, anda boleh menggunakan HDD anda sebagai external hard disk. Kini, anda boleh menyimpan data tambahan dalam external hard disk anda. Mudah, bukan?

Langkah 5: Pasangkan perisian SSD dan pastikan semuanya berjalan lancar

Apabila selesai proses boot-up, anda boleh install perisian yang didatangkan sekali bersama SSD anda untuk melihat maklumat diagnostik tambahan dan juga mendapatkan beberapa fungsi untuk menambah baik prestasi SSD anda.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan sesetengah SSD berjenama Samsung, anda dapat menggunakan mod RAPID untuk kadar pindahan data yang lebih laju. Mod RAPID ini kan menggunakan ruang yang ada dalam RAM anda untuk mengakses anda. Disebabkan kelajuan RAM yang amat tinggi berbanding SSD, mod RAPID membuatkan pengalaman penggunaan SSD anda lebih baik.

Walau bagaimanapun, mod RAPID ini hanya terhad kepada SSD Samsung sahaja. Kebanyakan jenama SSD lain tidak menawarkan ciri-ciri seumpamanya.

Penggunaan TRIM

Apabila anda memadam data dalam SSD anda, sistem operasi tidak akan terus memadam data tersebut. Hal ini kerana OS akan menjimatkan “cycle” SSD tersebut. Pemadaman (deletion) dikira sebagai satu cycle, dan tulisan (write) juga dikira sebagai satu cycle. SSD mempunyai cycle yang agak terhad, oleh itu penggunaan TRIM diperlukan untuk memanjangkan jangka hayat SSD.

OS moden seperti Windows 10, Linux terbaru dan juga MacOS terbaru mempunyai sokongan untuk TRIM secara automatik. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menjalankan TRIM secara manual, anda boleh menjalankan menggunaan tool mengikut OS masing-masing. Sebagai contoh, dalam Windows 10, anda boleh menggunakan Defragment and Optimize Drives. Dalam MacOS atau Linux pula anda boleh menggunakan Disk Utility.

Adakah SSD membuatkan komputer lebih laju?

Kebanyakan pengguna melaporkan bahawa sejak bertukar ke SSD, penggunaan komputer secara keseluruhan dirasakan lebih pantas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang mungkin boleh menyebabkan SSD tidak berfungsi dengan optimal. Antaranya mungkin wujud error dalam OS ataupun terlalu banyak program yang berjalan serentak.

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh pengguna apabila mula menggunakan SSD ialah memastikan Disk Alignment mengikut spesifikasi yang disarankan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat berkenaan “4K Alignment Tool”. Antara tool yang percuma dan sesuai digunakan ialah EASEUS Partition Master Free. Tool ini percuma untuk kegunaan rumah sahaja.

Akhir kata dari kami, semoga proses DIY anda untuk menukar HDD anda kepada SSD berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jika ada, sila kongsi melalui ruangan komen ataupun media sosial kami untuk bantuan selanjutnya.

Artikel: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.